Kes pertama Covid-19 Brunei setelah pulang dari himpunan tabligh bersama 10,000 orang di masjid Seri Petaling

Spread the love

Kementerian Kesihatan Brunei mendedahkan kes pertama Covid-19 adalah seorang lelaki yang baru pulang dari menghadiri perhimpunan tabligh di masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur antara 27 Feb dan 1 Mac yang dihadiri kira-kira 10,000 orang dari beberapa buah negara, Malaysia, Thailand, Indonesia, Brunei.

covid-19-brunei

Pesara berusia 53 tahun itu ke Kuala Lumpur pada 27 Februari lalu untuk menghadiri perhimpunan tabligh berkenaan dan kembali ke Brunei pada 3 Mac melalui Miri, Sarawak dengan menaiki pesawat Air Asia penerbangan AK5651.

Dia juga membuat lawatan sehari ke Miri pada 6 Mac, singgah solat di Masjid Kg Sg Teraban dan mula menunjukkan gejala-gejala pada 8 Mac dan disahkan positif dengan Covid-19 pada 9 Mac.

kes-covid-19-brunei

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mendedahkan, peserta dari Malaysia adalah dianggarkan melebihi 5,000 orang. Semua Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini di negeri masing-masing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menyeru semua mereka yang hadir pada majlis itu untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan.

Berikutan kes itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menggesa semua mereka yang hadir pada perhimpunan tabligh berkenaan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka menunjukkan sebarang gejala.

tabligh-sri petaling

Noor Hisham berkata mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis Negeri (CPRC) atau merujuk kepada nasihat kesihatan maya melalui laman web Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan nasihat lanjut.

Dr Noor Hisham berkata bagi mereka yang tidak menunjukkan sebarang gejala, mereka digalakkan untuk mengamalkan jarak sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain selama 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tersebut.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan Covid-19 manakala mereka yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di negara ini semasa cuti sekolah.

Amir Hassan (klik dan follow ya)

Telegram @ t.me/denaihatinetwotk

Video @ youtube.com/c/denaihatinetwork

Kedai online @ Denaisell.com


Spread the love

2 Comments

  1. antara dugaan kepada para jemaah tabligh..

    moga mereka semuanya baik-baik sahaja perjuangan dan perjumpaan ini didasari kerana Allah untuk memantapkan iman masing-masing

  2. Semasa jemaah tabligh ni berkumpul untuk check up di klinik/hospital, mereka sempat berkumpul untuk bacaan taqlim.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!