Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kehidupan kita seharian, terdapat pelbagai kisah di mana suami dan isteri serta keluarga bahagia menjadi idaman semua insan. Namun, kesemuanya bermula dengan seribu satu kisah di antara lelaki dan perempuan. Bagi perempuan sudah tentu mencari suami yang terbaik untuk memimpin keluarga. Manakala lelaki pula pastinya ingin mencari isteri yang akan mengiringinya hingga hujung nyawa.
Berdasarkan surah an-Nisa’ ayat 34, terdapat satu kenyataan yang mengatakan bahawa suami menjadi pemimpin kepada isteri manakala isteri menjadi pengurus kepada suami :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisaa’ : 34)
Berdasarkan ayat di atas, dua sifat lelaki yang sememangnya ketara adalah memimpin dan membelanja. Dengan bentuk fizikal lelaki yang lebih besar dan sikap yang lebih agresif, memang sepatutnya suami berperanan sebagai pemimpin dan melindungi keluarganya. Oleh itu, isterinya hendaklah membantu suaminya berperanan dan bersikap sebagai seorang pemimpin.
Ramai isteri impikan suami idaman
Ciri-ciri lelaki atau suami sebenarnya boleh diketahui dengan mempelajari perwatakan dari lelaki itu sendiri. Sememangnya lelaki yang setia itu selalu menjadi idaman para wanita kerana lelaki seperti itulah yang akan menjadi seorang pemimpin yang baik dalam keluarga.
Salah satu sifat kepimpinan yang perlu diketahui oleh isteri ialah suami suka membuat sesuatu kerja atas kehendaknya sendiri, bukan atas arahan orang lain. Jika sesuatu kerja itu diarah oleh isteri, maka kerja itu pasti tidak dilakukan atau dilaksanakan dengan hati yang tidak senang.
Kita tidak boleh memimpin sekiranya orang yang kita pimpin itu tidak taat kepada kita. Maksud ayat 34 surah an-Nisaa’ itu juga menerangkan sifat wanita yang solehah adalah wanita yang taat. Wanita akan memberikan ketaatan sepenuhnya kepada suami jika suaminya itu benar-benar berperanan memimpinnya seperti seorang ketua memimpin di tempat kerja.
Suami belanja, isteri memelihara
Antara sifat lelaki adalah suka membelanja. Sudah menjadi lumrah bagi lelaki jika dapat membelanja rakan-rakannya minum di kedai kopi. Lecehlah rasanya jika sepanjang sembang-sembang di kedai kopi itu, kita tidak pernah mengeluarkan wang sendiri untuk membayarnya.
Berlawanan pula dengan sifat wanita yang dinyatakan iaitu memelihara. Apa sahaja yang diberikan suami kepadanya atau yang diusahakan sendiri akan dipelihara sebaik-baiknya untuk diri, suami dan keluarga. Jika suami beri kepercayaan untuk menjaga hal ehwal kewangan keluarga, pastinya isteri akan uruskan perbelanjaan dan simpanan dengan sebaik-baiknya.
Dengan ini, jelaslah kepada kita bahawa peranan lelaki dan wanita adalah saling bergantung sesama kita. Kesemua ini penting untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan di dunia yang sementara ini.
Pelbagai perkara yang harus dilakukan seorang suami dalam menjaga hal ehwal keluarganya di dunia dan di akhirat. Berpegang teguh pada perintah Allah SWT, memberi perhatian penuh terhadap pendidikan agama Islam, memerintahkan dan membantu keluarganya dalam melakukan amalan ketaatan, serta menasihati dan mencegah kemungkaran.
Kebahagiaan hidup adalah seperti sepohon tanaman yang memerlukan air dan baja untuk terus membesar dan mengeluarkan bunga serta buah untuk dimanfaatkan. Begitu juga dengan kebahagiaan, ia memerlukan siraman air dan baja dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kehendak perkembangan umurnya.
Apa yang kita perlu ingat adalah Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki.
38 Comments
apabila saling menghormati. sebuah rumah tangga itu akan kukuh walapun ada masalah
suka tengok life hj amir dan isterinya. Romantik walapun anak dah besar besar. Jadi idola kami juga ni
ye.. ke mana mana pun mesti ada wife menemani. nampak tak kehebatan wife hj amir
insyaAllah. Semoga rumah tangga kita semua yang dibina sentiasa mendapat keberkatan dan berada di bawah perlindungan Allah S.W.T
saya belum kawin tp harap harap akan bahagia mcm hj amir dan isteri la nanti. haha
Suka ayat ni “Kebahagiaan hidup adalah seperti sepohon tanaman yang memerlukan air dan baja untuk terus membesar dan mengeluarkan bunga serta buah untuk dimanfaatkan”
Manusia tidak pernah sempurna. Tapi suami-isteri akan melengkapi sesama sendiri untuk membina sebuah keluarga bahagia.
Ada lebihnya isteri, ada kurangnya suami. Saling melengkapi kedua-duanya. Yang pentinf kerjasama
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Betul tu. famili ni ibarat satu pasukan. Ada tugasan masing masing dan saling melengkapi
pasangan muda yang baru berakhwin patutu baca artikel ni.. banyak pengajaran suapaya dpt membina keluarga bahagia
Ye, sangat bagus untuk panduan pasangan yang baru berkahwin. Lagi besar cabaran yg baru berkahwin ni
ye tak ye kan. pasangan muda yang baru berkahwin patut baca artikel ni. kena share utk diorg ni
Info yang sangat bagus dan kupasan yang sangat menarik tentang peranan suami isteri dalam rumahtangga..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa mendapat keberkatan dan berada di bawah perlindungan Allah S.W.T
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
suami isteri sepatutnya saling berkerjasama dalam segala hal.. dari situ lah dapat menjadikan rumah tangga lbih bahagia
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
amin. rumah tangga yang berteraskan agama akan dilindungi allah walaupun ada rintangan
Setuju sangat. Suami belanja isteri memelihara. Sama sama berganding bahu untuk bahagia.
Nak bahagia rumah tangga memang kena macam tu la kan. bahagia hingga ke syurga
Info ni sangat berguna untuk panduan isteri suami di luar sana kan. Drp orang berpengalaman plak tu
PEranan ini mungkin nampak biasa, mungkin dah semua orang tahu, tapi tak semua pasangan yang amalkan nya
Comments are closed.