Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Karangkraf bukanlah suatu nama asing di mata kita malahan menjadi sinonim dengan majalah, akhbar dan novel. Akhbar Sinar Harian masih utuh sehingga kini, majalah-majalah hebat seperti Mingguan Wanita, Maskulin, Pa&Ma dan lain-lain lagi masih mendapat tempat di hati pembaca
Bertempat di Seksyen 15 Shah Alam, tahun ini pihak Kumpulan Media Karangkraf sedang melangsungkan Karnival Karangkraf 2017 bersama SifuFBAds dengan tema ‘Gabungan Gerenti Gempak Merecikkk…’
Jom Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017 kini akan berlangsung selama 3 hari di Kompleks Kumpulan Media KarangKraf, Seksyen 15, Shah Alam bermula dari 3 Mac sehingga 5 Mac 2017.
Terdapat pelbagai aktiviti, barangan eksklusif dan hadiah menarik telah disediakan khas untuk anda antaranya:
- Bikers Day Out x Maskulin x Sinar Turbo
- Percuma Sesi Sharing Bersama Usahawan Digital SifuFBAds
- Cabutan Pengunjung Bertuah
- Wacana SPR
- Kaunter Daftar Mengundi SPR & Menangi Hadiah Tajaan AirAsia
- Bengkel UPSR GPS Bestari
- Saksikan Aksi Protect Yourself 2.0 (Silat Cekak Ustaz Hanafi)
- Langgan & Menang Hadiah Bernilai Lebih RM 10,000
- Menangi 100 Tiket Percuma Sunway Lagoon & Lost World of Tambun
- Menangi 20 Pakej Penginapan ke Lost World Hotel
- Temu Mesra Bersama Novelis & Penulis
Karnival kali ini tidak seperti jualan buku biasa, kerana Karangkraf bekerjasama dengan SifuFBads, syarikat yang menyediakan bimbingan pemasaran secara online. Ia membawa konsep perkongsian ilmu, unik dan lain daripada yang lain.
Penulis sempat singgah di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf sebentar tadi dan ramai orang yang berkunjung, membeli belah dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada di situ. Pengunjung perlu meletak kenderaan di sebelah belakang Kompleks dan ikuti sahaja arahan dan panduan dari anggota RELA yang menjaga lokasi.
Pengunjung berpeluang menang tiket AirAsia dengan daftar mengundi dan golongan wanita berpeluang melihat demo memasak bersama chef terkenal serta uji bakat Hijabista Casting sebagai model Muslimah.
Lebih menarik lagi disediakan 100 tiket percuma ke Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun serta Cabaran 21 Hari Kurus, satu slot bersama Aizat Razak. Karnival turut diserikan pelancaran buku dan wacana ilmiah (Masuk Syurga Sekeluarga) oleh Ustaz Bachtiar Nasir pada 3 Mac jam 8 hingga 10 malam.
Selain itu, Power Talk dengan kupasan, Cara Kesan Suami Curang disampaikan Dr Syed Ysainee Yahya pada Ahad, 5 Mac bermula jam 2 petang hingga 2.45 petang. Pasti ramai yang ingin ikuti kupasan ini yang boleh ditonton di Facebook Mingguan Wanita.
Karnival Kumpulan Media KarangKraf juga ada booth-booth jualan makanan dan minuman di samping produk-produk yang menjadi kegunaan harian. Ada pengusaha shawl, barang kesihatan, kecantikan dan juga pelbagai lagi.
Seperkara yang menarik yang dilihat adalah harga jualan buku dan majalah di Karnival ini. Sangat berbaloi kepada yang ingin membeli dan jangan lepaskan peluang dengan diskaun sehingga 90%. Ayuh beramai-ramai memeriahkan lagi Jom Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017.
Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017
No. 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam
3 – 5 Mac 2017
9am – 7pm (Jumaat & Ahad) / 9am – 11pm (Sabtu)
63 Comments
terima kasih udah di share artikel nya angat lah menarik like it
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Acaranya seru rame dan bermanfaat semoga tahun depan ada lagi..hehe
Banyaknya aktiviti dekat karnival karangkraf SifuFBads ni tapi sayang da terlepas da pun…hurmmmm…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
Banyak modal nak keluar untuk pemasaran
.
Lebih baik labur dalam ilmu dan diri sendiri kan
.
Ilmu macam ni memang berbaloi
Curahan rasa Ummi Solehah @ ..Apa Yang Wanita Harapkan Sebenarnya Dari Suami Semasa Hamil?
ramai dah yang berjaya dalam facebook marketing melalui tunjuk ajar sifufbads..
semoga Allah murahkan lagi rezeki beliau atas manfaat yang dikongsikan bersama..
amin..
yeop ada berkunjung ke Karnival Karangkraf SifuFBAds 2017 yang lalu.
yeop dapat bergambar dengan kucing selebriti Oh My Jep yang kini makin popular di Malaysia.
Curahan rasa Yeop Maz @ ..Burung Ungu Menular di Facebook!
memang event yang bagus untuk dekat dengan masyarakat.banyak juga aktiviti menarik
Curahan rasa reezluv @ ..Belajar Memanah Di Ipoh
Nama yang sangat popular memberi impak yang hebat kepadz prospek
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kopi Tenom Antara Kopi Yang Sedap Untuk Diminum
acara bazar buku kayak gini emang selalu dinantikan, moga makin sukses n makin berkah..
Curahan rasa ternak ayam @ ..Tips Mudah Ternakan Ayam Belanda
Saya suka pi program-program macam ni tapi terlepas sudah. Kene tunggu tahun depan la nampaknya kot-kot ada.
Curahan rasa Nas @ ..Tanda-tanda penyakit kencing manis
syok baca tajuk-tajuknya.. memang menarik kalau dapat ikut ni..
banyak acara-acara menarik pula tu.. camne nak pegi ni
Curahan rasa zool @ ..Tips Lulus MUET
Comments are closed.