Kemalangan maut kenderaan MAHB dan pesawat Berjaya Air, lelaki ini kongsi pengalaman prosedur pendaratan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam kejadian pada Isnin lepas, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, sedang memandu kenderaan kejuruteraan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ketika terlibat dalam kemalangan di atas landasan dengan pesawat persendirian sekitar jam 3.20 pagi.

Pihak berkuasa lapangan terbang Subang harus dipersalahkan kerana kecuaian dalam kejadian yang menyaksikan seorang pekerja meninggal dunia selepas berlaku pelanggaran di atas landasan dengan jet syarikatnya, kata hartawan Vincent Tan.

Bagaimanapun, beliau berkata serangan yang dibuat terhadap syarikat penerbangan itu dan krunya berikutan kejadian kemalangan tersebut tidak berasas serta tidak benar.

Mohd Ruzaimi meninggal dunia selepas kemalangan itu dan meninggalkan isteri, Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia antara setahun hingga 13 tahun.

Tan menegaskan juruterbang syarikat penerbangan itu telah mematuhi semua prosedur operasi penerbangan dan pendaratan, serta mendapat kelulusan dari menara kawalan lapangan terbang, sebelum turun.

Ini perkongsian pendapat di laman sesawang Facebook tulisan seorang lelaki yang bernama Ikram Al Banjari

Kapten sudah mengikut prosedur pendaratan sewajarnya dan ini ada 6 perkara yang kalian perlu tahu dalam insiden pada pagi Isnin itu.

1. Abang mengenali Kapten Fauwaz Zamzam secara peribadi dan abang percaya beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada awal pagi itu.

2. Kapten Fauwaz seorang juruterbang berpengalaman dengan rekod 7000 jam terbang. Beliau turut berpengalaman mengendalikan pelbagai jenis pesawat.

3. Sekarang, Kapten Fauwaz merupakan Chief Pilot merangkap Flight Operation Manager di syarikat penerbangan swasta iaitu Berjaya Air milik Tan Sri Vincent Tan.

4. Dalam kejadian baru-baru ini, Kapten Fauwaz mengetuai penerbangan jet peribadi itu dari Jaipur India dengan 8 penumpang dan tiba mendarat di Airport Subang kira-kira 3:15 pagi.

5. Kapten Fauwaz yang memacu pesawat jenis Bombardier Challenger 300 milik Berjaya Air pada ketika itu sudah menghubungi menara kawalan udara ( ATC ‘Air Traffic Controller ) untuk mendapatkan ‘clearance’ pendaratan.

” Saya hubungi ATC sebanyak dua kali sebelum kami mendarat bagi mendapat clearance. Kali pertama tak berjawab. Kali kedua kami dijawab dan dibenarkan mendarat “

6. Mengikut prosesur, Pilot tidak akan mendaratkan pesawat di ‘runway’ sekiranya tidak ada kebenaran daripada pengawal ATC yang mereka hubungi melalui radio.

6. Sebelum mendarat, tidak ada sebarang lampu atau cahaya yang menunjukkan landasan itu sedang diperbaiki atau ada kerja-kerja penyelenggaraan. Pendaratan diteruskan seperti biasa.

7. Namun, selepas mendarat dan ketika kelajuan pesawat sedang diperlahankan kepada ‘Taxi Speed’, Kapten Fauwaz terasa pesawat melanggar sesuatu di landasan.

8. Setelah memeriksa instrumen dan keadaan pesawat dipastikan selamat pada ketika itu, Kapten Fauwaz terus mengemudi pesawat hingga ke hangar.

9. Rupa-rupanya, pesawat tadi terlanggar sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara milik Malaysia Airport Holding Berhad yang dikatakan sedang membuat kerja pemantauan ‘maintenance’ di atas landasan pada waktu itu.

10. Dalam kejadian pada 3:20 pagi Isnin itu, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali berumur 39 tahun sedang memandu kenderaan kejuruteraan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

11. Ruzaimi meninggal dunia keesokan harinya ( Selasa ) akibat kecederaan parah dalam kemalangan tersebut dan meninggalkan seorang isteri dan empat cahaya mata. Al Fatihah.

12. Kedua-dua pengawal trafik udara yang bertugas pada ketika itu telah ditahan daripada bekerja dan diminta untuk membantu siasatan.

13. Air Accident Investigation Bureau (AAIB) juga telah membuka kertas siasatan dan Menteri Anthony Loke berjanji hasil siasatan akan diperoleh dalam masa terdekat.

14. Tan Sri Vincent Tan bagaimana tetap tenang dan bersabar dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Berjaya Air. Beliau tetap mengatakan mereka tidak bersalah kerana sudah mengikut prosedur standard yang ditetapkan.

15. Tan Sri Vincent turut menyerahkan sumbangan peribadi sebanyak 50,000 ringgit kepada isteri allahyarham Ruzaimi.

16. Penerbangan yang terlibat ini adalah penerbangan ‘charter’ atau sewa khas dan bukannya penerbangan komersial.

Kawan-kawan, marilah kita sama-sama berikan sokongan moral kepada Kapten Fauwaz. Beliau bukan calang-calang juruterbang, ini anak muda contoh. Abang yakin beliau sudah lakukan benda yang betul.

Dan kita doakan juga kepada arwah Ruzaimi. Sekiranya kesilapan ini berpunca daripada salah faham komunikasi mana-mana pihak di bahagian ‘ground’ dan ATC, abang harap Ruzaimi dan keluarga akan dapat pembelaan sewajarnya.

Sementara itu janganlah kalian membawang dan membawa cerita bukan-bukan kerana kejadian masih lagi dalam siasatan.

Be strong brother Kapten Fauwaz Zamzam.

Ikram Al Banjari 
Saudagar Jalanan

Syarikat penerbangan itu juga mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyelesaikan siasatan terhadap kes ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini berkata siasatan ke atas insiden itu dijangka disiapkan dalam masa 30 hari.

Semoga semuanya dipermudahkan atas insiden yang telah berlaku.


Spread the love

2 Comments

  1. Jelas yang memikul tanggungjawab adalah pegawal traffik udara. Kerana yang di udara tentunya tidak akan tahu apa yang di bawah. Yang ada di landasan mustahil masih berada di situ kalau ada kapalterbang mahu mendarat.

    Tapi apa pun, biar siasatan dijalankan. Saya setuju yang kita tidak wajar menghentam Berjaya hanya kerata VT bukan Melayu sedang yang meninggal itu sebangsa dengan kita. Kebenaran mesti di atas sekali walau siapa pun pelakunya.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Jemputan Menyertai Bisnes Affiliate 2019!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!