Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013

Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013

ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN

Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas jawapan yang tidak menepati keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada kertas peperiksaan.

Calon hendaklah menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas dengan jelas pada ruangan yang disediakan pada kertas peperiksaan dan kertas jawapan sama ada pada Buku Jawapan (BJ), Helaian Tambahan (HT), graf, kertas kaligrafi dan sebagainya.

Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.

Calon hendaklah menggunakan kedua-dua halaman pada setiap helaian BJ dan HT. Tulis jawapan bagi setiap soalan pada halaman yang baharu.

Calon hendaklah menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan seperti yang tertera pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan.

Calon hendaklah menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.

Calon hendaklah membawa peralatan geometri dan peralatan kaligrafi bagi mata pelajaran yang memerlukannya.

Calon hendaklah memastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas telah ditulis dengan betul pada setiap helaian skrip jawapan peperiksaan apabila diarah berhenti menulis.

Calon hendaklah pastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat.

Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan peperiksaan atau kertas peperiksaan tertutup dikumpul semula oleh Pengawas Peperiksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!