Khasiat dan kebaikan cekur manis negara Asia Tenggara

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini suka saya kongsikan tentang kebaikan dan khasiat yang terdapat pada tumbuhan cekur manis yang ditulis oleh puan Suzy Honey di facebook beliau. Kalau kalian nak tahu, sungguh banyak manfaatnya yang belum kita ketahui.

Cekur manis merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Cekur manis kebanyakannya ditanam tetapi ada juga yang hidup meliar di kawasan kebun.

Cekur manis mengandungi air, protein, karbohidrat, lemak, serabut, asid amino, besi, fosforus, kalsium, papaverin, vitamin A, B dan C.

Cekur manis mempunyai bau yang kuat dan rasanya manis. Pucuk mudanya yang lembut boleh direbus dimakan dengan sambal belacan manakala daun hijaunya pula sedap dimasak tumis air dan gulai lemak.

Daun cekur manis sering juga diramas dan diperah jusnya untuk digunakan sebagai pewarna hijau dalam pelbagai jenis makanan.

Pokok cekur manis berkhasiat untuk ibu lepas bersalin apabila seluruh bahagian pokoknya boleh direbus dan dimakan untuk merangsang penghasilan susu ibu dan pemulihan rahim.

Selain itu air rebusan cekur manis juga boleh merawat demam panas, mengurangkan tekanan darah rendah (pitam), melawaskan air kencing, menghilangkan pening-pening, penyakit jantung dan melancarkan saluran darah.

Walaubagaimanapun ada satu kajian mengatakan bahawa pengambilan air rebusan cekur manis secara berlebihan boleh menyebabkan kerosakan paru-paru akibat kepekatan tinggi alkaloid papaverine.

Jika anda menggemari masakan menggunakan daun cekur manis ini anda boleh menanamnya sendiri di belakang rumah hanya dengan mencucuk-cucuk keratan dahannya ke tanah.

Pada awalnya pokok cekur manis ini memerlukan penjagaan rapi kerana perlu disiram sekali sehari dan menggunakan baja organik tetapi selepas lebih kurang 4 bulan anda akan dapat tuai hasilnya yang lebat.

Begitulah ceritanya. Sesungguhnya tumbuhan cekur manis ini boleh dibuat ubat tetapi mestilah dalam kuantiti yang berpada dan boleh dibuat juga dalam masakan. Kalian yang berminat dengan tumbuhan ini bolehlah bercucuk tanam sendiri. Semoga bermanfaat.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!