Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia malah 1Dunia menunggu dengan debar Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas. Dari sudut politik aku telah kongsikan pandangan aku dalam entri “Bebas Anwar 901 Sokong Ke” untuk perhimpunan Bebas Anwar 901 dan Kes Liwat Anwar Ibrahim.

Politik ini licik setelah Polis membenarkan Perhimpunan Bebas Anwar 901 dengan 10 syarat tapi penganjur menolak. Perhimpunan Bebas Anwar 901 jika dijalankan secara aman pasti tidak akan mencapai matlamat sebenar perhimpunan itu diadakan. Apa ertinya sekiranya perhimpunan bebas Anwar berlansung aman tanpa disembur water cannon, tanpa dikejar oleh polis, tanpa dipukul oleh polis dan tanpa ditangkap oleh polis pastilah tiada cerita untuk dikabarkan kepada seluruh dunia. Semuga ini semua tidak berlaku. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan semuga semuanya berjalan lancar tanpa huru hara sehingga akhir perhimpunan.

Datuk Dr Hassan Ali menjadi korban politik yang sekian banyak kerana menentang Anwar Ibrahim. Ada yang kata Hassan Ali disingkir dari PAS kerana tidah patuh pada jemaah setelah berbaiah tetapi yang peliknya kemarin Hassan Ali kritik kes liwat Anwar, semalam Azmin Ali minta PAS singkir Hassan Ali dan hari ini Hassan Ali disingkir tanpa diminta membela diri. Mungkin itu sistem politik demokrasi PAS jadi tiada siapa boleh membangkang. Semuga tindakan PAS tidak mengali lubang sediri dalam memperjuangkan Islam sebagaimana yang diharapkan oleh majoriti ahli PAS. Who’s next?

Apa juga keputusan kes liwat Anwar Ibrahim kehidupan rakyat Malaysia mesti diteruskan dan pemimpin politik akan terus licik menyusun strategi selagi PRU 13 belum dicanang. Allah SWT sedang melihat kita semua dan menunggu waktu yang sesuai untuk menurunkan ujian sebagaimana yang berlaku tsunami dan gempa di Indonesia, ribut taufan di Filipina, banjir besar di Thailand, banjir besar di Australia, gempa bumi di New Zealand, banjir besar di Pakistan, tsunami dan gempa di Jepun dan banyak lagi becana di negara-negara lain tetapi belum lagi di Malaysia.

KEPUTUSAN : ANWAR DIBEBASKAN DARIPADA PERTUDUHAN KERANA BUKTI TIDAK CUKUP (ADAKAH MAKAMAH TIDAK ADIL??? SEPERTI TUDUHAN PAKATAN ATAU DS NAJIB RAZAK DENGAN NASIHAT AKU … HEEEEE)

Analisa : Anwar dibebaskan tanpa syarat dan aku yakin Peguam Negara akan merayu di atas keputusan kes ini. Semua ini strategi politik untuk kepentingan Negara. Penyokong Anwar jangan gembira sangat setelah menghentam sistem kehakiman Malaysia dan hakim Mohd Zabidin Mohd Diah yang menghakimi kes liwat Anwar Ibrahim atas bawah kanan dan kiri. Anwar pun dah umum seluruh dunia yang dia akan dipenjarakan. emmmmm …. Jangan terjerat dengan jerat sendiri.

Gambar terkini perhimpunan Bebas Anwar 901

20120109-083851.jpg

20120109-084148.jpg

20120109-084214.jpg

TERKINI

1. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden, yang mengendalikan pendakwaan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memaklumkan, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan pembebasan Anwar kerana mempunyai tempoh 10 hari untuk berbuat demikian – Utusan

2. (12/1/12) Peguam Cara Negara akan mencadangkan pada Peguam Negara utk membuat rayuan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim – Thestar Online

3.  (20/1/12) Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan – Utusan Online


Spread the love

151 Comments

  1. hafizmd
    Apa jua keputusan mahkamah, ia hanya keputusan manusia yg ada cacat celanya…Hanya Allah pembuat keputusan yg Adil.

    cuba kalau anuar kena penjara, mesti ko akan cakap `keputusan hakim adalah keputusan terbaik`.. ermmm, macam tu la orang2 BN

    1. Oh, tersilap. sy nak reply comments eXception. Tapi td cannot send comments then terus jadi comments straight to this entry. Sorry.
      Curahan rasa LinLinaZainal @ ..901My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!