Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kena tampar dengan cikgu sehingga merah padam muka.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini gempak satu Malaysia pelawak Mat Over tampar Penerbit Filem David Teo depan Perdana Menteri DS Najib Razak dalam Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni. Nasib baik kes tidak berpanjangan mereka bermaafan depan PM dan berjanji tidak memanjang-manjangkan kes hingga ke Makamah. Malahan kedua-dua jadi lebih popular selepas kejadian tersebut.
Kejadian ini berlaku ketika Abang tingkatan empat. Biasalah tingkatan empat ini biasanya nakal lebih rasa sudah merdeka sebab baru selesai SRP. Pada satu kelas malam Abang pekenakan seorang kawan. Bila dia bangun nak ambil barang daripada kawan depan meja apa lagi Abang ambil peluang tarik kerusi tanpa dia sedar. Apa lagi bila dia duduk terus terduduk atas lantai, kami gelak sakan. Muka kawan tu merah marah.
Rupanya perbuatan Abang itu dilihat oleh warden yang berdiri di luar kelas dalam gelap. Apa lagi cikgu masuk kelas tanpa soal jawab terus tampar muka Abang dan tepuk kepala kawan Abang sehingga terpelusuk songkok yang dia pakai. Perit juga muka kena tampar dan malu jangan kata dan kesian pada kawan Abang yang tak tahu hujung pangkal, sudah lah terduduk atas lantai kena pulak dengan cikgu.
Masa tingkatan satu pun kena tampar berjemaah sebabnya satu kelas tak turun kelas jasmani sebab salah dengar arahan. Cikgu jasmani tunggu di padang punyalah lama akhirnya dia datang ke kelas. Tanya kenapa kami tidak turun ke padang dan jawaban memang tidak mengembirakan cikgu. Kami beratur dan kena tampar sorang demi sorang. Kalau zaman sekarang mungkin guru ini dah kena viral dalam sosial media.
Alhamdulillah hubungan kami kawan-kawan sekolah masih akrab sehingga sekarang. Group alumnai SMSJ batch kami bermula sejak tahun 1999 masa tu guna Yahoo Group dan kini semakin rapat dengan wassap group. Kami sering bertemu sessi durian, sessi kari kepala ikan, sessi raya bersama dan macam-macam event walaupun tidak semua. Masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga tetapi masih ada masa untuk mengenang kisah masam manis masa silam di SMSJ.
Beberapa tahun lepas kami kehilangan seorang sahabat kerana kanser dan awal tahun ini kami kehilangan seorang lagi sahabat lemas ketika diving di Laut Yanbu, arwah yang sering melayan kami apabila mengerjakan umrah atau haji kerana dia sudah lebih 10 tahun menetap di Arab Saudi. Al Fatihah untuk sahabat-sahabat ku yang pergi dulu.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
14 Comments
terima kasih udah di share artikel ny sangat lah menarik like it
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Teringat dulu pernah kena tumbuk dengan guru besar, sebab saya dengan kawan kawan buat bising di sekolah.
Guru besar tu pun dah arwah, sakit tua agaknya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Tips Menjual Produk Di Facebook
Jangan kata cikgu, pensyarah pun tak boleh marah pelajar sesuka hati, nanti naik mahkamah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pengalaman Pemandu Uber Kuala Lumpur
sekarang dah tak boleh tampar dah.. nanti budak mengadu kat parents. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..FATHER’S DAY GIFT IDEAS 2017
Marah sikit pun nak viralkan nama cikgu, atau nak buat laporan polis.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Haduh… Di bulan Ramadhan jangan suka main pukul ya, nanti pahalanya habis…
Curahan rasa nofant @ ..7 Hal Tak Terlupakan yang Hanya Kamu Jumpai di Bulan Ramadhan dan Idul Fitri
Bulan Ramadan ditambah dengan cuaca panas dan rasa lapar, pasti ada sedikit gangguan emosi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
kalau sampai terajang anak orang atau terlalu teruk.
memang aku tampar aje bebudak nih.
Kalau sampai tahap kurang ajar, tak hormat cikgu, tak hormat rakan, tak hormat orang lebih tua, tak hormat diri sendiri.
tampar memang makanan yang paling tepat.
Curahan rasa titan @ ..My Ramadhan Home
Dulu murid ditampar boleh jadi orang, hari ini marah murid sikit esok emak dan ayah datang jumpa cikgu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Strategi Tingkatkan Jualan Lepas Raya
Betul tu. Dulu kalau kena rotan dengan cikgu, normal je. Tak masuk kena lempar duster dengan cikgu sebab buat bising. Mak Ayah tak masuk campur urusan anak2 di sekolah.
Curahan rasa syamila @ ..Biskut Semperit Permata Sakti Lemak Berkrim Di Sukai Semua
Al fatihah buat arwah kawan tuan tu
Tapi agak agak jugalah nak tampar anak orang kan
Cikgu tu pun lepas geram juga. Sampai satu kelas kena lempang
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set Mengandung Shaklee Untuk Kencing Manis. Kawal Gula Sekarang!
oleh sebab zaman dahulu pelajar masih hornat guru..
guru terselamat dari mangsa balas dendam..
kalau sekarang sudah lain cerita..
kekasaran akan mengundang kes saman menyaman
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Zamri Nanyan Yang Sebenarnya
Sekarang emak dan ayah pandang rendah dengan cikgu, sampai lupa tanpa cikgu mereka pun tak ke mana.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Comments are closed.