Jom kita rebut Pahala besar sempena bulan Ramadan

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

RAMADAN menjanjikan banyak kelebihan dan ganjaran. Antaranya amalan sunat diberi ganjaran pahala ibadat fardu, yang fardu diberi ganjaran 70 kali ganda. Demikian juga dalam bab sedekah. Bagi umat Islam yang suka bersedekah, pastinya Ramadan sentiasa ditunggu-tunggu untuk mendapat kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW juga adalah insan yang paling dermawan. Sifat pemurah Baginda adalah berlipat kali ganda dalam bulan mulia ini berbanding bulan-bulan lain. Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh Nabi SAW yang bermaksud:

Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya”.
(Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi).

Besarnya pahala orang yang sedekah makanan untuk orang lain berbuka puasa. Bayangkan kalau kita sedekah makanan berbuka puasa untuk 10 orang, 20 orang, 100 orang? Banyaknya pahala inshaAllah.

Suasana iftar

Jom rebut peluang di bulan Ramadan ni. Cara-cara untuk mendapatkan pahala sedekah berbuka puasa:

1. Masak atau beli hidangan berbuka untuk ahli keluarga.

2. Belanja kawan-kawan berbuka puasa.

3. Taja majlis berbuka puasa untuk jemaah surau/masjid atau di rumah anak-anak yatim.

4. Sedekah duit dalam tabung Ramadaan di surau atau masjid.

5. Beri sumbangan untuk NGO yang aktif menyediakan bantuan makanan kepada orang miskin atau tempat-tempat konflik.

6. Beli makanan secara pukal yang dijual di Bazar Ramadan dan minta penjual beri secara percuma kepada orang lain.

7. Hantar makanan kepada jiran-jiran berdekatan.

8. Edarkan makanan yang siap dibungkus untuk rakan-rakan di pejabat untuk dibawa balik.

Atau apa saja cara-cara sedekah yang korang fikirkan terbaik. Yang penting ikhlas. Buat senyap-senyap je, tak perlu hebahkan.

**

Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang di bawah adalah orang yang meminta.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain itu, keutamaan bersedekah yang lain adalah:

Sedekah dapat menghapus dosa. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”.

(Riwayat Tirmidzi)

Sedekah memberi keberkatan pada harta. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah…”

(Riwayat Muslim)

Rebutlah peluang ini sementara Ramadan masih ada lagi. Jangan ketinggalan ye!

Dah baca? Jangan lupa share 🙂


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!