Keputusan PRK Cameron Highlands 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas 14 hari ‘berperang’, Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sampai kemuncaknya hari ini. Kini, Ahli Parlimen Cameron Highlands yang baharu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pilihan pengundi antara empat calon yang bertanding iaitu M. Manogaran yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Ramli Mohd. Nor daripada Barisan Nasional (BN) serta dua calon Bebas, Sallehudin Ab. Talib dan Wong See Yee.

Keputusan Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands

Keputusan tidak rasmi setakat 6.52pm menunjukkan calon BN, Ramli Mohd Nor memenangi PRK Cameron Highlands selepas mendapat 11,320 undi, iaitu lebih separuh dari kira-kira 22,000 keluar mengundi (70 peratus).

Calon Pakatan Harapan pula mendapat 6,942 undi.

Berdasarkan keputusan awal, peratusan keluar mengundi di pusat daerah mengundi majoriti Orang Asli agak tinggi.

Pusat daerah mengundi seumpamanya sering dianggap sebagai kawasan pengundi yang menyokong BN. Bagaimanapun, prestasi PH dilihat meningkat di daerah mengundi Pos Sinderut dan Pos Lenjang.

Jika dilihat kepada komposisi kaum berdasarkan data demografi PRU-14 yang lalu, pengundi Melayu sebanyak 33.44 peratus, Cina (28.42 peratus), India (14.42 peratus) dan lain-lain yang keba­nyakannya Orang Asli, 23.67 peratus.

PRK Cameron Highlands adalah PRK kelima diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan yang pertama diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos; DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September); serta Parlimen Port Dickson (13 Oktober).

Kesimpulannya, PRK Ca­meron Highlands ini cukup penting kepada PH dan BN. Masing-masing berharap agar calon mereka memenangi pertandingan ini.


Spread the love

8 Comments

  1. Benar… tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat. Majoriti juga telah bertambah disumbangkan oleh pengundi-pengundi PAS kepada calon BN.

  2. daripada keputusan tersebut ternyata negeri Pahang masih menerima calon dari BN untuk menjadi wakil rakyat mereka.

    Syabas dan tahniah buat pihak terbabit

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!