Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tips untuk jadi sukses yang dikongsikan oleh salah seorang Cikgu bisnis beberapa tahun lepas selalu jadi panduan hidup.
Kisah seekor burung yang terpaksa transform diri pada usia 40 tahun untuk menambah 30 tahun lagi usianya. Sebelum ini tak pernah tahu kisah ini. Beberapa bulan selepas kelas tersebut Abang Denai menonton kisah yang sama di dokumentari National Geographic.
Kisahnya begini…
Pada usia 40 tahun burung helang mesti membuat keputusan samada akan mati pada usia 40 tahun atau ingin hidup lebih lama.
Untuk hidup lebih lama burung helang perlu transform diri. Bukan kerja mudah. Burung helang perlu terbang tinggi ke puncak gunung membuat sarang mengasingkan diri. Di sarang tersebut burung helang tua itu akan mencabut pelepah bulunya satu demi satu dengan menggunakan paruhnya sehingga togel seperti baru menetas dari telur.
Bezanya kali ini badannya dipenuhi dengan darah yang keluar apabila setiap kali bulu dicabut.
Burung helang tidak boleh terbang sementara menunggu bulu tumbuh normal. Paruh dan kuku kaki juga akan tumbuh berganti baru. Proses yang menyusahkan ini berlaku disarang selama 150 hari. Selepas itu burung helang tersebut akan terbang bebas melawan angin kencang di angkasa raya sesekali menjunam ke bawah mencari mangsa untuk hidup 30 tahun lagi.
Pernah dengarkah kisah ini?
Bukan mudah untuk jadi burung helang. Kerana itu burung helang di anggap raja burung tak sama dengan burung murai, burung merbah, burung merbok, burung gagak dan ribuan burung yang lain.
ALLAH juga yang menjadikan burung itu berbeza-beza sebagai tamsilan kehidupan manusia yang juga ada bezanya. Beza bukan untuk disombongkan tetapi setiap golongan burung ada tanggungjawab yang berbeza.
Apabila semua golongan burung menjalankan tanggungjawab masing-masing tidak cuba membuat kerja burung lain maka harmonilah dunia burung. Tiada perang dan sengketa dalam dunia burung.
Kalau kita nak menjadi seperti burung helang pastikan kita juga sanggup berkorban seperti burung helang.
Eagle rebirth
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Amir Hassan
Digital Nomad
2 Comments
Satu kisah yang sangat memberi inspirasi, bukan senang nak senang. tapi ianya tidak mustahil..helang boleh, kita pun boleh hehe
Curahan rasa JMR @ ..Kos Perubatan Naik Setiap Tahun, Masihkah Ada Sebab Tak Nak Ambil Insurans/Takaful?
ya…saat mendengar kisah ini semasa kursus motivasi dulu..
saya terkesan juga bagaimana payah dan sakit helang untuk berubah untuk menjadi lebih ketika usianya 40 tahun
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Perkara Yang Majikan Mahu Dari Pekerja
Comments are closed.