Ketua Menteri Baru Sabah: Hajiji Mohd Noor

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Rentetan daripada PRN Sabah yang baru sahaja berlalu 2 hari lepas, rakyat Malaysia telah menyaksikan keputusan rasmi iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang majoriti dengan 38 kerusi. Tahniah diucapkan kepada BN, PN dan PBS.

Siapa yang bakal menjadi Ketua Menteri baru Sabah hari ini telah pun terjawab. Beliau ialah  Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

kredit foto: Johorkini

Sedikit biodata Datuk Seri Hajiji Mohd Noor

YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Sulaman sejak 1990. Pernah dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Beliau telah keluar dari UMNO hampir setahun selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018 setelah kerajaan Barisan Nasional tewas pada PRU tersebut.

Beliau telah dilantik sebagai ADUN Sulaman sejak 1990 lagi. Sebagai salah seorang ADUN terkanan dalam Kabinet Negeri Sabah, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Namun, setelah kekalahan Barisan Nasional dalam PRU 14, beliau bersama-sama dengan rakan-rakan dalam UMNO Sabah telah bertindak untuk keluar dari parti. Hanya segelintir sahaja ahli yang masih bersama dengan UMNO Sabah.

Pada 4 April 2019, BERSATU Sabah telah dirasmikan oleh Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau telah dipilih sebagai Ketua Penyelaras BERSATU Sabah.

kredit foto: Says

Parti Bersatu Sabah (PBS) menyifatkan pencalonan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu sebagai pilihan tepat.

Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keputusan tersebut selaras dengan cadangan dan pendirian PBS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

“Pengalaman beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama tujuh penggal amat berharga digunakan untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Negeri Sabah dan Sarawak) berkata, beliau percaya Hajiji dapat menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat.

“PBS berharap dapat bekerjasama dengan beliau dan menawarkan sokongan dan kerjasama kepada Ketua Menteri dalam pembentukan Kerajaan Sabah yang baharu.

“Kami yakin bahawa melalui pembentukan Kerajaan Sabah yang baharu, di bawah GRS, akan dapat mencipta pencapaian dan rekod yang boleh dibanggakan,” jelasnya.

Terdahulu, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 daripada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Majlis mengangkat sumpah bagi jawatan ketua Menteri Sabah yang baru akan diadakan jam 10.30 pagi esok di Istana Negeri Sabah.

Semoga Sabah terus maju jaya bersama kepimpinan baru.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!