Kawan aku hackers

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Polis kata 90% pengodam atau hackers yang telah mengodam lebih 200 website kerajaan adalah hackers tempatan. Sebelum ini seperti dalam entri “kumpulan pengodam Anonymous ingin menyerang halaman portal kerajaan” dikatakan pengodam ini adalah hackers dari luar negara tapi ternyata meleset.

Ini mengingatkan aku kepada seorang teman baik yang merupakan seorang hackers. Beliau pernah pengodam portal berita harian sehingga kemenangan peraduan silangkata berturut-turut dengan hadiah puluhan ribu dibatalkan setelah kantoi. Beliau juga pernah mengodam beberapa bank dan klimaksnya apabila beliau berjaya mengodam portal Jabatan Perdana Menteri.

Hackers mungkin ada disebelah kita je.

Kelekaan dan keseronokan beliau mengodam website tak lama apabila beberapa pegawai polis telah datang ke rumahnya dan membawa beliau ke Bukit Aman. Beliau telah disoalsiasat lebih 10jam, alhamdulillah tak ditahan tetapi selepas dari peristiwa itu beliau dah taubat dari pengodam portal kerajaan. Mulai dari saat itu beliau sering berulang alik ke Bukit Aman untuk membantu menyelesaikan kes yang berkaitan dengan hackers.

Aku masih ingat pesanan beliau “Jangan underestimate kemampuan PDRM belum sempat off komputer Polis dah ketuk pintu rumah”.

Entah manalah kawan aku ni dah hampir 3 tahun aku tak jumpa dia. Komputer dia pun masih ada lagi di rumah aku. Mungkinkah kawan aku hackers ini sedang membantu PDRM atau mungkin dia salah seorang yang menyerang portal Kerajaan?


Spread the love

69 Comments

  1. Saya tabik juga pada kebolehan hackers ni sebenarnya. Maklumlah bukan semua orang mampu melakukan sedemikian(bukan menggalak). Mereka pun perlu belajar untuk kemahiran tersebut serupa seperti peguam dsbnya. Namun ilmu sebegitu untuk testing power perlu ‘tindakan-tindakan sedemikian’ baru terserlah kehebatan sebenar.Tindakan serang laman kerajaan – itu merumitkan..

    Namun jika difikir peguam juga ada terbela atau sengaja membela orang yang salah. Motifnya macam-macam – wang, nama, pangkat, maruah hatta nyawa. Jadi yang membezakan adalah ‘jiwa’ mereka bukan pekerjaan mereka. Baik ‘jiwa’ baiklah tindakan…

  2. oke lah, kita tunggu kabar selanjutnya…
    By : Muhammad Barokah
    baca juga:
    Spesifikasi Samsung Exhibit 4G
    Nexian Android Review dan Spesifikasi
    Tips dan Trik Mengoptimalkan Kinerja BlackBerry
    thx.
    Curahan rasa Muhammad Barokah @ ..Informasi Beasiswa Luar NegeriMy Profile

  3. kerja2 hacking kalau buat di rumah, yang tu cari nahas kot.. biasa penah tengok kawan2 yg pandai hacking ni diorang tak buat keje2 hack kat rumah.. kadang2 diorang buat kat CC, kadang2 kat kedai.. diorang takkan buat kat rumah walaupun diorang tau cara nak ‘sembunyi’..
    Curahan rasa Anarm @ ..Menang Hosting Exabytes – Contest MrSaysMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!