Kembara tempat menarik di London 2018

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Ini bukan kali pertama Abang sampai di Amsterdam kali pertama pada tahun 2015 kisahnya boleh baca pada entri “Kembara Denaihati ke Amsterdam 2015“.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Dari Amsterdam kami meneruskan kembara kami ke Kota London menaiki British Airways. Ketika booking tiket tak terfikir nak periksa berat bagasi sebab fikir British Airways mesti macam Malaysia Airlines atau Singapore Airlines atau Garuda atau KLM yang automatik ada bagasi. Bila check in baru tahu tak ada bagasi jadi kenalah bayar mahal untuk bawa bagasi kami. Ilmu baru yang mahal harganya untuk kaki travel yang malas nak check in online.

Airport di London

Bila dah sampai terminal 5 Heathrow Airports terasa silap pulak ambik British Airways ni sebab orang ramai sangat kat Airports ini. Berjamlah kami nak lepaskan imigresen. Selain London Heathrow (LHR) ada beberapa lagi airport di London iaitu Lutton Airport (LTN), Gatwick Airport (LGW)Stansted Airport (STN), City Airport (LCY) dan Southend Airport (SEN). Abang pernah landing di City Airport dan Gatwick Airport memang cepat prosesnya sebab tak berapa ramai dan airport tak berapa besar.

Keluar dari London Heathrow kami disambut dengan hujan yang tak berhenti-henti. Dengan cuaca yang tak berapa mesra dan bagasi yang besar pilihan terbaik untuk ke Apartment adalah menaiki teksi. Teksi official banyak hanya perlu pergi ke hentian teksi mengikut signboard yang disediakan, Apartment terletak di Oxford Streets yang telah di booking awal menggunakan aplikasi Agoda dapatlah harga diskaun. Pemandu teksi muslim Pakistan sangat membantu. Dia hubungi tuan Apartment untuk mengetahui lokasi yang tepat. Oleh kerana cuaca tak berapa bagus dan waktu orang sibuk balik dari pejabat jadi kos teksi yang menggunakan meter agak mahal iaitu 85 pound.

Kalau tak nak naik teksi sebab mahal boleh naik keretapi lagi murah tapi kena rajin angkat beg untuk bertukar-tukar line. Dari airport naik keretapi ke stesen Paddington kemudian bertukar line ikut lokasi hotel atau apartment yang kita booking. Boleh juga naik bas kalau tak nak naik teksi dan keretapi.

Homestay di London

Sampai di lokasi Aparment wakil homestay telah menunggu kami. Central London Home terletak di Bangunan di  Gilbert Streets. Berhari-hari mencari Apartmet yang sesuai untuk dua bilik dan lokasi baik. Terima kasih pada kekawan Malaysia dan London yang bagi berbagai cadangan. Last sekali kami book apartment Central London Home. Hasilnya kami dapat Apartment tingkat dua tak ada lift tapi tangga besar, dua bilik tidur, ada dapur, ada ruang famili besar, ada mesin basuh, ada peti ais, ada oven dan micro wave, bilik air super besar.

Jarak Apartmet dengan Oxford streets lebih kurang 70 meter, ke stesen underground Bond Streets lebih kurang 50 meter. Bawah Apartmet ada McD, Starbucks, Pret Manger, Phamarcy dan cafe Simit Sarayi yang 100% halal. Kalau nak jalan pergi Edgware Road yang banyak makan halal hanya 1 km. Kiosk halal Cafe Zeynah lebih kurang 200 meter. Owner Apartmet orang Arab dan ada WiFi.

Pada minggu kedua di London kami menetap di homestay di Bayswater, apartment satu bilik harga lebih kurang RM500 semalam. Tak jauh dari Malaysia Hall hanya selang satu jalan sahaja jadi hari-hari sebelum memulakan perjalanan kami makan tengahari di sini.

Di London banyak sangat homestay, harga ikut lokasi. Lokasi yang sibuk seperti Oxford Street, Edgware Road dan Bayswater harganya lebih mahal. Kepada sahabat-sahabat yang nak dapat homestay murah boleh PM fb Amir Hassan insyaallah Abang ada kenalan yang boleh bantu. Orang Malaysia juga yang sudah menetap lama di sana.

Oxford Street kawasan membeli belah

Ramai kawan-kawan cadangkan kalau bercuti di London stay di kawasan Bayswater sebab banyak makanan halal, dekat dengan Malaysia Hall dan ramai orang Malaysia stay sini. Ini kali ketiga Abang datang ke London jadi niat hati nak stay lama sikit supaya boleh pusing-pusing sekitar London. Untuk itu Abang cari homestay yang dekat dengan Oxford Street. Kalau di Malaysia kawasan ini lebih kurang Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancung dalam dan luar negara. Nak jumpa orang Malaysia kat sinilah ramai. Sempat kami jumpa Dato Adi Putra dan Dato Zainal Abidin yang juga bercuti di London sebelum ke Italy.

Kiri kanan jalan ada macam-macam kedai dan pasaraya. Paling mewah mall Selfridges dan paling murah mall Primark baju boleh dapat serendah £4. Selain itu ada Kedai khas Unicqlo, Zara, Topshop, Next, JD, Sport Direct, Nike, Adidas dan macam-macam lagi. Oxford Street dikira dari Marble Arch sehingga Tottenham court road kalau nak berjalan lengohlah kaki tapi boleh juga naik tube ada empat stesen iaitu Marble Arch, Bond Streets, Oxford Circus dan Tottenham Court Road.

Hati-hati disini juga ada ramai penyeluk saku. Abang terkena seluk sehari sebelum balik dalam mall mewah Selfridges hilang wallet couch yang berisi pasport, sekeping kad kredit, dua keping debit kad dan tiga keping atm kad, lesen memandu, duit tunai USD, RM, Euro dan Pound, cincin silver bertahta batu Jabal Nur hadiah dari adik, pen Mount Blanc dengan nama sendiri hadiah insentif jualan sejuta beberapa tahun lepas dan card holder hermes hadiah dari seorang sahabat.

Pusing-pusing Kota London tengok tempat menarik

Untuk review tempat menarik di Lonodn mudah je, naik je bus hop on London yang akan bawa kita kesemua tempat menarik di London. Ada beberapa syarikat bas yang menyediakan bus hop on London dengan laluan hampir sama. Kami pilih Big Bus yang mempunyai tiga line merah, biru dan hijau serta boleh naik London Cruise. Seronoknya naik bus hop on off ni kita boleh turun di mana-mana lokasi menarik kemudian naik balik bas yang lain untuk pergi ke destinasi lain. Selain tu ada penerangan berbagai bahasa ketika kita melalui lokasi menarik di London. Istimewanya London berbanding Kotaraya lain ada pemandu pelancung yang bercerita secara lansung di atas bas.

Tiket bas ada berbagai pakej, ada yang sehari, dua hari dan tiga hari. Lagi banyak hari lagi murah. Nak lebih murah beli tiket secara online di Big Bus Tour. Antara lokasi menarik yang boleh kita singgah adalah Buckingham Palace, Piccadilly Circus, Tower Bridge, Cola-cola London Eye, Big Ben, Tower of London dan banyak lagi bagunan bersejarah.

Bila dah faham geografi Kota London baru mudah nak berjalan sendiri samada naik teksi, tube atau bas. Nak mudah beli je kad Oyster yang boleh digunakan di semua pengangkutan umum di London. Paling jauh kami sampai naik tube adalah Tooting Broadway bertemu sahabat yang isterinya orang Malaysia.

Makanan Halal di London

Kepada yang pertma kali pergi ke London jangan risau tentang makanan halal sebab terlalu banyak restoran halal di London cuma kalau nak mudah cari hotel atau homestay yang dekat dengan kawasan yang banyak makanan halal seperti di Bayswater dan Edgware Road. Kat dua-dua tempat ini ada berbelas restoran halal. Nak makanan masakan Malaysia boleh pergi ke restoran Melur di Edgware Road atau Makaysia Hall di Bayswater. Boleh tengok gambar-gambar restoran halal klik je Restoran Halal di Edgware Road.

Restoran Melur London dan tukar milik dulu owner Cina yang diuruskan oleh orang Melayu tapi sekarang Pak Awie sudah ambil alih. Sebelum ini beliau urus kantin di Malaysia Hall. Kepada kawan-kawan yang nak pergi Malaysia Hall naik je tube ke stetsen Queensway, dari stesen berjalan kaki lebih kurang 1 km, tak lah jauh sangat atau boleh naik teksi.

Pesan Abang satu je bila nak makan jangan pulak nak banding-banding dengan harga kat Malaysia takut nanti kelaparan tak makan. Salah satu cara nak cari restoran halal adalah dengan menggunakan aplikasi Zabihah cuma kena bahagian nota jenis halal apa. Pada bahagian nota ada diterangkan samada ada logo halal, kata-kata pelanggan, kata-kata staff dan sebagainya. Kami biasa pilih yang ada logo sahaja.

Bicester Village

Majoriti pelancung yang datang ke London akan singgah ke outlet Bicester Village yang terletak lebih kurang 90 KM menghala ke Oxford. Nak kesini boleh naik terksi, bas, kereta sewa atau keretapi. Kami memilih naik tube dari Bond Street ke stesen keretapi Marylebone. Ada dua stesen keretapi di Bicester satu stesen Bicester Village sebelah je outlet Biscester Village dan satu lagi stesen Bicester North. Stesen Bicester North agak jauh tapi disediakan shuttle bas berulang alik sehingga jam 9.45 pm yang perlu beli tiket.

Kali pertama kami naik keretapi sehingga ke Banbury kemudian pusing balik ke Bicester North. Kali kedua kami naik keretapi sehingga ke Oxford kemudian pusing balik ke stesen Bicester Village. Saja berjalan melihat keindahan luar London.

Kalau tak silap ada lebih 100 kedai berbagai jenama di outlet Bicester Village yang memberikan diskaun sehingga 80%. Antara jenama yang ada di sini adalah Coach, Furlan, MK, Gucci, Chanel, Zara, Zagna, Jimmy Choo, Longchamp, Tumi dan macam-macam lagi. Setiap kedai ada diskaun berbeza pada waktu berbeza.

Kepada pengunjung Muslim jangan risau sebab surau yang cantik disediakan, nak makan makanan halal pergi je gerai Manja di bahagian tengah ada kebab dan nasi. Outlet Bicester Village ditutup pada jam 9 pm.

Masjid di Kota London

Ada banyak masjid di London ni, nak tahu boleh guna aplikasi maps atau guna aplikasi Zabihah siap bagi tahu jarak dah jenis masjid samada sunei atau syiah. Kami pilih untuk solat Jumaat di London Central Mosque. Dari apartment turun ke Stesen Bond Street terus ke Stesen Baker Street. Dari stesen Baker street menapak lebih kurang 600 meter di Park Road. Masjid ni tak jauh dari Stesen keretapi Marylebone. Trip London 2015 dulu pun solat fardu dan solat Jumaat di sini.
 
Masjid penuh sehingga melempak keluar. Khutbah pertama dalam bahasa arab dan khutbah kedua dalam bahasa Inggeris. Lepas solat Jumaat ada solat jenazah. Ada restoran dalam masjid ni. Kami take away beryani ayam, tandoori ayam dan nasi kambing

Sampai juga Stadium Emirates

Pembaca blog Denaihati pasti tau Abang antara Arsenal Fan. Sebelum menulis blog tak ada team bola feberet pun. Pilih Arsenal sebab suka filosofi bisnis bola sebagai bisnis yang dibawa oleh Arsene Wenger. Bisnis itu keuntungan bukan sekadar kemasyhuran.
Setelah beberapa kali sampai ke London ini kali pertama menjejaki kaki ke Emirates. Best juga tengok Carabao Cup sebab harapan nak tengok Arsenal menang lebih besar, tiket lebih murah jadi kami pilih tempat duduk VIP yang ada lounge, dapat diskaun shopping kat Arsenal Store dan boleh lawan stadium serta museum. Baca pengalaman kami di entri sampai juga Stadium Emirates.
Lain macam semangat tengok game dalam stadium ni. Ada juga banner khas untuk Arsenal Fan Malaysia. Balik sesak 1 km nak masuk stesen Highbury tapi puas hati.

Kembara London 2018 tak akan dilupakan

Hajat hati nak duduk lama di London jadi kenyataan apabila Abang hilang pasport. 13 hari di London berjalan paling sikit 5 KM sehari setiap hari turun naik teksi dan tube satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Berjumpa ramai kawan-kawan baru yang memberi berbagai nasihat kembara menambah ilmu kembara dan peluang bisnis yang ada di London.

Terima kasih kepada pegawai-pegawai imigresen yang sangat membantu sehingga tercetaknya pasport pertama di pejabat baru Kedutaan Malaysia. Mereka berusaha membantu walaupun pejabat masih kelam kabut.

Kami balik Malaysia naik emirates melalui terminal 4 heathrow. Pesanan masyarakat kalau nak claim VAT mesti kena datang awal sebab ramai sangat yang beratur nak buat claim. Paling tidak empat jam awal baru selesa.

Jom baca kisah kembara kami yang lain di bawah ni.


Spread the love

23 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!