Jambatan angkat ‘drawbridge’ Kuala Terengganu kini dibuka

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas lebih 6 minggu ditutup kepada orang ramai, jambatan angkat atau “drawbridge” yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan dibuka secara rasminya mulai 6 pagi hari ini.

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semua jenis kenderaan dibenar menggunakan jambatan angkat, tetapi pengguna dilarang memberhentikan kenderaan kerana tindakan itu boleh mengganggu kelancaran aliran trafik.

Pengunjung yang ingin melawat (jambatan angkat ini) diminta meletakkan kenderaan mereka di ruang parkir yang disediakan di bawah jambatan dan (naik ke jambatan itu) menggunakan tangga atau lif.

Ruang komersial di ‘sky bridge’ belum dibuka dan pengunjung tidak dibenarkan memasuki ruang lobi, dan menggunakan tangga atau lif di menara jambatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Beliau berkata, kerajaan negeri melantik Terengganu Incorporated Sdn Bhd sebagai operator jambatan itu.

Pada masa ini, kontraktor utama masih berada di tapak projek untuk memberi latihan kepada pasukan operator Terengganu Incorporated Sdn Bhd sehingga 30 September ini.

Semoga pembukaan jambatan ikonik ini akan memberi impak kepada sektor pelancongan Terengganu, seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi rakyat di samping memperkenalkan negeri ini di mata dunia.

Jambatan angkat pertama di Asia Tenggara itu sepanjang 638m dan mempunyai 2 menara berkembar setinggi 16 tingkat.

Jambatan bernilai RM248 juta itu adalah yang ke-4 menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.

Untuk rekod, jambatan itu dibuka kepada orang ramai 2 Jun lalu untuk pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem “signalling” jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitar serta koordinasi sistem penyuraian trafik.

Selepas tamat pengujian sistem, jambatan angkat itu ditutup kepada orang ramai pada 17 Jun lalu bagi tujuan pentauliahan komponen lain serta beberapa penambahbaikan.


Spread the love

6 Comments

  1. Tak sabar nak berlari di Jambatan Angkat Drawbridge Kuala Terengganu bulan September nanti sempena Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!