Kelajuan memandu kereta dan falsafah dalam bisnes

Spread the love

Saya memang peminat kereta. Kelajuan adalah keterujaan bagi saya. Banyak jenis kereta yang sudah saya bawa. Lori dan bas sahaja belum.

Kereta ini ada falsafahnya. Ada tiga falsafah kereta yang telah merubah gaya fikir saya terutamanya dalam dunia bisnes.

1. Nilai

Hari ini kita dapat lihat ada orang sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk mendapatkan kereta yang paling laju.

Mercedes, Ferrari, Lamborghini atau Porsche? Namakan saja. Pasti ada yang membeli. Nilai kereta bukan terletak pada tanda harganya semata-mata .

Salah satu perkara yang menjadi ukuran kepada tingginya nilai sesebuah kereta adalah bergantung kepada kelajuannya. Lagi laju kereta itu boleh pergi, lagi mahallah harganya.

Pernah saya membawa kereta sehingga kelajuan 330km/h, wajarnya harganya boleh mencapai RM1.7juta. Ada tidak yang membelinya? Kena beratur,tunggu 3-6 bulan baru dapat keretannya.

Same goes to the business. Hari ini bukan siapa besar yang akan menang tapi siapa laju yang akan berada didepan.

Business is all about speed. Berapa laju kita boleh berfikir. Berapa laju kita boleh bertindak. Berapa laju kita boleh menjangkakan potensi masa depan bisnes kita.

kereta-mewah

2. Pemandu

Pernah satu ketika saya berpeluang membawa sebuah kereta sport Wolkwagen Golf, kereta ini boleh dibawa sehingga kelajuan 240km/h.

Namun kerana pertama kali membawa kereta laju, saya cuma membawa pada kelajuan 160km/h. Saya ingat saya sudah cukup laju.

Tiba-tiba ada sebuah kereta viva putih memintas saya dilorong kanan. Ketika itu saya memandu bersama seorang rakan. Saya pandang dia, dia pandang saya.

Bukan jenis, jenama, harga mahupun spesifikasi kereta yang menentukan kehebatan jentera tersebut.

Perkara paling penting adalah siapa yang memandu jentera tersebut. Itu lebih utama Kalau bagi Lewis Hamilton bawa kereta kancil sekalipun, saya pasti dia masih mampu memotong saya yang bawa kereta Golf ini.

Same goes to the business. Kalau nak tahu syarikat tersebut mampu berkembang atau tidak, lihat pada SIAPA ‘driver’nya dahulu.

“It’s not what you drive, But how you drive”

memandu-kereta

3. Enjin

Ini elemen paling penting dalam sesebuah kereta. Lajunya kereta akan pergi adalah disebabkan kemampuan enjinnya memberikan kuasa.

Kalau ada kereta yang boleh berjalan tanpa enjin, saya orang pertama yang akan beli kereta itu.

Enjin ini kita perlu jaga, Ada tempoh servicesnya. Ada minyak hitamnya, Ada cara cucinya. Kalau kita terus guna tanpa ambil peduli cara penjagaannya, maka bersedialah untuk overhaul nanti.

Begitu juga dalam bisnes. Apa enjin dalam syarikat? Ada yang cakap bos. Ada yang cakap partner. Ada yang tak tahu nak cakap apa.

Bagi saya, enjin sesebuah syarikat adalah pekerja atau team itu sendiri . Mereka yang gerakkan syarikat dan Mereka yang membawa duit masuk dalam syarikat.

Kalau kita tak jaga pekerja maka nanti bersedialah nak overhaul syarikat. Perlu cari dan latih pekerja baru semula. Dengar pun kita sudah rasa penat.

Sebab itu saya selalu berpesan, kerja hakiki pekerja adalah bangunkan syarikat. Habis itu apa kerja bos? Kerja bos adalah membangunkan pekerja.

Tanpa nanti, tanpa tapi dan tanpa jemu.

Abdul Basit,
Guru Pengurusan Bisnes.
Minat Kereta, beli belum tentu.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!