Kereta masih berbau? Ini 5 bahagian yang kita selalu lupa nak bersihkan

Spread the love

Perasan tak kadang-kadang kita dah puas hantar pergi car wash tetapi masih lagi ada bau yang tidak menyenangkan dalam kereta. Ini kerana anda terlupa atau tak perasan untuk cuci lima bahagian ini hingga buat penumpang lain berasa tidak selesa.

Selain itu, anda juga kena tahu bahawa kereta ini ibarat rumah kedua kerana ia bertindak sebagai ruang peribadi ketika menuju ke sesuatu destinasi. Selalunya kita akan bersihkan kereta dengan hanya mengelap kawasan yang kotor serta memvakum bahagian yang terdapat habuk.

Namun, tahukah anda terdapat beberapa kawasan yang kotor anda selalu terlepas pandang?

Ini MASKULIN maklumkan 5 Bahagian yang anda kena beri perhatian lebih ketika mencuci kereta.

1. Karpet atau alas kaki kereta

Selalu kita hanya vakum sahaja di bahagian ini, tanpa anda sedari terdapat banyak kotoran yang melekat pada karpet dan ia sukar untuk dibersihkan dengan hanya memvakum sahaja. Cara lain yang anda kena buat selepas memvakum adalah dengan mencuci karpet tersebut dengan air dan keringkan ia menghadap matahari.

Ini untuk membuang segala sisa habuk, kotoran yang melekat pada tapak kasut dan mengotorkan serta meninggalkan bau pada karpet kereta anda.

2. Bonet kereta

Bonet kereta bertindak sebagai stor dimana segala barangan disimpan di bahagian ini. Di bahagian ini kita seringkali meletakkan segala barangan seperti barangan runcit, beg, alat perkakas dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tanpa kita sedar segala barangan tersebut terdapat kotoran yang melekat dan berpindah ke permukaan bonet kereta dan ia juga boleh menyumbang kepada kewujudan bau yang tidak menyenangkan.

3. Siling kereta

Tahukah anda siling bumbung bahagian dalam kereta mampu menyerap bauan daripada asap rokok ataupun makanan hingga terdapat kesan tompok? Walaupun kita jarang menyentuh bahagian ini tetapi material yang digunakan pada siling kereta boleh memerangkap bauan hingga buatkan kita rasa tidak selesa.

Untuk mencucinya, anda perlu bersihkan dengan berhati-hati kerana takut kelembapan yang tertinggal boleh membuatkan timbulnya kesan warna yang tidak sekata.

4. Tempat pemegang cawan

Bahagian ini pun kita selalu vakum sahaja. Tahukah anda apabila memandu pergerakan kereta boleh buatkan air anda tertumpah sedikit dan meninggalkan kesan di dalam ruangan ini? Jadi, selepas vakum, lapkan ruangan ini untuk membuang kesan air terutamanya air minuman yang mempunyai kandungan gula.

Sudahlah ia akan berbau, serangga seperti lipas juga akan menghurung bahagian ini tanpa anda sedari.

5. Kerusi kereta

Di bahagian ini terutamanya penyandar dan poket belakang. Kita selalu cuci tempat duduk sahaja dan terlupa nak cuci sekali tempat penyandar serta poket belakang. Bahagian penyandar selalunya bila kita berpeluh di bahagian belakang badan dan peluh tersebut sedikit terserap ke kusyen penyandar kerusi.

Poket belakang pula, percayalah bila kita keluarkan segala ‘artifak’ tersebut pasti akan ada banyak sampah kecil yang kadang-kadang samada kita sebagai pemilik atau penumpang jadikan tong sampah mini.

Kesimpulannya, jagalah kebersihan bahagian dalaman kereta sepertimana anda menjaga kebersihan rumah. Ini kerana kita akan spend banyak masa di dalam kereta apabila keluar dari rumah samada pergi bersiar atau menuju ke lokasi kita bekerja. Bau busuk yang timbul pasti akan memberi kesan kepada mood anda hingga mengganggu orang lain.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!