Kembara Port Elizabeth dan Knsyna Afrika Selatan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sepanjang #kembaraafrikaselatan ramai juga kenalan baru yang follow mungkin ada minat yang sama suka travel.

2019 dimulakan dengan bermusafir ke Afrika Selatan bersama dengan rakan kembara 2012. Dulu kami mengembara dengan memandu dari Frankfurt hingga ke Rome selama 18 hari. Nak baca kisah kembara Europe kami pada tahun 2012 boleh klik Kembara Europe Denaihati. 2019 rancangan nak pergi Balkan tapi cuaca tak bagus jadi kami tukar ke Afrika Selatan. Ini kali ke empat Abang bermusafir ke Afrika Selatan.

Kali pertama 2016 hantar pelajar-pelajar baru Darul Uloom Zakariyya (DUZ), kali kedua Jun 2018 hantar anak Amirul Haziq belajar di DUZ dan kali ketika Disember 2018 lawat Haziq yang bercuti semester.

Kami naik Air Mauritius dari Kuala Lumpur, transit 3 hari di Mauritius dan terus ke Johannesburg. Di Joberg kami singgah semalaman di Darul Uloom Zakariyya berjumpa anak Amirul Haziq dan bawa kiriman dari ibu bapa untuk anak-anak mereka. Dari Joberg kami nak British Airways ke Port Elizabeth, awalnya nak memandu tapi bila fikir keselamatan nak memandu lebi 1200 km dan nak jimat masa kami tukar rancangan.

Di Port Elizabeth kami stay di apartment Brookes Hill Suite yang kami tempah melalui Airbnb. Lokasi apartment menarik atas bukit di tepi pantai mengadap lautan Hindi. Ada kejadian semasa menetap di sini. Meja kopi kaca pecah berderai ketika kami alih untuk buat tempat solat berjemaah. Cedera tapak kaki terpijak kaca yang banyak tapi syukur tak teruk sangat kalau tidak masalah juga nak teruskan percutian.

Apartment Brookes Hill Suite, Port Elizabeth
Pemandangan dari Apartment Brookes Hill Suite di Port Elizabeth

Kami pergi ke Kwantu Private Game Reserve kira macam Safari lah lebih kurang 100 km dari Port Elizabeth. Alhamdulillah kami sewa Kia Sportage jadi mudahlah nak masuk ke Kwantu yang agak pendalaman dan jalan yang mencabar kerana hujan. Tiket masuk R1200 tapi sebab tak ramai orang dapatlah offer R850 seorang termasuk makan tengahari.

Trip 3 bujang 3

Rezeki tak berapa baik setelah meneroka safari lebih tiga jam tak banyak binatang yang dapat ditengok sebab hujan sangat lebat. Dapatlah tengok Singa, Gajah, Springboks dan beberapa lagi haiwan. Bagusnya Kwantu ini ownernya muslim jadi makan halal dan ada surau yang bersih dan cantik. Hotel pun ada kalau nak tidur dalam suasana safari.

Dari Port Elizabeth kami memandu melalui Garden Route antara lokasi percutian paling menarik di Afrika Selatan. Berbagai lokasi menarik ada di sepanjang Garden Route antara Port Elizabeth ke Cape Town.

Persinggahan pertama kali adalah di Storm River Bridge dan kemudian ke Bloukrans World Highest Bridge Bungee.

Trip sebelum ini pun kami singgah di Bloukrans Bungee sebab Fahim, Haziq, Irfan, Muaz dan Qaid nak terjun bungee setinggi 216 meter boleh baca kisahnya di entri 5 anak mudah terjun bungee tertinggi di dunia. 2016 pun kami singgah tapi masa tu bungee di tutup kerana cuaca tak bagus.

Kami singgah dua malam di Knsyna, bandar di pinggir lagoon dan tasik Brenton yang sangat cantik. Bulan Disember 2018 kami singgah makan beberapa jam di Waterfront. Kali ini kami stay di Lagoon Terrace nak dapat harga murah book kat Agoda. Pada 2016 kami singgah juga mencari makanan halal tapi tak jumpa, Di sini memang sedikit sangat restoran halal yang ada pun Ocean Basket, masjid lansung tak ada.

Antara tempat menarik yang kami singgah adalah Knsyna View Point, Knysna Heads, Coney Glen Beach, Brenton on sea, Brenton on rocks dan Brenton on Lake. Kami tak pergi ke elephant park, oyster farm dan lagoon cruise.

Jom tengok video-video yang sempat di rakam di sana.

Pada trip Disember 2018 kami singgah satu malam di Wilderness Beach. Sewa homestay di tepi pantai. Di sini memang banyak rumah-rumah untuk disewa ada yang biasa dan ada yang mewah terpulang ikut selera dan bajet kita.

Selepas Wilderness Beach bandar yang menarik adalah George. Di sini banyak restoran halal dan ada beberapa masjid. Trip 2016 dan disember 2018 kami singgah di Geroge untuk makan dan solat. Trip Januari 2019 kami tak singgah sebab masa agak suntuk untuk memandu ke Cape Town.

Teruskan mengembara kerana ada rahsia disebalik setiap pengembaraan.


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!