Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
alhamdulillah, MDEC meneruskan usaha untuk memperkasakan ekonomi digital dengan mewujudkan kerjasama dengan CRADLE Fund Sdn Bhd untuk memberikan latihan peringkat lanjutan kepada peserta program eUsahawan yang menunjukkan prestasi yang baik.
Program kerjasama ini selaras dengan Coach & Grow Programme (CGP) yang telah diuruskan oleh pihak CRADLE sejak 7 tahun lalu. Melalui program CGP ini, CRADLE telah membantu lebih 300 syarikat untuk melebarkan sayap mereka dan pendapatan terkumpul melebihi RM1.27 Billion telah berjaya dijana sepanjang tempoh ini.
50 Peserta dengan perkembangan terbaik dipilih untuk program pilot
MDEC dengan bantuan CRADLE telah memilih 50 peserta eUsahawan yang menunjukkan peningkatan jualan yang konsisten setiap bulan. Peningkatan antara RM4-5ribu sebulan menjadi antara kriteria awal pemilihan. Selain itu, peserta juga dipilih berdasarkan beberapa kriteria lain yang berbeza.
Program CGP biasanya berlangsung selama 12 bulan, untuk siri pilot eUsahawan ini, tempoh program akan disingkatkan kepada 6 bulan hingga 9 bulan. Ini bertujuan untuk melihat perkembangan para peserta dengan coach dan KPI yang akan disediakan.
Program latihan lanjutan untuk peserta eUsahawan ini bertujuan untuk memberikan mereka pendedahan yang lebih banyak untuk memastikan perniagaan mereka boleh dikembangkan dan dipasarkan, bukan sahaja dalam negara bahkan ke luar negara.
Latihan dan kemudahan berdasarkan pencapaian setiap KPI
Pihak MDEC akan berusaha untuk membantu semua peserta yang terlibat dengan penglibatan coach-coach terpilih dari pihak CRADLE untuk membantu setiap perniagaan yang terlibat. Setiap peserta akan mendapat coach khusu agar permasalahan yang mereka alami akan dapat diatasi dan diuruskan dengan sistematik dan berstrategi.
Coach-coach ini adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang yang mereka uruskan, contohnya andai perniagaan ingin meluaskan pasaran ke luar negara, coach yang telah melalui proses itu akan dilantik untuk membantu peserta dalam program ini.
Ini adalah satu inisiatif yang sangat baik yang telah diambil oleh pihak MDEC.
Peluang untuk mendapatkan fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh CRADLE Fund
Semua peserta program pilot ini juga akan mendapat peluang untuk menggunakan fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak CRADLE Fund Sdn Bhd semasa dan selepas tamat program. Ada banyak program-program latihan dan pengembangan yang boleh disertai untuk tujuan kemajuan perniagaan masing-masing.
Seperti kata Ketua Pegawai Operasi, CRADLE, Tuan Rafiz, “MDEC telah melakukan satu usaha yang sangat baik iaitu mengcungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam bidang perniagaan ini melalui program eUsahawan yang telah dilaksanakan”
Ini seterusnya turut membantu CRADLE untuk memberikan ruang dan peluang yang baik kepada semua peserta-peserta program latihan lanjutan yang diadakan ini.
Semoga 50 peserta yang terpilih untuk program ini akan dapat memanfaatkan kemudahan dan coach-coach yang disediakan untuk membantu perniagaan mereka.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- #YouCanDuit Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Perlis
- Perekabentuk Shawl Teruja Sertai Program #eUsahawan
36 Comments
Bagus nya program begini, membantu para usahawan lebih maju dalam business secara online
Curahan rasa Hana Haryani @ ..Pentingnya Set Ibu Berpantang Shaklee
Program pilot sangat bermakna buat semua peserta dan pengendali acara yang dilihat rakyat malaysia sebagai peluang dan mercu dalam meningkatkan ekonomi usahawan. Kerjasama MDEC dan CRADLE perlu diteruskan lagi untuk membantu anak muda.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Khasiat Akasia Senegal Lebih Tinggi Daripada Akasia Seyal
semoga para peserta dapat memaksimakan ilmu sebaik yang mungkin…
jika sungguh sungguh pasti boleh berjaya.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Saya rasa semakin teruja pula dengan perkembangan terbaru eusahawan ni
Kalau berpeluang bolehlah mencuba sekali ambil ilmu
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wasiat , Hibah Dan Faraid
tuan boleh mendaftar di portal eusahawan.
kelas adalah percuma dan sangat berbaloi untuk diikuti
Curahan rasa mrhanafi @ ..9 Teknik SEO 2018 Yang Terbaik
selepas ini prestasi peserta eusahwan akan bertambah baik..
ya..
ada jurulatih dan bimbingang yang efektif
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tak Sangka Duit Banyak Masuk Dengan Teknik Wechat
untung la ada coach khusus mcm ni. dah macam mentor. mrk boleh terangkan secara spesifik.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Minggu 5
Bagus MDEC ni. Moga ada juga golongan kurang berkemampuan kewangan dapat menyertai program sebegini.
Curahan rasa Cikgu ieta mat saad @ ..Ebook Saka Sifu AjimAura
Buat lah apa yang perlu untuk galakkan anak anak muda belajar berdikari
dan elakkan di suap saja
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Cara merawat kencing manis dari rumah? Panduan dari A sampai Z!
Semoga gandingan agensi kerajaan dan pihak swasta dapat melahirkan lebih ramai usahawan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
banyak sangat program dan kursus utk usahawan. dalam program mcm ni la mereka dpt balajar
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Minggu 5
ya..belajar dan praktik.
pasti boleh menghasilkan kejayaan.
itulah yang kita nak dari apa yang eusahawan sediakan.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tak Sangka Duit Banyak Masuk Dengan Teknik Wechat
Tinggal nak daftar dan datang belajar, itu sahaja komitmen yangg diperlukan untuk berjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Negara kita ni kaya dan banyak nikmat Allah beri
tapi kita selalu bercakaran sesama sendiri
Orang lain yang kaut hasil
Kita patut saling bantu membantu dalam perniagaan
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Cara atasi alahan mengandung bukan saja hilangkan loya & muntah, Tetapi
boleh hentikan dengan memfokus kepada aktiviti ekonomi..
ekonom invdividu ok maka secara tidak ekonomi negara juga semakin baik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tak Sangka Duit Banyak Masuk Dengan Teknik Wechat
Yang kaya ada kekayaan ilmu dan modal, mereka akan bantu si miskin dengan mewujudkan peluang pekerjaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
Alhamdullilah…
satu peluang yang terbaik untuk naik sales para peserta..
satu usahawa yang sangat bagus
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tak Sangka Duit Banyak Masuk Dengan Teknik Wechat
Good Luck diucapkan kepada Syarikat MDEC dan CRADLE.. Sekiranya program ini berjaya, secara tidak langsung akan dapat menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyerati program U Can Duit Anjuran MDEC..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Bestnya ada program realiti macam ni.. Dah macam program realiti TV CEO Desa..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Tahniah diucapkan kepada pihak MDEC dan CRADLE di atas jalinan kerjasama ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Semoga program ini akan dapat mencapai objektifnya dan berjaya melahirkan usahawan yang berjaya…
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Usaha murni MDEC patut dipuji dan denga cara begini, maka lebih ramai usahawan baru untuk berjual dengan bisnes secara atas talian.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Cara Tambah Aplikasi Sama Dalam Satu Smartphone
Betul tu…. Melalui program ini akan dapat membuka mata dan menarik minat lebih ramai golongan belia negara untuk menjadi usahawan secara online
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Ada banyak lagi inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat Malaysia, tinggal nak pilih sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Pujuk Pasangan Yang Berbeza Minat
Comments are closed.