Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013

Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013

ARAHAN AM

Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan PMR 2013.

Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Pengetua sekiranya terdapat kesilapan maklumat serta mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.

Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/PMR 7.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!