Kena tampar cikgu merah padam muka

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kena tampar dengan cikgu sehingga merah padam muka.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Baru-baru ini gempak satu Malaysia pelawak Mat Over tampar Penerbit Filem David Teo depan Perdana Menteri DS Najib Razak dalam Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni. Nasib baik kes tidak berpanjangan mereka bermaafan depan PM dan berjanji tidak memanjang-manjangkan kes hingga ke Makamah. Malahan kedua-dua jadi lebih popular selepas kejadian tersebut.

Bila baca kes Mat Over tampar David Teo teringat kisah Abang masa sekolah menengah di Sekolah Menengah Sains Johor Kluang. Setiap malam Isnin sehingga Khamis jam 8.30 – 10.30 malam, kami semua ada kelas malam untuk ulang kaji pelajaran dan siapkan kerja sekolah. Tiada guru yang menjaga kelas malam cuma yang ada pengawas.

Kejadian ini berlaku ketika Abang tingkatan empat. Biasalah tingkatan empat ini biasanya nakal lebih rasa sudah merdeka sebab baru selesai SRP. Pada satu kelas malam Abang pekenakan seorang kawan. Bila dia bangun nak ambil barang daripada kawan depan meja apa lagi Abang ambil peluang tarik kerusi tanpa dia sedar. Apa lagi bila dia duduk terus terduduk atas lantai, kami gelak sakan. Muka kawan tu merah marah.

Rupanya perbuatan Abang itu dilihat oleh warden yang berdiri di luar kelas dalam gelap. Apa lagi cikgu masuk kelas tanpa soal jawab terus tampar muka Abang dan tepuk kepala kawan Abang sehingga terpelusuk songkok yang dia pakai. Perit juga muka kena tampar dan malu jangan kata dan kesian pada kawan Abang yang tak tahu hujung pangkal, sudah lah terduduk atas lantai kena pulak dengan cikgu.

Masa tingkatan satu pun kena tampar berjemaah sebabnya satu kelas tak turun kelas jasmani sebab salah dengar arahan. Cikgu jasmani tunggu di padang punyalah lama akhirnya dia datang ke kelas. Tanya kenapa kami tidak turun ke padang dan jawaban memang tidak mengembirakan cikgu. Kami beratur dan kena tampar sorang demi sorang. Kalau zaman sekarang mungkin guru ini dah kena  viral dalam sosial media.

Alhamdulillah hubungan kami kawan-kawan sekolah masih akrab sehingga sekarang. Group alumnai SMSJ batch kami bermula sejak tahun 1999 masa tu guna Yahoo Group dan kini semakin rapat dengan wassap group. Kami sering bertemu sessi durian, sessi kari kepala ikan, sessi raya bersama dan macam-macam event walaupun tidak semua. Masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga tetapi masih ada masa untuk mengenang kisah masam manis masa silam di SMSJ.

Beberapa tahun lepas kami kehilangan seorang sahabat kerana kanser dan awal tahun ini kami kehilangan seorang lagi sahabat lemas ketika diving di Laut Yanbu, arwah yang sering melayan kami apabila mengerjakan umrah atau haji kerana dia sudah lebih 10 tahun menetap di Arab Saudi. Al Fatihah untuk sahabat-sahabat ku yang pergi dulu.

Amir Denaihati
Founder  Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

14 Comments

  1. kalau sampai terajang anak orang atau terlalu teruk.

    memang aku tampar aje bebudak nih.

    Kalau sampai tahap kurang ajar, tak hormat cikgu, tak hormat rakan, tak hormat orang lebih tua, tak hormat diri sendiri.

    tampar memang makanan yang paling tepat.
    Curahan rasa titan @ ..My Ramadhan HomeMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!