Salam 1Malaysia, kesibukan bersama keluarga dalam acara kembara cuti sekolah menyebabkan kurangnya masa untuk bersama Denaihati.com. Dari kejauhan masih ada masa sesekali sekala melihat komen teman-teman melalui iPhone tetapi tak mampu nak reply kesemuanya.
Selama 2 minggu ini kami sekeluarga bergerak dari ke Segamat, Kuala Lumpur, Sabak Bernam, Tanjung Piandang, Lumut, Klang, Shah Alam, Bukit Mahkota dan sekarang berada di Batam. Kam ziarah ibubapa, ibubapa mertua, pak cik, mak cik, abang ipar, adik ipar dan keluarga angkat. Alhamdulillah anak-anak gembira apabila aku lapangkan sepenuh masa bersama mereka. Orang bijak pandai berkata berapa lama dengan keluarga tidak penting tetapi kualiti ketika bersama itu yang paling utama.
Manusia hanya menghargai SIHAT apabila sudah ditimpa SAKIT begitu juga manusia hanya menghargai KASIH SAYANG apabila sudah tiada keluarga atau orang kita sayangi. Berapa ramai ibubapa tiada masa untuk bersama anak-anak hanya kerana terlalu fokus kepada kerjaya. Masa terus berlalu anak kian membesar dan ibubapa kian tua. Tiada apa yang boleh ibubapa lakukan apabila nasi sudah jadi bubur kerana anak yang sudah dewasa tidak boleh lagi ditegur atau dimarahi.
Dalam keadaan dunia yang sangat mencabar menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyediakan lebih masa yang berkualiti bersama anak-anak yang merupakan pelaburan bukan sahaja di dunia tetapi yang paling utama di akhirat.
88 Comments
Janganlah kita larut dan terjebak oleh pendapat sebagian orang yang mengatakan, bahwa cinta dan kasih sayang pasti akan mudah pudar seiring berjalannya waktu dan tergerusnya usia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..HIDUP SEORANG BLOGGER dan Tradisi Mudik
Jangan! Dan sekali lagi, jangan! Karena cinta dan kasih sayang dalam kehidupan keluarga, itu bagaikan magnet yang memiliki daya tarik kuat untuk senantiasa menyatukan jiwa, dan mengikat raga.
Ia bagaikan ruh yang selalu menghidupkan lahir dan batin, menjadikan hidup benar-benar hidup, serta menjadikan hidup selalu berarti dan bermakna. Yaitu cinta dan kasih sayang yang disinari petunjuk Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..HIDUP SEORANG BLOGGER dan Tradisi Mudik
Wa, ayat Bang Iwan ni selalu yah macam ayat puitis.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Wa.. siap dengan amaran keras lagi tu Bang Iwan.. ya la.. tidak akan pikir macam tu
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Rasanya makin lama, perasaan kasih sayang tu makin kuat.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Ya, betul tu, kita tidak boleh mengikut kata orang…Suami isteri sendiri yang akan menentukan sama ada cinta dan kasih sayang itu akan pudar atau akan selama-lamanya ada.
Curahan rasa Kdn @ ..ANDA ingin menang hadiah notebook Acer Aspire One
Memahami makna cinta sejati merupakan kebutuhan awal sebelum menceburkan diri kedalam telaga cinta itu sendiri.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..HIDUP SEORANG BLOGGER dan Tradisi Mudik
Wa, kalau mcam tu kena ambil nasihat Bang Iwan la.. macam ada betul juga ni
Curahan rasa Steward John @ ..Good luck to PMR and SPM Candidates
Comments are closed.