Kesihatan Ustaz Kazim Merosot

Spread the love

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat.

Penceramah itu sudah mengalami masalah tidak boleh tidur dan berlarutan sejak dua bulan lalu sehingga kini.

“Ustaz sekarang sakit dan kurang sihat..dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini ustaz mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut.

Sehingga semalam sakit masih tidak berkurangan dan kami merujuk beliau ke hospital dan ustaz sudah dibenarkan pulang di rumah,” kata pembantu peribadi beliau.

Baca : Sebak tengok bangsal pasangan ini dan anak comel ini, Ustaz Ebit Lew

Bagaimanapun katanya, selepas balik ke rumah Mohd Kazim masih mengadu sakit pada bahagian belakang dan perutnya juga masih kembung.

Terdahulu, Ustaz Kazim dalam laman media sosial akaun Facebook miliknya memuat naik status berkenaan tahap kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini.

Di dalam hantaran berkenaan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang memberikannya nasihat dan petua.

Setakat ini tiada lagi laporan daripada pihak doktor mengenai apa sebenarnya masalah kesihatan dihadapi Ustaz Kazim.

Jom kita sama-sama mendoakan semoga kesihatan Ustaz Kazim kembali sembuh seperti sedia kala. Insyallah.

Semoga bermanfaat. jangan lupa share 🙂

Baca : Biodata Ustaz Ebit Lew, Pendakwah Bebas


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!