Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak masuk bulan Zulhijjah. Yang mana kita sebagai umat Islam tahu di bulan ini ramai yang melakukan ibadah haji di baitullah Haram. Seluruh dunia pergi ke sana dengan tujuan yang sama untuk mendapatkan keredhaan Allah taala serta mendapat haji yang mabrur. semoga jemaah haji di sana dipermudahkan segala urusan olehNya.
Tidak dilupakan juga kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji, mereka juga masih boleh untuk buat ibadah korban pada bulan Zulhijjah kerana mereka tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang diperolehi dari Allah SWT.
Oleh kerana ramai umat Islam yang mengambil peluang tersebut. Islam amat menitikberatkan soal halal dan haram terutama dalam aspek pemakanan. Oleh itu, pengetahuan tentang kaedah penyembelihan perlu diketahui serta dilakukan mengikut syariat.
Sembelihan juga berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan umat Islam itu sendiri. Selain itu, Islam juga agama rahmat yang menebarkan kasih sayang kepada seluruh manusia juga haiwan yang melata.
Oleh itu, kaedah penyembelihan binatang korban itu hendaklah dilakukan dengan penuh berhemah agar tidak menyakiti binatang tersebut. Mari telusuri lagi, apa yang perlu diketahui tentang penyembelihan binatang korban ini;
1. Rukun Sembelihan
Ijma’ fuqaha’ menetapkan bahawa rukun sembelihan terbahagi kepada empat iaitu;
1- Penyembelih
2- Binatang sembelihan
3- Alat untuk menyembelih
4- Keadaan (tempat/perbuatan) sembelihan
2. Syarat-syarat Sembelihan
Penyembelih
1- Hendaklah beragama Islam
2- Baligh (tidak sah bagi kanak-kanak)
3- Berakal (tidak sah jika gila)
4- Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
5- Membaca basmalah
Binatang Yang Disembelih
1- Binatang yang halal dimakan
2- Binatang itu masih hidup
3- Mati dengan sekali sembelihan
4- Wajib putus urat pernafasan (urat marih) dan urat tempat laluan makanan (halkum)
Alat Sembelihan
Mestilah alat yang tajam seperti pisau.
Tempat Sembelihan
1- Bagi sembelihan binatang yang berkuasa hendaklah dilakukan dengan cara menangkap dan disembelih ke atasnya. Wajib memutuskan urat halkum dan urat marih dengan sempurna.
2- Bagi sembelihan binatang yang tidak berkuasa ke atasnya iaitu binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya, hendaklah dilakukan pada mana-mana bahagian tubuhnya sehingga ia mati.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan kepada kita dalam menjalankan ibadah sembelihan.
Bagi mereka yang terlibat sebagai penyumbang, adalah terlebih baik untuk turut sama menyaksikan perlaksanaan korban yang dijalankan. Manakala bagi mereka yang terlibat secara bergotong-royong melancarkan ibadah sembelihan ini, diharapkan agar ianya dilakukan mengikut syariat yang telah ditetapkan.
Moga bermanfaat. Wallahua’lam.
2 Comments
Tak lama lagi nak turut serta dalam ibadah korban. Semoga sedikit sebanyak yang terlibat mendapat rahmat drp ibadah ini.
Curahan rasa JMR @ ..Dapat Duit Tunai Bila Shopping Di Shopback?
Cantiknya syariat Islam menyusun atur setiap sesuatu itu. Ada adab, ada etika yang sangat baik hatta alat sembelihan yang digunakan pun mesti benar-benar tajam agar tidak menyiksa binatang sembelihan.
Curahan rasa mommyluv @ ..5 Sebab Tidur Yang Cukup Sangat Penting Untuk Si Manja
Comments are closed.