Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
bermula harini dan esok, kempen #YOUCANDUIT sedang berjalan dengan pelbagai aktiviti. Ini merupakan program yang ketiga diadakan pada tahun ini untuk memberikan pendedahan kepada semua rakyat berbilang bangsa. Aktiviti-aktiviti yang akan memberikan pendedahan mengenai ekonomi digital dan penjanaan pendapatan menggunakan platform Digital.
Anda boleh hadirkan diri ke Stadium Hang Jebat, Melaka untuk menyertai program 2 hari ini. Terdapat juga pelbagai aktiviti sempena hari Belia yang turut diadakan di lokasi yang sama.
Kejayaan anak muda di negeri Melaka
Harini, kami berkesempatan untuk bertemu beberapa peserta program #eUsahawan yang telah melalui program latihan sejak tahun 2016 lagi. Alhamdulillah, mereka ini telah berjaya meningkatkan jualan mereka menggunakan platform digital. Jika sebelum ini mereka hanya fokus kepada pemasaran luar talian, melalui program eUsahawan mereka menambah kaedah mereka memasarkan produk mereka.
Nurul Ashikin – Usahawanita Kuih Kapit Crunchy
Anak muda bernama Nurul Ashikin ini mengusahakan perniagaan Kuih Kapit Crunchy yang membolehkan kita menikmati kuih kapit dengan perisa coklat dan kacang. Beliau sebelum ini menggunakan medium pemasaran luar talian sahaja. Alhamdulillah walaupun hanya menggunakan pemasaran luar talian, jualannya boleh mencecah RM3,000 sebulan.
Sejak menyertai kelas latihan pemasaran online melalui program #eUsahawan, Ashikin atau lebih digemari untuk dipanggil Ikin telah berjaya mengembangkan perniagaannya 3 kali ganda daripada sebelum ini. Jika sebelum ini, beliau hanya menguruskan perniagaan sendiri, kini beliau telah mempunyai agen yang membantu memasar dan mengedarkan produk beliau.
Menjelang bulan ramadan yang bakal kunjung tiba, Ikin telah menerima tempahan lebih 1000 balang untuk kuih kapitnya yang enak. Buat sementara waktu, tempahan terpaksa ditutup untuk membolehkan beliau dan tim operasi menyiapkan semua tempahan.
Syazlin Mansor – Usahawanita Produk Kosmetik
Anak muda kedua yang berkongsi pengalaman dan cerita beliau bagaimana sebeum ini beliau hanya memasarkan produk orang lain dan berjaya menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan. Beliau telahpun menggunakan platform digital untuk memasarkan produk beliau sebelum menyertai program eUsahawan.
Namun ternyata, apabila beliau menyertai program dan latihan yang disediakan oleh pihak MDEC, perniagaan beliau berkembang maju. Hari ini, beliau telah mempunyai produk dengan jenama beliau sendiri, dan setakat hari ini, jualan purata sebulan produk beliau adalah lebih RM40,000.
Produk beliau juga telah dipasarkan ke negara seperti Brunei, Indonesia dan Singapura, selain pasaran dalam Malaysia. Mempunyai lebih 100 agen yang aktif, Syazlin merancang untuk meluaskan lagi pasaran produk beliau.
Kisah kejayaan yang memberi motivasi 
Semua kisah-kisah kejayaan ini memberikan kita semangat, bahawa kejayaan bukanlah terhad kepada yang berada di kota semata. Lokasi bukan penghalang apabila kita boleh menggunakan platform digital untuk membuat pemasaran.
Komitmen yang diberikan oleh pihak MDEC untuk meneruskan kempen #YOUCANDUIT yang telah masuk tahun ketiga ini, sangat memberikan manfaat kepada begitu ramai rakyat berbilang bangsa. Kempen #YOUCANDUIT ini juga tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak mendapat sokongan secara langsung daripada Perdana Menterti kita, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Tahniah diucapkan kepada penganjur dan para peserta yang mengambil tindakan selepas menjalani program latihan yang telah diadakan.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- Pengalaman menyertai program latihan eUsahawan anjuran MDEC
- Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa
- Karnival #YouCanDuit di Sabah Trade Centre
50 Comments
Great information, This site has lot of useful information and it is informative for peoples. These are really great tips to follow. Thanks for the wonderful post. – chennai to shirdi flight package, shirdi tour packages
http://chennaitoshirdiflight.com/
jadi blogger yg disponsor hotel2 dan motel2 untuk menginap masa travel sambil buat review perggh,,..itulah ketenangan dalam menulis
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Kenali Gred A, B, & C Durian Musang King (Raja Kunyit) Supaya Tidak Tertipu Dengan Harga Yang Mahal
Buatlah duit guna internet. Kos kurang dan market besar. Usaha lebih sikit insyaallah.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Aksesori Percutian Musim Sejuk Penting Atau Boleh Di Lupakan
tahniah pada anak muda..sungguh memberi inspirasi..moga – moga hasil keuntungan mampu dimamfaatkan untuk pelaburan yang lebih besar mcm beli hartana ke… dan kembangkan ekonomi ummah ini…jgn lebih berbelanja pula
Curahan rasa nikrohayu @ ..Cun melecun bila boleh pakai princes maxi design sendiri saiz sendiri!!!!
kejayaan mereka sungguh mengujakan…terbaik la dan saya berharap kejayaan mereka dalam bisnes menjadi sumber inspirasi kepada saya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cari Duit Online 2017
Student yang tak cukup belanja dari duit ptptn tu sangat digalakkan sertai program-program MDEC ini..
Ayuh.. #YouCanDuit!
Curahan rasa Haidar @ ..7 Tempat Makan BEST di Perlis
Peluang jana duit ada di mana-mana saja kan ye. Zaman sekarang nie lagilah, banyak platform dan peluang untuk bermula. Janji ada usaha nak belajar dan majukan diri sendiri. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Muda-muda Dah Osteopenia? Cegah Osteoporosis (Tulang Rapuh) Sebelum Terlambat!
usaha yang konsisten dan tidak pernah berputus asa akan menghasilkan kejayaan…
itulah ujian dalam perniagaan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cari Duit Online 2017
Kalau tengok drama Mak Cun, teringat pada kempen #YouCanDuit ni hehe
Tapi baguslah, melalui drama jugak kadang2 kita boleh sampaikan kempen dengan lebih jelas, telus dan santai. Sebab semua orang suka tengok drama.
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile
kalau saya dah dapat RM10K sebulan…boleh jadi traveler blogger dan Foodie blogger…
melancong dan makan..
pergh..terbaik la mereka semua
Curahan rasa mrhanafi @ ..Orang Kaya Kota Samarahan Sarawak
Sekarang nak berjaya memang tidak mengira usia, kena pandai rebut peluang sahaja.
Ya betul tu.. cuma kena rajin dan pantas bertindak. Jika tak bertindak, tak ke mana juga.
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile
dengan kuasa internet tak ada yg mustahil. siapa cepat dia dapat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Minyak Kelapa Dara Terbaik – D’Fera
Setuju. Zaman mobiliti sekarang semuanya kena pantas. Pantas mencari dan mengambil peluang dan juga pantas buat duit hehe
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile
Baru baru ini ada anak muda berusia 19 tahun menjadi tular kerana menjadi jutawan hanya dengan bisnes di IG.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Saham IPO
bisnes apa tu ya.
betul, IG klau buat betul2 memang boleh kaut untung banyak
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Masalah rambut gugur selepas bersalin dan cara merawat
wah sangat menginspirasi,, pengen juga menjadi seperti mereka mampu sukses usia muda
MDeC begitu proaktif untuk menggalakkan rakyat Malaysia memasarkan produk secara online
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Di tempat saya bekerja juga, hari ni ada penceramah dari MDEC datang dengan tujuan yang sama..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Semoga pelajar-pelajar kami di Politeknik Sultan Idris Shah juga berjaya menjadi salah seorang usahawan online selepas tamat pengajian nanti..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Sama-samalah kita doakan yer.. sekiranya ramai pelajar kami dapat menjadi usahawan online, mereka akan membuka peluang pekerjaan kepada junior2 mereka..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Semoga anak didik tuan berjaya dengan perniagaan masing2.
Legasi yang dicipta pada hari ini akan memberi peluang kepada generasi seterusnya.
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile
Dengan panduan dan bimbingan pemasaran dari guru yang betul, tak mustahil boleh berjaya di usia yang muda.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Saham IPO
Comments are closed.