Jumpa ikan naga pertanda gempa bumi akan berlaku

Spread the love

Menurut kepercayaan di Jepun, apabila ikan naga ditemukan terdampar di pantai, ia menunjukkan bahawa gempa bumi akan berlaku.

Penduduk di Miri gempar dengan penemuan seekor ikan naga atau nama saintifiknya Regalecus Glesne di Pasar Ikan Kampung Batu Satu, Kuala Baram, di sini pada Sabtu.

ikan-naga

Orang awam begitu teruja sekali mendapat peluang melihat ikan tersebut yang panjangnya dianggarkan lebih 12 kaki.

Ikan naga atau oarfish ini adalah spesis laut dalam itu diletakkan di pasar tersebut untuk dijual. Jom tengok Video Ikan Naga petanda akan berlaku gempa bumi.

Ada yang mengatakan isi ikan itu seakan-akan rasa ikan lumek atau nama saintifiknya Bombay Duck.

Ikan Naga adalah ikan tanpa tulang terpanjang di dunia. Panjangnya boleh mencapai 11 meter mengikut rekod yang pernah ditemui. Manakala rekod paling berat ikan ini yang pernah ditemui adalah 270 kg.

ikan-naga-oarfish

Ikan naga sangat jarang ditemui oleh manusia. Sebahagian memanggil ikan ini sebagai ikan gempa bumi kerena selalu ditemui sebelum dan selepas gempa bumi.

ikan-naga-laut

Pada tahun 2015 penduduk Pulau Lima telah terjumpa ikan naga sebanjang 4 meter terdampar di tepi pantai. Ikan naga adalah penghuni dasar laut pada kedalaman 300 hingga 1,000 meter. Kepercayaan masyarakat setempat berasaskan habibat ikan tersebut di laut dalam, jadi ia akan keluar apabila timbul situasi luar biasa di dasar yang antaranya berlaku gempa bumi. 

ikan-gempa-bumi

Ikan naga pernah ditemui di pantai utara di Kota Cagayan de Oro di Mindanao sepanjang 4.5 meter. Kebetulan, dua hari sebelum itu berlaku gempa bumi 6.7 pada Skala Richter di Pulau Mindanao.


Spread the love

6 Comments

  1. Ya Allah semoga kita semua dijauhkan dari marabahaya yang membuat kita kesulitan dalam menjalani hidup ini. aamiin
    Semoga itu hanya mitos sahaja karena adanya kejadian itu hanya Allah yang tahu dan tidak bisa ditentukan oleh penemuan ikan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!