Kadar Dividen KWSP 2020

KWSP adalah satu sumber simpanan untuk persaraan atau pada waktu tua kelak. Dengan pembayaran dividen yang tinggi, simpanan atau tabungan mereka akan bertambah. Disebabkan faktor keadaan kos kehidupan yang tinggi dan ekonomi yang sukar masa kini menyukarkan rakyat untuk menabung hasil dari jumlah gaji pendapatan yang diterima.

Dividen KWSP 5.2 peratus untuk akaun Konvensional, 4.9 peratus untuk Shariah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.90 peratus untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2020.

Kadar dividen 2019 lebih tinggi sedikit berbanding 2020, dividen 2019 sebanyak 5.45% untuk simpanan konvensional dan 5.0% untuk simpanan shariah.

dividen kwsp 2020

Kadar dividen yang diumumkan dana persaraan nasional itu membabitkan agihan sebanyak RM47.64 bilion merangkumi, RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah dengan RM4.76 bilion.

Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

Kadar Dividen KWSP 2018 dan 2017

2018 : Dividen sebanyak 6.15% untuk simpanan konvensional dengan agihan dividen sebanyak RM43 bilion dan 5.9% untuk simpanan Shariah dengan agihan dividen sebanyak RM4.32 bilion.

2017 : Dividen sebanyak 6.9% untuk simpanan konvensional dan 6.4% untuk simpanan Shariah.

Semakan Jumlah Pendapatan Dividen KWSP

Pengkreditan Dividen 2020 akan dilakukan pada Sabtu, 27 Februari 2021 dan ahli boleh menyemak penyata KWSP masing-masing melalui i-Akaun, Kios KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP seluruh negara.

Aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ juga boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple App Store.

Kepada yang belum ada akaun i-Akaun KWSP boleh mendaftar secara online di website KWSP.

RM18.1 bilion sudah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahli KWSP

Sehingga artikel ini ditulis, sejumlah RM18.1 bilion telah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahli di bawah kemudahan i-Lestari, yang merupakan antara langkah awal yang diambil dalam situasi mencabar sepanjang 2020 ekoran pandemik Covid-19, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP merupakan antara dana persaraan terawal di dunia yang memberikan bantuan kepada ahli ketika pandemik Covid-19 merebak dengan melancarkan Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari untuk memberi bantuan kewangan kepada ahli.

Maklumat Lanjut KWSP

Maklumat mengenai dividen 2019 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, Twitter di KWSPBuzz dan YouTube ‘KWSP Malaysia.’.

Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan lain KWSP seperti i-akaun, jenis pengeluaran, muat turun borang dan banyak lagi di Laman Web Rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!