Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada setiap tahun Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. akan menganjurkan karnival kanak-kanak terbesar Malaysia, iaitu “Karnival Upin & Ipin”. Anjuran karnival ini adalah sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada para peminat yang telah menyokong animasi keluaran syarikat Les’ Copaque Production selama 12 tahun ia berkecimpung dan menjadi pemacu animasi tempatan.
Atas sambutan yang luar biasa, karnival ini dilanjutkan menjadi 4 hari bermula dari 20 – 23 Disember 2018 bertempat di MAEPS, Serdang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Penaja emas yang terlibat dalam membawakan acara yang luarbiasa ini adalah Bank Rakyat, UniFi, dan Tourism Malaysia.
Lebih luarbiasa apabila Astro menjadi rakan media untuk karnival kesayangan ramai ini. Siri-siri animasi keluaran Les’ Copaque Production boleh ditonton di platform Astro bemula November 2018.
Bertemakan “Upin & Ipin dan Kawan-Kawan”, karnival ini akan menjadi pentas pelancaran filem “Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal” yang akan menemui peminat di pawagam, pada 21 Mac 2019.
Dengan kerjasama Golden Screen Cinemas (GSC) sebagai pengedar dan Astro sebagai rakan media, filem ini akan menemukan karakter Upin, Ipin, dan kawan-kawan yang disayangi ramai dengan watak-watak dongeng yang menjadi bahan bacaan dan penceritaan anak-anak serantau Asia.
Les’ Copaque Games Development Inc. (LCGDI) akan turut mempamerkan “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” dalam bentuk permainan aplikasi.
Di Karnival Upin & Ipin, para pengunjung boleh menyaksikan pertunjukan pentas yang melibatkan hampir 20 maskot dalam pelbagai pertunjukan seperti “Upin, Ipin dan Kawan-Kawan”, “Pada Zaman Dahulu”, “Puteri”, “Upin & Ipin Muzikal” serta pertunjukan pentas aksi “Ultraman Ribut” yang dibawakan khas dari Jepun.
Untuk pengumpul medal, pastikan anda menyertai aktiviti bagi mendapatkan kesemua medal Upin, Ipin, dan Kawan-kawan yang hanya boleh didapati secara eksklusif di karnival ini.
Selain itu, pelbagai aktiviti riadah yang sesuai untuk seisi keluarga seperti mengembara di dalam rumah misteri, bergaya seperti puteri, meneroka hutan rimba bersama penghuni hutan, bermain papan permainan besar dengan karakter DaDuDido.
Kanak-kanak boleh bermain dengan riang, manakala ibubapa pula boleh merasa kembali seperti kanak-kanak di dalam Dunia Upin dan Ipin seperti Rumah Opah dan Tadika Mesra. Bagi pemegang tiket VIP, anda berpeluang untuk bergambar bersama POCOYO, PORORO serta ULTRAMAN RIBUT.
“Upin & Ipin Fun Run” acara larian yang julung kali diadakan akan berlangsung pada 23 Disember 2018, bermula jam 7.00 pagi. Setiap peserta akan mendapat medal dan beg jerut Upin atau Ipin dengan hadiah istimewa. Dengan kerjasama Milo dan UI Trading, kawan-kawan boleh minum air Milo yang lazat dan mendapatkan snek-snek Upin & Ipin secara percuma.
Untuk mendapatkan tiket Karnival Upin & Ipin 2018 sila layari laman web
http://karnivalupinipin.com/
82 Comments
Tiket masuk rm 15 dan rm 30 utk dewasa tu dah murh sangat sangat dah. Berbaloi kalau pergi.
Banyak betul aktiviti menarik utk pengunjung. Boleh la spend masa kat sana kan
Upin ipin ni bukan setakat kartun je femes. Tapi merchandise diorg juga laku keras
Rasanya tiket dah tak mahal sgt sbb aktiviti dlm tu mmg best dan buat anak anak happy
Nampaknya kena buat beberapa kali dlm setahun sebab sambutannya memang hangat. Event plak menarik
Habis dh karnival ni. Kalau dpt smbutan nampaknya penganjur kena buat beberapa kali dlm setahun
Patut buat awal tahun dan hujung tahun sebab sambutannya sangat meriah. Kanak-kanak sangat suka
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Time ni time diorg relaks. Cuti sekolah. Pastu awal tahun diorg tak banyak homework huhu
Sambutan yang luar biasa memang dah dijangka kalau karnival upin ipin ini dilancarkan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
kartun ini sngat popular. saban tahun, intipati dan kualitinya semakin bagu dan tarik ramai penonton cilik
Setiap tahun pasti pengikutnya semakin bertambah. Untunglah upin ipin ada ramai peminat cilik
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Cerita upin upin ni sgt menarik. Grafik lawa, jln cerita best dan dekat dgn hati mereka
Les’ Copaque Production dah berjuang selama 12 tahun berkecimpung dan menjadi pemacu animasi tempatan bersama upin ipin ni
Esok dah habis karnival ni, kalau dia buat seminggu mesti lagi best ni. Meriah!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ada juga yg kecewa sebab tak sempat. Anak anak mesti mengamuk kat rumah sbb x leh pegi. Hehe
semua karakter yang terlibat ni sudah tidak asing lagi dengan kanak kanak.. kalau dpt pergi mereka mesti syok
Anak saya suka mei mei tu sebab dia memang ala ala chinese look. Kakak dia selaku cakap dia anak cina muka macam meimei..haha
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
rasa macam nak pergi lak tahun ni. kena cari tiket la ni..harga berbaloi gk nampaknya tu
Memang berbaloi. Kalau anak tak banyak ragam boleh jer bawak. Nanti panas-panas takut bising
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kalau bising nanti boleh ganggu org lain dan rosak kan event plak. Budak budak ni kadang2 xleh control
dah tamat. sayang nye.. nanti boleh pergi tahun depan. tu pun klau anak anak stil minat lagi. hehe
Anak-anak memang akan minat upin ipin ni selagi diorang masih kecil. Kalau dah besar tak tahu lah pulak kan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kalau parents mcm jamar ni mmg wajib cari tiket. Pastu buat surprise kat anak ank. Mesti diorg happy
Untuk anak anak yg minat je. Kalau mereka sendiri tak tgk upin ipin susah nak have fun kat sana
Betul betul betul tuh, ultraman ribut ngan raksasa bayang, seronok jugak layan tuh.
Ultraman Ribut dengan Upin Ipin dah serasi kan..anak-anak pun dah kenal sgt dua karakter ni
Ultraman ribut memang kesukaan anak anak juga kalau menonton upin dan ipin ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ultraman tu wujud dari zaman bila lagi.. bertahan rupanya karakter super hero ni
Siapa yang minat ultraman ni automatik dia akan minat upin ipin juga kot sebab diorang dah berkawan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Comments are closed.