Israel dilanda bencana kebakaran, kini merayu bantuan untuk padamkan api

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak beberapa hari lalu, media-media hampir di seluruh dunia melaporkan bahawa Israel sedang mengalami bencana kebakaran hutan secara besar-besaran. Hal tersebut membuatkan barisan pemimpin tertinggi negara rejin Zionis ini berasa gusar.

Gambar-gambar kebakaran tersebut telah bertebaran di media sosial dan menjadi tontonan setiap pelayar internet. Menerusi sumber Shehab News Agensi, Presiden Israel Benjamin Netanyahu telah meminta bantuan dariada negara-negara jiran untuk memadamkan kebakaran.

Israel ditimpa bencana kebakaran

Pihak tertinggi Israel telah meminta bantuan Kementerian Luar Negeri mereka untuk mencari bantuan daripada negara-negara sekitar bagi menghantar helikopter untuk memadamkan kebakaran melalui udara.

Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan, memberi amaran kepada Israel kerana berkemungkinan keadaan akan lebih buruk untuk beberapa hari. Suhu telah mencapai 40 darjah celsius di beberapa tempat dan angin kencang.

Israel telah meminta bantuan memadamkan kebakaran daripada beberapa buah negara berdekatan seperti Rusia, Croatia, Cyprus, Greece dan Itali menghantar beberapa pesawat pemadam kebakaran, sementara Mesir menghantar dua helikopter.

Polis telah menutup jalan 443 untuk beberapa jam dan tinggal satu laluan utama yang menyambung Baitulmuqaddis dan Tel Aviv dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga larut malam.

Sehubungan dengan itu, pihak bomba melarang untuk aktiviti membakaran secara terbuka sehingga diumumkan semula.

Kebakaran hutan yang sangat buruk

Buat masa ini, negara tersebut sedang mengalami musim panas melampau dan menyebabkan kebakaran mudah merebak. Setakat ini  kebakaran yang terjadi telah memusnahkan berpuluh-puluh rumah dan menyebabkan kira-kira 3,500 orang terpaksa berpindah.

Kebakaran dikatakan semakin buruk di beberapa bandar kecil di tengah Israel pada hari Khamis lalu dan menjejaskan kawasan hutan antara Jerusalem dan Tel Aviv. Seramai 22 orang dilaporkan dimasukkan ke hospital kesan asap kebakaran.

Negara Israel merupakan negara baru yang kerap kali mencetuskan perang terhadap Palestin. Pada awal Ramadan lalu, tentera dari negara tersebut yang dikenali sebagai rejim Zionis telah membedil negara Islam itu sehingga mengakibatkan kematian dan juga kemusnahan insfrasturktur.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!