Kecewa! Mural Yang Tak Sampai Sebulan Telah Diconteng

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini tular lukisan mural yang dihasilkan tiga sekawan Muhammad Suhaimi Ali, Abdul Hadi Ramli, dan Muhamad Firdaus Nordin itu sebelum ini pernah menerima lawatan beberapa pemimpin negara termasuk ketua pengarah kesihatan sendiri Datuk Dr Noor Hisham.

Pada 10 Julai lalu pula, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat mural gergasi potret pemimpin negara yang diabadikan pada sebuah dinding bangunan rumah kedai.

Hari ini lukisan mural tersebut dilaporkan telah dicemari dengan perbuatan vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Perkara itu dikongsikan netizen sejak pagi tadi  di media sosial yang menunjukkan sebahagian daripada lukisan itu diconteng dengan semburan cat berwarna merah serta perkataan kesat turut kelihatan di dinding tersebut.

https://twitter.com/MrJamesLabu/status/1285037881443020800?s=20

Lukisan yang diconteng itu dicat semula dengan cat putih oleh kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 12.10 tengah hari tadi dengan kawalan pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tindakan awal telah diambil oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk proses lanjut.

“Setakat ini kita masih belum terima laporan daripada mana-mana pihak.

Kita minta individu yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut tampil untuk membantu siasatan,”

Semoga pihak berkuasa dapat mencari individu yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap si pelaku.


Spread the love

8 Comments

  1. mentaliti kelas ke 100 sebenarnya mentaliti negara kita..walaupun berbeza pandangan dan struktur politik namun benda sebegini boleh membezakan kita dengan haiwan sebenarnya….uncivilized behaviour pada pelaku

  2. Vandalisme selalunya dikaitkan dengan pelajar sekolah atau remaja naka. Tetapi vandalisme kali ni nampaknya teruk sangat… Semoga pesakit ini dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera.

  3. Memang kecewa sangatlah bila tahu hal ni. Rupa-rupanya dalam diam ada jugak individu yang kurang senang hati dengan mural tersebut. Dari cctv rupa-rupanya lukisan mural tersebut di rosakkan oleh dua orang wanita. Semoga pesalah dapat di temui dan dibawa ke muka pengadilan.

  4. Devastated. Kecewa sangat bila dapat tahu berkenaan perkara ni pagi tadi. Artis yang melukis pun turut kecewa sangat. Kenapa boleh terfikir untuk buat perkara seteruk ini di kala waktu2 begini pulak tu.
    Curahan rasa Syaz Rahim @ ..Upah Budak NakalMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!