Keputusan PMR 2013 kakak pada 19 Disember

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam kakak habis periksa PMR sedar-sedar keputusan PMR 2013 dan nak diumumkan. Mengikut kenyataan dari Kementerian Pelajaran Malaysia keputusan PMR 2013 akan diumumkan pada 19/12/2013 dan pelajar boleh mula mengambil keputusan selepas jam 10 am.

Memanglah mendebarkan bila ada anak yang menunggu keputusan PMR tapi bukanlah yang bertama. Alhamdulillah PMR 2011 abang dapat 6A 3B walapun cikgu target abang dapat lebih bagus. Manusia merancang, Allah pun merancang dan perancangan Allah pasti yang terbaik. Keputusan abang yang baik pasti mencari cabaran kepada kakak itu yang sanggup tinggalkan rumah masuk asrama di Simpang Renggam, Johor. Semuga pengorbanan dan usaha kakak dipandang Allah dengan mendapat keputusan yang lebih baik daripada abang.

Kami sekeluarga berada jauh beribu kilometer diperantauan menjejaki sejarah para Nabi terdahulu ketika keputusan PMR 2013 diumumkan. Hanya ada dua cara untuk kamu menyemak keputusan PMR kakak iaitu secara online dan sms.

1. Semak keputusan PMR secara SMS

Semak keputusan PMR secara SMS

[box type=”shadow”]

Taipkan

PMR (No MyKad) (Angka Giliran) dan sms ke 15888

Contoh

PMR 961021145879 BC001A040 sms ke 15888

Perkhidmatan MySMS akan diaktifkan jam 10 pagi, 19 Dis ini hingga 11.59 malam, 25 Dis 2013

[/box]

2.  Semak keputusan PMR secara Online

Semak keputusan UPSR secara Online

Kami sekeluarga akan menerima keputusan PMR kakak dengan penuh redha kerana segala usaha telah dibuat dan kini hanya mampu bertawakal kepada Allah. Apa juga keputusan itulah yang terbaik untuk kakak. Kakak pun sudah menentukan arah tujuan melanjutkan pelajaran untuk tingkatan empat dan lima. Alhamdulillah temuduga sudah pun lulus ini bermakna 2014 bermula cabaran baru yang lebih mencabar.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Perjalanan hidup masih jauh lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun PMR tidak cemerlang.


Spread the love

52 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!