Kelebihan 10 Hari pertama bulan Zulhijjah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aidiladha pada tahun 2018 kian menghampiri. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam bulan Zulhijjah yakni bulan kita meraikan Hari Raya Aidiladha tersebut.

Zulhijjah merupakan salah satu daripada empat bulan yang dihormati dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan bulan Rejab. Zulhijjah mempunyai kelebihan yang istimewa di sisi Allah s.w.t. Kita dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan soleh dalam menambah pahala dan bekalan buat alam akhirat kita nanti.

Ada pun demikian, kita sangat-sangat digalakkan untuk melakukan ibadah dan perkara-perkara yang baik bagi mendapatkan ganjaran di bulan Zulhijjah ini.

gambar di padang arafah

Di antara kelebihan dan perkara yang patut kita laksanakan adalah :

1) Membanyakkan amalan soleh

Membanyakkan amalan soleh pada 10 awal Zulhijjah merupakan satu sunnah berdasarkan kelebihan Zulhijjah. Ia merangkumi semua amal soleh seperti puasa, membaca al-Quran, Qiamullail dan sebagainya.

2) Berpuasa

Antara mereka yang berpuasa pada sepuluh awal Zulhijjah (yang dimaksudkan di sini ialah satu hingga sembilan Zulhijjah kerana sepuluh Zulhijjah haram berpuasa). Abdullah bin ‘Umar RA. Imam Hasan al-Basri, Ibnu Sirin, dan Qatadah juga menyebutkan tentang kelebihan berpuasa pada hari-hari tersebut. Ini merupakan pendapat majoriti ulama’.

Lebih-lebih ditekankan untuk berpuasa pada hari 9 Zulhijjah, iaitu pada hari Arafah.

3) Membanyakkan takbir bermula pada Subuh 1 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.

Ibnu ‘Abbas berkata, “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijah dan juga pada hari-hari tasyriq.” Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah solat sunat [Sahih al-Bukhari]

4) Menyembelih korban

Bagi mereka yang ingin melakukan korban, hendaklah menahan diri daripada memotong rambut atau sebarang bulu di tubuh, dan tidak jua memotong kuku bermula pada 1 Zulhijjah hingga ibadah korban dilakukan.

5) Tidak makan sebelum solat raya

Daripada Ibn Buraidah R.A, bahawa Rasulullah SAW kebiasaannya tidak akan keluar daripada rumah untuk pergi mendirikan solat raya kecuali sehingga telah makan, dan baginda tidak makan pada hari raya haji melainkan selepas pulang (daripada solat raya). [Sunan Ibn Majah, Kitab as-Siyam, hadis no: 1746]

6) Menunaikan solat raya

Ummu Atiyah R.A. berkata: Kami disuruh untuk keluar pada hari raya, sehinggalah kami mengeluarkan anak dara kami daripada rumah mereka, kami mengeluarkan wanita-wanita yang haid supaya mereka pun dapat duduk di belakang orang (yang mendirikan solat raya), lalu mereka bertakbir bersama-sama dengan takbir mereka, berdoa dengan doa mereka, dan mengharapkan keberkatan dan kesucian hari tersebut [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu’ah, hadis no : 924]

Ulama berbeza pendapat sama ada solat raya hukumnya sunat atau pun wajib.

7) Berdoa

Nabi Muhammad SAW berkata: Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan nabi-nabi sebelum ku katakan adalah: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu untuknya, bagi Pemilikan (seluruh alam), baginya segala pujian, dan Dia Berkuasa di atas segala sesuatu [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no : 3540, Hadis Gharib, terdapat seorang perawi bernama Abu Ibrahim al-Ansari, di sisi Ahli Hadis, beliau bukan perawi yang kuat]

Apapun yang jelasnya, hadis Nabi s.a.w tersebut menggalakan amalan soleh pada sepuluh hari awal Zulhijjah. Amalan soleh pada hari-hari tersebut paling disukai di sisi Allah serta paling besar ganjarannya dibandingkan hari-hari yang lain. Perkataan ‘amalan soleh’ itu merangkupi segala perbuatan baik yang disukai Allah.

Ini termasuk solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, tahmid, takbir, tahlil, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan dan seumpamanya.

Maka, semasa tempoh sepuluh hari awal Zulhijjah ini marilah kita berusaha bersungguh-sungguh melakukan amalan yang mendapat pahala di sisi Allah. Demikian kita wajar menjauhkan diri dari dosa sebagai menghormati hari-hari yang Allah muliakan. Kita berusaha membanyakkan ibadah dan apa sahaja amalan baik. Ini kerana, semasa pahala meningkat, semasa itu amalan patut meningkat. Maka bergandalah amalan yang banyak dengan pahala yang besar.


Spread the love

37 Comments

  1. Banyak amalan sunat yang boleh dilakukan pada bulan Zulhijjah.. terdapat banyak peristiwa penting dalam islam yang berlaku pada bulan ini terutamanya semasa zaman Nabi Allah Ibrahim A.S dan Nabi Allah Ismail A.S..
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

  2. terima kasih kerana berkongsi artikel ini. Banyak pula rupanya amalan-amalan soleh yang kita boleh lakukan di bulan Zulhijjah yang bertepatan dengan musim haji.

  3. terimakasih pak admin telah membagikan postingan yang sangat berguna ini,.mudah”an segala amalan dan ibadah kita di ridoi allah SwT..amin ya robal alamin

  4. Semoga segala amalan dan pengorbanan kita semua mendapat redha dan berkat daripadaNya. Semoga kita semua mempeluang menjejaki rumah allah nanti.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!