Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selepas 14 hari ‘berperang’, Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sampai kemuncaknya hari ini. Kini, Ahli Parlimen Cameron Highlands yang baharu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pilihan pengundi antara empat calon yang bertanding iaitu M. Manogaran yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Ramli Mohd. Nor daripada Barisan Nasional (BN) serta dua calon Bebas, Sallehudin Ab. Talib dan Wong See Yee.
Keputusan Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands
Keputusan tidak rasmi setakat 6.52pm menunjukkan calon BN, Ramli Mohd Nor memenangi PRK Cameron Highlands selepas mendapat 11,320 undi, iaitu lebih separuh dari kira-kira 22,000 keluar mengundi (70 peratus).
Calon Pakatan Harapan pula mendapat 6,942 undi.
Berdasarkan keputusan awal, peratusan keluar mengundi di pusat daerah mengundi majoriti Orang Asli agak tinggi.
Pusat daerah mengundi seumpamanya sering dianggap sebagai kawasan pengundi yang menyokong BN. Bagaimanapun, prestasi PH dilihat meningkat di daerah mengundi Pos Sinderut dan Pos Lenjang.
Jika dilihat kepada komposisi kaum berdasarkan data demografi PRU-14 yang lalu, pengundi Melayu sebanyak 33.44 peratus, Cina (28.42 peratus), India (14.42 peratus) dan lain-lain yang kebanyakannya Orang Asli, 23.67 peratus.
PRK Cameron Highlands adalah PRK kelima diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan yang pertama diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos; DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September); serta Parlimen Port Dickson (13 Oktober).
Kesimpulannya, PRK Cameron Highlands ini cukup penting kepada PH dan BN. Masing-masing berharap agar calon mereka memenangi pertandingan ini.
8 Comments
terima kasih suadah di share artikel nya menarik , im from indonesia grosir gamis murah i like it
Zaman sekarang ni orang berlumba lumba nak pegang tampuk kepimpinan. Zaman para sahabat dulu, dapat amanah ni sangat mahu di elakkan. Sebab amanahnya terlalu tinggi. Tanggungjawabnya sangat berat
Curahan rasa Mama Hakim @ ..6 Pelan rumah 2 tingkat 4 & 5 bilik tidur. Design plan banglo percuma untuk anda!
Ahli Parlimen dari suku kaum Asli pertama di Malaysia. Harapnya dapat mewakili kaum dengan baik
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Cara Menyediakan Minuman untuk Menurunkan Kadar Kolesterol
Benar… tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat. Majoriti juga telah bertambah disumbangkan oleh pengundi-pengundi PAS kepada calon BN.
Mungkin juga betul. Sebab tu kemenangan boleh berpihak kepada BN. Apapun, berkhidmatlah kepada rakyat dengan baik.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Cara Menyediakan Minuman untuk Menurunkan Kadar Kolesterol
Tahniah kepada pengundi yang telah mengundi dalam PRK ini. Akhirnya kemenangan berpihak kepada calon BN di bantu oleh PAS dan NGO. Tahniah di ucapkan kepada Ahli Parlimen orang asli pertama dalam sejarah Malaysia.
Curahan rasa Pendekar @ ..Keadilah Untuk Adib : “Muhammad Adib Datang Kuil Bukannya Mahu Mencetuskan Rusuhan” – Netizen
daripada keputusan tersebut ternyata negeri Pahang masih menerima calon dari BN untuk menjadi wakil rakyat mereka.
Syabas dan tahniah buat pihak terbabit
Comments are closed.