Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah ALLAH pilih sekali lagi menjejaki kaki ke Kota London buat kali ke dua selepas trip London yang tidak dirancang pada 2012. Dulu trip bisnis tapi kali ini trip bercuti bersama isteri dan dua pasang sahabat kembara Hj Yusri & isteri dan Hj Zainal & isteri, kira macam percutian honeymoon jugalah sebab anak-anak tak ikut. Kami pergi berasingan dan berjumpa di Hotel Danubius Regent Park, London. Paling best hotel tempat kami menginap berdepan dengan London Central Mosque jadi mudahlah nak solat dan makan makanan halal. Aku dan isteri memilih menaiki Malaysia Airlines Berhad terbang pada jam 10.25 am dan mendarat di terminal 4 London Heathrow Airport pada jam 4.45 pm. Dari London Heathrow Airport ada beberapa cara untuk ke hotel antaranya menaiki express train, bas dan teksi. Kami memilih menaiki teksi sebab nak mudah angkut beg besar tetapi agak mahal tiketnya.
Kami tidak lama di London jadi nak mudah kami naik Big Bus dari Baker Street untuk pusing-pusing melihat keindahan Kota London. Kami beli tiket pakej penuh untuk satu hari berharga 32 pound seorang jadi mudah nak turun naik dimana kami suka dan boleh juga naik Big Bus line lain serta City Cruises. Kami berhenti di London Tower Bridge dan kemudian menaiki City Cruises menuju ke London Eye. Alhamdulillah cuaca sangat bagus tidak begitu panas dan tidak hujan.
Selepas penat pusing-pusing Kota London kami menaiki London Tube dari Marble Arch menuju ke Edgware Road untuk makan di Restoran Melur. Restoran Melur adalah restoran halal yang menghidangkan makanan menu Malaysia dan Indonesia. Selain restoran Melur banyak lagi restoran halal di Edgware Road yang juga dipanggil Arab Street. Nak makan Subway halal pun ada di Edgware Road.
Setelah kenyang makan kami menaiki London Double Decker bus menuju ke Oxford Street yang memang terkenal dengan berbagai mall untuk shopping. Kami tak shopping pun hanya cuci mata melihat berbagai kerenah manusia. Sempat juga singgah kedai Apple tengok Apple Watch tapi boleh tahan harganya mencecah 980 pound. Selepas penat berjalan kami naik Double Decker bus untuk pulang ke hotel tetapi tersesat sampai ke London Victoria Station. Kaki pun dah sakit jadi nak pendekkan cerita terpaksalah kami ambil teksi untuk balik ke hotel. Sampai hotel kepenatan terus terlena dek sebabkan simptom jet lag lagi.
Semuga ALLAH beri kesihatan yang baik untuk perjalanan kami seterusnya juga keselamatan dari sebarang kejadian yang tidak diingini.
97 Comments
kalau tengok, macam takde masalah kesesakan pun kat situ, seronok je tengok keadaan camtu kat sana
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
seronoknya berkelana melihat alam luar sana… jauh berjalan luas pemandangan
Curahan rasa muhammad nizam @ ..CARA NAK COVERLINE KALAU TAK CUKUP BAJET NAK HULUR DUIT RAYA
Pasti menyenangkan sekali ya berada di london, saya ingin kesana belum ada uang 😀
London river thames sangat terkenal apalagi kalau bisa ke stadion Arsenal pasti banyak hal yang bisa dijadikan pengalaman
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
Dulu tak berminat naj ke london. Sekarang mcm teringin pulak nak pergi..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Syurga Nur di Tv3
memang salah satu negara yang memang aku teringin sangat nak pergi..UK
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
London oh london…
bilalah agaknya boleh saya sampai …
Kena belajar lebih banyak dari pihak admin dengan lebih tekun dalam menjana pendapatan melalui blog
Curahan rasa Asia Biz @ ..AirAsia Promotion June 2015
best kan dapat pergi london
boleh ke saya sampai ke sana!
cantik nya…
Cantik nye pemandangan di negara orang. InsyaAllah sampai juga ke sana nnt..Aamiin..
Curahan rasa Maz Jamal @ ..10 Makanan Mengenyangkan Perut Dengan Lebih Lama
Comments are closed.