Jumlah Dividen ASB dan ASN 2018

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Senarai 30 Syarikat Pelaburan Terlibat Dalam Penipuan“. Kali ini ramai yang tertunggu berapa nilai hasil pelaburan ASB untuk tahun 2018.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Tahun lepas, PNB mengumumkan dividen ASB 2017 adalah 7.00 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit dan ‘bonus istimewa ulang tahun’ sebanyak 1.00 sen sesaham bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Pengumuman juga telah dibuat tentang pelaburan dalam ASB dan ASN ditangguhkan bermula 21 Disember 2018. Urus niaga akan bermula semula pada 2 Januari 2019 bagu membuat pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Dividen ASB 2018

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dengan bayaran dividen 6.50 sen seunit dan bonus 0.5 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Dividen ASN 2018

Bagi Amanah Saham Nasional (ASN) pula, diumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dengan hasil dividen 5.1 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih dana tersebut setakat 20 Disember 2018.

Pemegang unit atau penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara.

Kepada yang belum mendaftar semakan baki pelaburan ASNB secara online boleh mendaftar di Pemodalan Nasional Bhd.


Spread the love

64 Comments

      1. itulah untungnya kepada mereka yang mempunyai pelaburan d ASB.

        jangan usik duit tersebut kecuali dividen atau tambah lagi pelaburan agar lebih banyak wang untuk kegunaan masa yang akan datang

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!