Kena kecam teruk, photoshoot di kubur kristian undang kemarahan

Spread the love

Terlajak perahu doleh diundur, terlajak photoshoot teruk padahnya.

Walaupun sudah meminta maaf, seorang pemilik butik pengantin terus dikecam netizen di media sosialnya hari ini. Ia gara-gara kesilapannya memuatnaik model wanita bergambar di tepi kubur bukan Islam yang dimuat naik di Facebook miliknya baru-baru ini.

Difahamkan sesi fotografi luar biasa itu diadakan sebuah butik pengantin berdasarkan ‘watermark’ yang terdapat pada foto-foto tersebut.

Kreativiti luar kotak produksi tersebut bagaimanapun telah mencetus kemarahan netizen dan rata-rata mereka menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak menghormati tanah perkuburan agama lain.

Perbuatan tidak bertanggung jawab tersebut menarik perhatian seorang warga net yang kemudiannya meluahkan rasa terkilan menerusi bebenang di laman sosial Twitter.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warga Twitter lain yang rata-ratanya tampil memohon maaf di atas perbuatan kurang sentiviti itu.

Di Instagram, Pencetus Ummah (PU) Amin turut mengecam tindakan biadap mereka yang sanggup melakukan apa sahaja demi publisiti.

Pemilik butik berkenaan memberitahu gambar yang diambil pada Ahad lalu di tanah perkuburan Kristian Batu Pahat adalah koleksi peribadi dan dimuatnaik di Facebook bukan untuk marketing.

Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri.

Apa pun, saya terima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu.

Ekoran daripada kecaman yang bertubi-tubi, pemilik butik bertindak menutup akaun Facebook buat sementara waktu sehingga keadaan kembali redha.

Kepada pasangan pengantin di luar sana, tak salah jika mahukan kelainan tetapi janganlah sampai terlalu pelik sehingga boleh mengundang amarah orang lain.

Banyak lagi tempat menarik nak buat photoshoot.

Mohon bakal pengantin semua lebih peka selepas ini. Usahlah kerana mahu viral, adab dan tatasusila diketepikan.


Spread the love

6 Comments

  1. Owh sepatutnya pelaku tak boleh buat camtu.. kena hormati juga pegangan agama lain. Tapi yang amat menghairankan, kenapa kuburan yang jadi tempat untuk photoshoot.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!