Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 16

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Istiadat memuliakan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Abdulaziz, Kuantan berlangsung pada 31 Januari 2019.

Istiadat berkenaan dimulakan dengan ketibaan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah; Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan EXCO kerajaan negeri.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Baginda kemudiannya berangkat ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jam 7 pagi dan baginda akan disambut dengan Kawalan Kehormatan Utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempersembahkan ‘Hormat Diraja’ lagu Negaraku.

Tembakan Meriam Kehormatan sebanyak 21 das akan dilakukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ketua Pasukan Kawalan Kehormatan tampil memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memeriksa kawalan kehormatan.

Baginda berangkat ke Istana Negara dengan menaiki kereta diraja pada jam 10 pagi untuk mengangkat sumpah.

Bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dinaikkan di kediaman rasmi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Abdulaziz di sini tepat jam 12 tengah malam tadi.

Bendera itu dinaikkan seorang pegawai dan dua anggota dari Kompeni Ke-4 Polis Tentera Diraja (Mekanize) berpangkalan di Kem Batu 10, di sini sambil diiringi lagu ‘Negaraku’ yang dimainkan pancaragam dari Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuala Lumpur.

Terdahulu, tepat jam 11.45 malam bendera peribadi Sultan Pahang diturunkan oleh seorang pegawai dan 13 anggota Provos TUDM Kuantan.

Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, dengan disaksikan Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-252 (Khas) seperti termaktub dalam Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Jan lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan raja Melayu.

Sultan Abdullah, 59, dan Sultan Nazrin, 62, melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Raja-raja Melayu dari Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Johor, Kelantan (diwakili Tengku Mahkota Kelantan) oleh dan Pahang yang diwakili Pemangku Raja serta Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak selain dif-dif kenamaan yang mewakili badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Sembah tahniah kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah yang ditabal sebagai Yang di Pertuan Agong dan juga kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah yang ditabal sebagai Timb. Yang di Pertuan Agong .

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. 
Daulat Tuanku.

Sembah Takzim daripada Denaihati Network


Spread the love

4 Comments

  1. Ada yang berani berkata, Raja sudah tidak releven pada masa sekarang. Yang berkata ini sebenarnya tidak cerdik. Hakikatnya Raja adalah ketua! Sampai bila-bila pun sekelompok manusia perlukan ketua. Dan ketua ini boleh dipanggil dengan apa-apa gelaran. Berbanding dengan gelaran presiden, bangsa Melayu lebih dekat hatinya kepada Khalifah, Sultan atau Raja.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..23 Perkara Yang Dilakukan Oleh CEO D’Apple Semasa Bisnesnya Jatuh Teruk!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!