Pakar tidak menjangkakan adanya pertambahan jumlah kelahiran bayi sembilan bulan dari sekarang, seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
Ketika penduduk di kebanyakan negara diarahkan untuk duduk di rumah bagi mengekang wabak COVID-19, ada yang berpendapat akan adanya peningkatan jumlah kelahiran bayi, pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.
Baca : 13 Petua Power Ubah Nasib Diri & Keluarga
Namun pakar mengatakan ia berkemungkinan besar tidak berlaku, malah negara besar seperti Amerika Syarikat mungkin akan menyaksikan penurunan jumlah kelahiran, lapor CNN.
“Tidak mungkin bilangan kelahiran akan meningkat. Ini bukan suasana yang sesuai untuk pasangan merancang mendapatkan anak,” kata Kenneth Johnson, seorang profesor sosiologi di University of New Hampshire.
Malah sebelum pandemik ini melanda, taburan demografi menunjukkan gabungan beberapa faktor seperti kelahiran yang sedikit dan jumlah kematian yang tinggi telah memperlahankan pertambahan penduduk.
Dunia dilanda ketidakpastian apabila munculnya satu pandemik, kata Johnson.
Kedudukan kewangan dan ekonomi yang tidak stabil akan menjadi faktor terbesar yang akan membuatkan banyak pasangan lebih selesa untuk tidak mempunyai anak atau menambah anak.
Baca : Covid-19 : Satu Musibah Atau Ujian?
“Tahap kesuburan jatuh dengan ketara selepas dunia dilanda kemelesetan, itu perkara biasa,” kata Johnson.
sumber : Astroawani
- Tiada Solat Jumaat di Malaysia, Singapura dan Brunei ekoran penularan covid-19
- UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Susulan Penularan Covid-19
- Bagaimana Nak Meraikan Majlis/Kenduri Semasa Suasana Wabak COVID19
- Malaysia jangan jadi seperti Itali dan Switzerland negara paling terkesan oleh Covid-19
- Umat Islam Disaran Laksana Solat Hajat Esok Susulan Penularan COVID-19
8 Comments
InsyALLAH, Anak yang lahir datang bersama rezeki. Yang penting ibu bapa bersedia dari segi fizikal dan mental.
aktiviti orang dah kahwin. hehe
tapi kena sedia dari segi ekonomi. meleset lama ni
Curahan rasa izwan @ ..Ready Stock Face Mask COVID-19
Tak dapat dinafikan kenyataan ini ada benarnya. Lebih sebulan perintah PKP dijalankan dan pastinya memberikan kesan kepada statistik kelahiran dan kematian pada 2021. 😀
Curahan rasa Hadi @ ..20 Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR]
Kalau dikira pertimbangan akal, dan ekonomi, memang pasangan nak menambah baby tu risky.
Tapi banyak benda dalam dunia yg pertimbangan akal kalah dengan naluri semulajadi.
bagus juga ada penambahan dalam mengimbangi mereka yang sudah pergi..
inilah kebaikan dan hikmah PKP
banyak masa untuk bersama
gara-gara covid 19 juga pertambahan bayi ni.. ada logik juga kenyataan ni.. suami isteri lebih banyak masa bersama time ni..
Ada kemungkinan bayi bertambah, kalau ada rasa nak menambah. Tengok juga kemampuan keluarga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Adakah Anda Tengah Pening Kepala Untuk Buat Duit?
Ini hanya kenytaan nakal sahaja. Walau pun nakal, ini membayangkan minda seseorang tu. Banyak benda boleh buat di rumah ketika PKP ni, tapi ‘itu’ yang difikirkan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..5 Sebab Kenapa Bisnes Bakeri Elok Dimulakan Dari Rumah
Comments are closed.