Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan 200 ribu kes dalam tempoh 24 jam.
Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Khamis mencecah 11.91 juta kes.
Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jangkitan di negara itu kini melebihi 3 juta kes positif.
Brazil negara kedua dengan kes positif jangkitan tertinggi iaitu 1. 66 juta kes.
India dan Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 742,000 dan 699,000 kes.
Setakat ini, sebanyak 12 negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Peru, Chile, United Kingdom, Mexico, Sepanyol, Itali, Iran, Pakistan, Arab Saudi, Turki, Perancis dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan angka positif melebihi 100,000 adalah Jerman, Bangladesh, Colombia, Kanada dan Qatar.
Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 85,000 kes.
Sumber: Awani
- Perisai bagi petugas kesihatan apabila menghadapi Covid-19
- Langkah pencegahan yang wajar diambil oleh orang awam ketika wabak Koronavirus semakin menular
- Covid-19 tiga pemain Juventus dijangkiti dan banyak perlawanan liga dibuat dalam stadium tertutup
- KKM sahkan 3 Daerah paling tinggi kes COVID-19
- Solat Di Rumah Sepanjang Ramadan, Kekang penularan COVID-19
6 Comments
semoga bumi ni selamat dan kembali sedia kala, jika ada 1 kes sahaja kita patut berjaga-jaga
Amerika Syarikat memang jenis nak menang semua, ketenteraan dia nak nombor satu dan Covid 19 pun tak nak kalah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Buat Jualan RM1 Juta Di Shopee
agak menakutkan juga angka ini..
negara ini semakin pulih tetapi negara lain masoh bergelut ..
kesan ekonomianya cukup besar pada masa yang akan datang
Selagi vaksin tak tercipta, selagi itulah jumlah kes akan bertambah dengan cepat. Kalau dah ada, mungkin lambatla sikit kan
Curahan rasa Laila @ ..“Kuda Dah Mati, Turunlah Jalan Kaki”.
Semoga negara kita ni terus dijauh kan dari virus ini, kita dah semakin ok alhamdulillah 🙂
Curahan rasa Syaz Rahim @ ..Buka Aib Sendiri Dengan Cupcake | Throwback Thursday | 10 Januari 2010
Semoga virus ini dpt ditangani dan vaksin ditemui, inshaa Allah! Kita sentiasa berjaga2 dan memohon pada Allah agar dilindungi dari anasir2 yang jahat dan fitnah yg melata.
Comments are closed.