Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “kembara di merata dunia“. Jauh berjalan luas pandangan dan banyak ilham baru akan menjelma. Kali ini nak kongsi kisah kembara kami ke Langkawi.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Jarang-jarang Abang berkongsi kisah kembara di dalam negara bukanlah tak minat tetapi sudah ramai blogger yang menulis. Tapi kali ini Abang akan menulis kisah kembara ke Langkawi. Kenapa? Sebab ini adalah kali pertama menjejaki kaki ke Langkawi setelah berjalan merata dunia. Adik beradik Abang selalu ketawakan kami sebab tak pernah sampai Langkawi lagi.
Rupanya ramai lagi kawan-kawan yang belum sampai Langkawi, buktinya apabila Abang buat status di Facebook bertanya siapa lagi yang belum jejak Langkawi, ramai yang beritahu mereka pun belum sampai lagi. Mungkin ada pembaca di sini juga belum sampai Langkawi.
Tempahan Hotel dan Tiket Kapal Terbang ke Langkawi
Kembara ini tidak dirancang, sepatutnya nak ke Trengganu untuk melihat lokasi projek ladang kelulut tetapi Prof Madya Shamsul Bahri outstation ke Kemboja. Cari hotel online di Langkawi mencabar juga sebab nak cari bilik untuk empat orang duduk bersama bukan mudah. Kalau bercuti duduk jauh-jauh pun tak seronok juga.
Guna aplikasi traveloka tak dapat yang ada hotel Westine dan hotel Berjaya yang harganya lebih RM3000 satu malam. Akhirnya dapat bilik yang di cari menggunakan aplikasi Agoda, Hotel Ombak Villa yang terletak di Langkawi Lagoon lebih kurang 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Memang berbaloi harga dua bilik bersambung lebih kurang RM600 semalam. Biasanya hotel yang cantik begini paling tidak pun RM650 sebilik untuk satu malam.
Untuk booking tiket kapal terbang kurang daripada 24 jam sebelum penerbangan, Abang suka guna aplikasi Traveloka sebab masih boleh guna kad kredit atau online banking untuk pembayaran. Mungkin bukan peak season harga tiket Air Asia untuk empat orang pergi balik Kuala Lumpur – Langkawi – Kuala Lumpur hanya RM770 sahaja. Tak sampai RM200 seorang untuk pergi balik.
Kereta Sewa di Langkawi
Seperti kembara-kembara yang lain Abang lebih suka memandu sendiri jadi boleh uruskan masa lebih baik. Oleh kerana tidak pernah jejak Langkawi jadi Abang ambil keputusan untuk tempah kereta sewa Langkawi secara online. Daripada carian di Google banyak sangat syarikat yang menyediakan khidmat kereta sewa di Langkawi.
Harganya pun murah lebih kurang RM120 – 150 sehari. Abang pilih satu syarikat kereta sewa tempatan tetapi apabila nak buat bayaran perlu wassap wakil syarikat. Setelah menunggu lebih 20 minit tiada balasan wassap maka Abang memilih untuk menggunakan Syarikat sewa kereta antarbangsa Europcar yang menggunaka pembayaran secara online. Abang pilih kereta Produa Alza pada kadar RM380 untuk sewa dua hari dan bayaran insuran perlindungan.
Apabila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi rupanya ada banyak booth kereta sewa yang bagi harga istimewa sebab pelancung tak ramai. Lain kali boleh booking kereta sewa di airport tak perlu booking online.
Keluar daripada airport wakil Europcar sudah menunggu untuk menyerahkan kereta. Prosedur biasa perlu bagi kad pengenalan, lesen dan tanda tangan surat perjanjian tapi yang kurang gembira apabila perlu verify kad kredit sebanyak RM1,000. Ini kali pertama pengalaman menyewa kereta perlu verify kad kredit sebanyak ini.
Biasa kalau syarikat kereta sewa tempatan akan ambil deposit beberapa ratus ringgit sahaja dan pengalaman menyewa masa di luar negara tak pernah ambil deposit sebab mereka sudah ada detail kad kredit jadi kalau ada masalah hanya potong daripada kad kredit.
Makan sedap di Langkawi
Kami sampai di Langkawi lebih kurang jam 3.30 pm. Pastilah perut dah berkeroncong sebab dalam pesawat memang tak pesan makanan. Kawan-kawan sosial media sudah senaraikan berbagai lokasi makan sedap di Langkawi. Oleh kerana perut sudah lapar kami singgah di sebuah kedai makan nasi campur berhampiran dengan hotel. Terkejut bila bayar dengan RM50 kami dapat makan 5 ekor ikan bakar dan berbagai lauk pauk untuk empat orang, memang murah.
Antara restoran dan kedai makan yang kami singgah sepanjang tiga hari di Langkawi adalah :
- Restoran Seleran Nelayan – seafood memang segar dan masakannya memang boleh bertambah makan.
- Restoran Halim Gulai Panas (GP) – hanya menghidangkan gulai dan goreng seafood sahaja.
- Foodcourt di Padang Matsirat
- Food Truck Laksa Power ada Laksa, Cendol dan Rojak tepi Airport Langkawi
- Gerai Ikan Bakar di Padang Matsirat
Banyak lagi tempat makan sedap di Langkawi yang dicadangkan oleh kawan-kawan tapi tak sempat nak pergi antaranya :
- Restoran Kak Yan Nasi Campur di Ulu Melaka
- Nasi Dagang Pak Malau di jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar
- Restoran Seashell di Laman Padi, Pantai Cenang
- Restoran Wan Thai di Pekan Kuah
- Restoran Haji Ramli di Pantai Cenang
- Restoran Telaga di Pantai Cenang.
Ada rezeki lain kali datang lagi bolehlah menikmati hidangan di restoran yang dicadangkan ini.
Langkawi Islands Hopping
Antara tujuan utama datang ke Langkawi adalah nak menikmati keindahan GeoPark Langkawi. Adakah lebih hebat daripada Krabi Islands Hopping? Nampak dalam online ada syarikat kereta sewa yang offer pakej bersama pada harga sekitar RM40 – 50. Kami beli tiket dengan agen yang ada di lobi hotel Ombak Villa. Ada dua pakej Langkawi Island Hopping
- Pakej 1 melawat pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Harga tiket RM70. Masa 4 – 5 jam, bertolak dari lobi hotel jam 8.45 am dan di jangka sampai hotel jam 2 pm.
- Pakej 2 melawat hutan bakau, tempat ternakan ikan, makan tengahari di restoran tempat ternakan ikan dan singgah pulau beras basah.
Kami pilih pakej pertama untuk menikmati keindahan pulau Langkawi. Alhamdulillah hujan lebat awal pagi berhenti ketika kami bergerak dari hotel Ombak Villa ke Jeti Teluk Baru. Lebih kurang jam 9.30 am bot yang mengisi 15 orang pelancung mula bergerak menuju Pulau Dayang Bunting. Hampir dengan Pulau Dayang Bunting pembawa bot menunjukkan bukit berbentuk seorang wanita bunting sedang berbaring. Kelihatan jelas bentuk wanita bunting tersebut.
Kami sampai di jeti Pulau Dayang Bunting setelah menaiki bot lebih kurang 20 minit. Keistimewaan Pulau Dayang Bunting adalah Tasik Air Tawar yang terletak lebih kurang 500 meter dari pantai. Untuk masuk pelancung tempatan perlu bayar RM2 dan pelancung luar negara RM6.
Di Tasik Air Tawar Dayang Bunting kita boleh mandi, naik bot solar dan berkayak. Kalau nak mandi lebih baik pakai pelampung, sewa hanya RM5 sebab banyak juga kejadian lemas. Katanya kedalaman tasik ini lebih 10 meter dan tak sama dengan berenang di kolam atau laut.
Selepas sejam di Pulau Dayang Bunting kami bergerak lebih kurang 10 minit ke kawasan memberi makan kepada helang. Burung Helang adalah ikon kepada Langkawi. Memang banyak helang yang berebut-rebut nak makan makanan yang dibaling oleh pembawa bot. Lokasi terakhir yang kami tuju adalah Pulau Beras Basah. Di sini kami diberi masa sejam untuk mandi, parasailing dan snokeling.
Kesimpulan islands hopping di Langkawi tidak sehebat islands hopping di Krabi. Khabarnya kalau nak pergi pulau-pulau yang cantik perlu menyewa bot sendiri yang boleh dibuat secara berkumpulan.
Shopping di Langkawi
Tak sempurna pergi Langkawi kalau tak shopping. Ada lebih 30 kedai bebas cukai yang terdapat di Langkawi. Kebanyakkan kedai bebas cukai berada di bandar Kuah dan Pantai Cenang. Coklat dan pinggan mangkuk berjenama antara barang yang menjadi tumpuan pelnacung. Kami sempat singgah di semua kedai bebas cukai di Pantai Cenang dan Brand Outlet di Bandar Kuah berdekatan dengan jeti kuah.
Aktiviti menarik di Langkawi
Banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi yang tak sempat kami terokai antaranya
- Menaiki cable car ke Gunung Mat Cincang
- Mencuba aktiviti lasak di Skytrex Langkawi
- Sewa helicopter dan pusing di sekitar pulau
- Mandi-manda di Jacuzzi Ayer Hangat Village
- Berhibur di 6D Cinemotion
- Berkayak di Sungai Kubang Badak
- BBQ sunset dinner di atas bot
Tiga hari dua malam memang tak cukup nak bercuti di Langkawi. Insyaa Allah rezeki kami akan datang lagi bersama semua ahli keluarga. Paling penting next visit mesti beli berat kg pesawat yang lebih untuk bawa balik banyak tangkapan shopping di Langkawi.
Kepada rakan-rakan yang belum sampai Langkawi apa lagi jom lah pergi menjelajahi pulau-pulau dan menikmati makanan terutama seafood yang segar.
Nota : Baca juga artikel menarik di bawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
113 Comments
dah lama tak pergi Langkawi. rasanya dh byk kali gk ke langkawi.. syok sbb tak jamm hehe
Curahan rasa JMR @ ..Pengalaman Pertama Dayyan ke Kidzania Kuala Lumpur
Rasanya kalau musim cuti pekan kuah pun jem, sebab dah ramai orang bercuti.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Kalau nak pergi pantai lagi best pergi pantai timur
Belah sana lawa lagi
Langkawi kira ok lah
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Makanan dilarang semasa hamil? Ibu mengandung elak 24 Lauk ini!
Kalau pantai timur, hujung tahun musim tengkujuh, asyik hujan aje.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Waah memang best Langkawi, saya pergi tahun lepas dengan family, seronok…tempat-tempat cantik cantik, banyak aktiviti menarik boleh buat 🙂
Antara tempat percutian yang paling best di utara Malaysia. Kos percutian murah masa bukan cuti sekolah, kalau masa cuti sekolah memang semuanya mahal.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Lain kali boleh booking kereta sewa di airport tak perlu booking online, bila dah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi boleh terus ke booth kereta sewa yang bagi harga istimewa.
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Panas! Panas! Cuaca Panas! Hadkan Aktiviti Luar, Elak Strok Haba kesan dari Taufan Lan
Betul tu… Setuju.. rate Harga kereta sewa booking dekat air port lebih murah berbanding booking secara online..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Coklat dan pinggan mangkuk berjenama memang antara barang yang menjadi tumpuan pelancong jika ke Langkawi
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Panas! Panas! Cuaca Panas! Hadkan Aktiviti Luar, Elak Strok Haba kesan dari Taufan Lan
Terutamanya pelancong perempuan… Pelancong lelaki ada juga yang berminat nak beli tapi kebanyakannya disebabkan ada orang perempuan yang kirim… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Selalu juga kirim coklat kalau member pergi langkawi, saya suka coklat Daim tu, bila gigit aje rasa meleki-lekit…heh..heh
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
RM50 dapat makan 5 ekor ikan bakar dan berbagai lauk pauk untuk empat orang,memang murah kalau di Langkawai, jarang sangat nak dapat harga tu
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Panas! Panas! Cuaca Panas! Hadkan Aktiviti Luar, Elak Strok Haba kesan dari Taufan Lan
Betul murah… Harga macam tu memang susah nak dapat terutamanya dekat tempat pelancongan macam ni…
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Biasanya penjual mengambil kesempatan untuk meletakkan harga yang mahal kepada pelancong… Tapi mungkin sekarang ni bukan musim cuti sekolah. jadi harga makanan tu murah sikit..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Banyaknya kena verify kredit kad sampai RM1000 tu. Kalau tak dapat refund balik jenuh juga
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Panas! Panas! Cuaca Panas! Hadkan Aktiviti Luar, Elak Strok Haba kesan dari Taufan Lan
Tulah… Baru first time dengar sampai macam ni banyak sekali ada orang verify kad kredit.. Biasanya paling banyak pun dalam RM100 sahaja sebagai cagaran..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Memang best kat Langkawi ni.. Terutamanya makanan dia memang padu beb.
Pertama kali makan pesemboq kat sini la.. Nyum3
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
In Shaa Allah awal tahun ni plan nak ke sana bawak family. Pemandangan nampak cantik sangat! Seriusly tak sabar rasanya..
Curahan rasa Nur Razali @ ..Karotenoid Warna Yang Melindungi Tubuh Anda
mmg tak rugi pegi langkawi. banyak benda best sampat tak sempat nak explore semua
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Red Velvet di Astro Ria
langkawi..pulau yang sememangnya menjadi tarikan utama kalau nak bercuti..laut..udara tu cara nak ke sana..namun awas dengan pelancong dari arab..banyak kes dari sifat mereka yang tidak berapa sopan huhu..
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Makan Nasi Kambing Bakar Di Restoran Cik Tri Sahara Setia Alam
Saya memang suka pergi ke tempat macam Pulau Langkawi dan Kota Kinabalu.. boleh katakan serba serbinya lengkap untuk destinasi pelancongan..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
Dekat kedua-dua tempat ni nak naik atas bukit pun tak jauh, nak mandi pantai pun dekat, nak snorkling dkt pulau pun dekat, nak bershopping lagilah dekat..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
Destinasi percutian yang sangat sesuai untuk semua golongan dan semua peringkat umur..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
langkawi femes sebab pulaunya hampir semua benda ade. tak hairan la pelancong suka
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Red Velvet di Astro Ria
Assalamualaikum Wrmbth & Salam pagi isnin Tuan
.
Maznee doakan minggu ini semuanya Allah lancarkan urusan
Amin
Langkawi nak puas bawa banyak duit
Balik memang penuh kereta
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Makanan dilarang semasa hamil? Ibu mengandung elak 24 Lauk ini!
Itu kalau pergi naik kereta, boleh sumbat semua barang dalam bonet kereta…
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
Kalau pergi naik kapal terbang kena spare duit nak beli beg tambahan.. lepas tu stand by pula nak bayar duit lebihan berat bagasi.. 😉
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
best, insyaAllah pi langkawi bulan 11 nanti dengan family. Sounds very interesting
Curahan rasa raihanah @ ..Shaklee Youth Skincare Bebas Paraben & Semulajadi
Time cuti sekolah memang sesuai bawa anak-anak pergi bercuti ke Pulau Langkawi… cuma masa tu segalanya jadi mahal berbanding hari biasa..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
Wahhh, best ni, saya pun belum sampai lagi ke Langkawi ni.
Thanks tuan DH sebab up entri ni. Nanti ada rezeki boleh meronda ke sana pula.
Macam syok jer pergi time bukan cuti am atau cuti sekolah. Macam “Langkawi ni, ana yang punya!”…hehe
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Vitamin Bantu Pesakit Batu Karang
banyak yg best di langkawi ni.. 3 hari dua malam rasanya tak cukup kalau nak explore semua
Curahan rasa nikkhazami @ ..Antara Tempat & Aktiviti Menarik Pulau Jeju, Korea
Hi, saya sekeluarga pun pernah lepak di Ombak Villa. Memang privacy resort.
Kalau privasi resort lebih nyaman dan selesa sebab ada sekuriti.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Comments are closed.