Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Jumlah kenderaan yang cuba ‘curi-curi’ balik kampung dengan merentas negeri meningkat lebih sekali ganda iaitu daripada 508 kenderaan kepada 1,248 kenderaan pada Sabtu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua yang berusaha merentas negeri itu bagaimanapun telah diarahkan berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kelmarin 508 kenderaan telah diarah patah balik kelmarin, untuk semalam (Sabtu) pula 1,248 kenderaan cuba rentas negeri untuk ke balik kampung telah diarah berpatah balik.
“Maknanya lebih sekali ganda rakyat yang cuba untuk cuba ‘curi-curi’ balik kampung dengan pelbagai alasan dan masih nak balik kampung,” katanya dalam sidang media, di sini pada Ahad.
Sehubungan itu, Ismail Sabri mengingatkan mana-mana pihak yang masih menyimpan niat untuk merentas negeri agar melupakan hasrat berkenaan.
“Jadi saya harap tak perlu balik (kampung) kerana apa yang kita tahu mereka ini setelah bersiap sedia selepas sahur terus nak balik kampung bawa anak isteri, kemudian apabila sekatan jalan raya, mereka kena berpatah balik. Ketika ini, PDRM masih bertindak menyuruh berpatah balik, jangan nanti kalaiu polis kompaun RM1,000, yang rugi kita,” tegas beliau.
Mengulas mengenai mereka yang sudah ‘terlepas’ dan berjaya merentas negeri pula, Ismail Sabri berkata, tiada jaminan individu berkenaan boleh melepasi sekatan jalan raya untuk pulang semula tempat asal.
“Bagi mereka yang terlepas daripada sekatan, seronoklah mereka. Namun, saya ingin mengingatkan mereka, selepas sekatan jalan raya balik nanti, tidak bermakna mereka boleh terlepas balik ke ibu negara.
“Mungkin mereka beri alasan dan lepas dengan polis. Namun balik nanti belum tentu mereka terlepas dan tiada jaminan mereka boleh terlepas pulang nanti untuk ke tempat kerja semula,” ujarnya.
Sumber: Awani
- Nak elak jammed balik Kelantan, sewa helikopter RM30 ribu untuk balik beraya!
- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bakal dilaksanakan
- Perang lawan COVID-19 belum berakhir, muncul 4 kluster baru!
- PKPB dilanjutkan selama 4 minggu sehingga 9 Jun
- Kerajaan pertimbang larangan bawa kanak-kanak ke pusat beli belah, pasar raya
4 Comments
maaf nak tanya.. saya duduk Taiping, Kampung di Ipoh.. boleh ke tak boleh?? ada yang kata tak boleh, ada yang kata boleh… confius saya..
Kampung saya di Selangor, jarak pun 20 km dan 120 km, sedang fikir fikirkan nak balik raya atau tak.
cara begini sepatutnya tidak berlaku kerana permit boleh dipohon dengan tempat berwajib.
terpulahg dengan mahu atau tidak sahaja lagi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kisah seharian awek Jepun penghantar barang
Mungkin yang beria-ia nak balik kampung ni, jenis tidak pernah balik kampung kecuali raya sahaja. Kalau yang jenis suka ziarah ibu bapa jika berkelapangan waktu cuti… tidak tunggu raya, mungkin tidak kisah sangat walau tidak dapat balik raya tahun ini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tokey Air Balang Fancy Jual 50 Perisa Air Di Bazar Ramadan Ajar Ilmu Free Bisnes Air Balang
Comments are closed.