Kawasan Larangan Kekal ruang udara, Singapura mahu bincang Lapangan Terbang Seletar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di dalam perkara hal ehwal jiran sesama negara, ada perkara-perkara yang kita boleh bekerjasama dan ada juga yang perlukan perbincangan lanjut. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Kali ini mengenai ruang udara di selatan Tanahair.

Singapura telah mencadangkan untuk bertemu dengan Malaysia bagi membincangkan pewujudan Kawasan Larangan kekal oleh Kuala lumpur bagi tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang berkuatkuasa 2 Januari 2019.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, Kawasan Larangan itu yang berada dalam lingkungan ruang udara yang terkawal dan sesak akan memberi impak kepada operasi sedia ada dan operasi biasa oleh pesawat yang melalui ruang udara tersebut.

Singapura sudah membangkitkan kepada Malaysia berhubung kebimbangannya terhadap kesan buruk Kawasan Larangan ke atas penerbangan awam.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia juga telah mengeluarkan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) pada 25 Disember lalu.

Melalui notis itu, Malaysia telah memaklumkan kepada pihak berkaitan penerbangan mengenai pewujudan Kawasan Larangan kekal untuk tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang berkuat kuasa 2 Januari 2019.

Malaysia sudah menyatakan bahawa pihaknya mahu mengambil balik “ruang udara yang diwakilkan” di selatan Johor, dan membantah penerbitan Singapura berhubung Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar.

Jika laluan penerbangan ILS dibenarkan, Malaysia tidak dapat membina bangunan tinggi di Pasir Gudang dengan pelabuhan itu juga tertakluk kepada risiko yang lebih tinggi dan pelbagai sekatan.

Sebelum ini, Lapangan Terbang Seletar tidak menggunakan ILS. Juruterbang boleh bergerak sekitar rintangan dan tiada peraturan ketinggian diperlukan di sekitar kawasan laluan penerbangan.

Tetapi sekarang, adalah wajib untuk mengenakan sekatan ketinggian untuk ILS. Dalam kes ini, kawasan yang terjejas adalah seperti yang ditunjukkan dari Pasir Gudang ke utara ke Ayer Tawar dan hampir ke Kota Tinggi.

Malaysia bukan menentang Seletar, tetapi sejauh mana laluan penerbangan yang, ia tidak boleh melalui Pasir Gudang.


Spread the love

2 Comments

  1. Semoga hubungan keluarga Singapura Johor baik-baik sahaja untuk tahun yang akan mendatang ini. Malaysia dan Singapura sememangnya terkenal di dunia dengan kebijaksanaan pemimpin mereka dalam diplomasi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!