Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Khatib Masjid Al-Bukhary di Jalan Langgar di sini, Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim, 68, dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menyampaikan khutbah Jumaat hari ini.
Eksekutif Kanan Masjid Al Bukhary, Abdul Rahman Yaacob, 42, ketika ditemui berkata, Allahyarham tiba-tiba rebah dan kejadian itu dirakamkan oleh beberapa jemaah.
Beliau berkata, jemaah masjid yang merupakan doktor kemudiannya membantu Allahyarham yang pengsan sebelum dibawa dengan ambulans ke hospital.
“Bagaimanapun, Allahyarham yang merupakan Timbalan Pengerusi 1 Masjid Al-Bukhary disahkan telah meninggal dunia.
“Sesungguhnya, kematian Ustaz Ku Yaacob amat dicemburui memandangkan Allahyarham seorang yang sangat baik,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Ustaz Ku Yaacob menyampaikan khutbah Jumaat sebelum rebah di Masjid Al-Bukhary di Jalan Langgar, semalam. – Foto: Ihsan pembaca
Abdul Rahman berkata, Allahyarham juga amat komited dalam melaksanakan tugas dan tidak pernah meninggikan suara apabila berbicara.
Menurutnya, hati terasa tenang apabila berdampingan dengan arwah kerana tutur katanya yang lemah lembut, tersusun dan berbudi pekerti.
Menurut, Allahyarham yang merupakan bekas guru agama di sebuah sekolah sering memberi tazkirah sebelum solat Zohor pada hari Isnin dan Sabtu, selain membaca khutbah Jumaat.
“Kami Ahli Jawatankuasa dan jemaah Masjid Al-Bukhary sering menjadikan beliau sebagai rujukan ilmu agama,” katanya.
Abdul Rahman berkata, beliau bersama Allahyarham Ustaz Ku Yaacob turut berbincang mengenai latihan protokol sebelum membaca khutbah apabila Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin akan menunaikan solat Jumaat di masjid itu sebelum Syawal lalu.
Menurutnya, Allahyarham dilihat amat tekun mempelajari protokol itu dan tidak menolak untuk melakukan bacaan khutbah terbabit. – Sinar-
2 Comments
Semoga Allah swt berikan arwah sebaik baik ganjaran dan digolongkan dikalangan hamba Nya yang soleh.
Curahan rasa Sani @ ..Persediaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Pada 16 Mei 2019
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un. Sangat beruntung arwah meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang sangat baik.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..iTunes Akhirnya Ditamatkan Selepas 18 Tahun
Comments are closed.