Kadar Zakat Fitrah 2021 seluruh negeri di Malaysia

Spread the love

Pada hari ini, umat Islam seluruh dunia mula mengerjakan ibadat puasa di dalam bulan Ramadan. Pelbagai amalan boleh dilakukan bagi memperolehi ganjaran pahala yang berlipat ganda di dalam bulan yang mulia ini.

Pun begitu, umat Islam dinasihatkan agar tidak lupa untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada amil yang dilantik. Tujuan zakat fitrah ini adalah supaya dapat meringankan beban golongan yang layak menerima sebelum menjelang Raya.

Kadar bayaran zakat adalah berbeza bagi setiap negeri. Jadi, anda boleh merujuk kepada senarai di bawah untuk mengetahui senarai bayaran zakat di negeri anda.

Perlis – RM7
Pulau Pinang – RM7, RM12, RM16
Kedah – RM7, RM14, RM16
Perak – RM7, RM14, RM21
Selangor – RM7, RM14, RM21
Wilayah Persekutuan(KL, Putrajaya & Labuan) – RM5, RM7, RM14
Melaka – RM7, RM14
Johor – RM7, RM10
Pahang – RM7
Terengganu – RM7
Kelantan – RM7, RM14, RM21
Sarawak – RM7
Sabah – RM7
Negeri Sembilan -RM7

Berikut pautan untuk BAYAR ZAKAT FITRAH secara Online di seluruh Malaysia 2021

Kenapa ada negeri berbeza-beza Harga Fitrah mereka?

Sebab ia ikut jenis beras yang biasa kita makan. 1. RM7 : Beras Super Special Tempatan 5% 2. RM14 : Beras Putih Import, Perang, Pulut, Wangi. 3. RM21 : Beras Basmathi, Merah, Jepun. Bayar ikut majoriti beras kita makan.

Bila masa nak bayar Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah boleh dibayar bermula 1 Ramadan 2021 (maghrib) sehingga pagi Hari Raya sebelum solat raya. Majoriti negeri masih GALAKKAN pembayaran secara ONLINE musim Covid-19 ini. Namun masih ada kutipan oleh Amil dengan patuhi SOP ditetapkan.

Sumber: Faisal Rahim


Spread the love

2 Comments

  1. Salam Ramadan.
    Nampaknya kaar zakat minum di wilayah adalah yang paling rendah RM5.
    Adakah ini menunjukkan di wilayah ramai penduduk yang kurang kemampuan?
    Sama2 kita muhasabah diri.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!