Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh pemenang contest iPhone 5 Gadget Impian iaitu Eyriqazz (Great Teacher Onizuka). Dalam entri review kali ni, bro Eyriqazz akan berkongsi cara bagaimana dia dapat jimat belanja dengan menggunakan gadget serbaguna iPhone 5.
Di samping tu kita tengok apa pendapat dia setelah menggunakan iPhone 5 yang dimenanginya tu. Joom sama-sama kita baca perkongsian dari Eyriqazz.
IPhone 5 Gadget Impian,
Hadiah kemenangan di idam-idam,
Sedikit review buat rakan-rakan,
Pengalaman bersama iPhone 5 memang mengancam.
#1 – iPhone 5 memudahkan kehidupan
Sememangnya iPhone 5 memudahkan kehidupan saya sebagai seorang suami, pegawai bank, dan part time blogger. Smartphone yang nampak elegan dan professional, menyenangkan kehidupan dengan pelbagai applikasi menarik dan mudah digunakan.
#2 – Applikasi Menarik Mudah digunakan
Antara applikasi yang Eyriqazz sentiasa gunakan dan sememangnya banyak membantu antaranya :
- WhatsApp – menjimatkan kos penggunaan sms dan boleh berkomunikasi dengan lebih kerap.
- Maybank2U – Senang nak check balance dan baki semasa akaun on the go. Financial planning amatla penting.
- Blogpress – Updatekan entri on the go. Mudah dan pantas
- Viber – Panggilan telefon percuma melalui data plan.
- Errands – Merancang jadual dan “Things to Do”
- NuffnangX – Berblogwalking dan lebih mesra pengguna.
- AlQibla – Arah kiblat dan jadual waktu solat
- Instagram – Masih baru lagi.
- Waze – GPS bergerak
- Social media – Facebook dan Twitter sudah semestinya
#3 – Penjimatan Perbelanjaan dengan iPhone 5
Saya sangkakan penggunaan iPhone 5 agak menambahkan perbelanjaan bulanan saya. Rupa-rupanya saya silap. Saya dapat berjimat dengan penggunaan Viber dan juga Data Plan (RM38 sebulan dengan Celcom). Jadi, saya dapat cancelkan Celcom Broadband saya (RM48 sebulan) kerana saya sudah mampu surf internet dan update blog on the go.
#4 – Memudahkan Perancangan
Dengan Errands Applikasi, saya dapat merancang dengan lebih kemas tentang apa yang perlu saya lakukan. Jadi, lebih alert walaupun masih dilanda Sindrom Kenadotan.
#5 – Gadget Serbaguna
Jadi bloggers, banyak perkara menarik melalui persekitaran yang boleh dijadikan entri. Sekarang saya tidak perlu risau sekiranya tidak membawa kamera kerana kualiti gambar iPhone 5 agak memuaskan dan cantik. Macam sekarang, Digital kamera hantar repair, jadi iPhone 5 inilah yang menjadi penyelamat.
#6 – Kekurangan iPhone 5
Sejak review iPhone 5 lagi, faktor yang selalu menimbulkan kegeraman adalah baterinya yang cepat habis. Biasanya tak sampai sehari sudah habis. Kenalah bawa charger sentiasa.
Button keypadnya yang agak kecil dengan jari jemari saya yang agak ‘kurus’ ini kadangkala agak menyukarkan saya untuk menaip. Kadang-kadang typo juga. Apapun, alah bisa, tegal biasa, kan?
Apapun, secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan iPhone 5 ini. Ianya banyak membantu saya dalam kerja seharian dan juga urusan di rumah. Memang betul kata Tuan Denaihati, Smartphone adalah satu keperluan bagi blogger tegar macam saya.
Sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Denaihati Network yang menaja hadiah yang sangat menawan ini. Walaupun asyik diperli oleh Isteri “Abang ni, asyik join Contest dan Event Denaihati, pernah menang apa-apa ke?“. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan Semangat Tidak Mudah berputus asa, hadiah dan pengalaman berguna saya bawa bersama.
IPhone 5 Gadget Impian,
Banyak membantu memudahkan perjalanan,
Pengalaman manis sukar dilupakan,
Perjalanan diatur mengorak langkah ke hadapan.
87 Comments
Kekurangan smartphone zaman sekarang ni ialah bateri yang cepat habis. Memang menjadi kekurangan terbesar rasanya.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Intipati Manifesto Barisan Nasional 2013 Sempena PRU 13
Kalau tak online bateri memang tahan lama. Kenalah guna power bank.
Saya sangat bermimpi untuk mempunyai iphone5, karena saya yakin gadget ini akan benar-benar memberikan fungsi yang sangat baik untuk para penggunanya.
Curahan rasa Ibang S R @ ..Davinci Kalani Crib
wah, punya smartphone ini pasti enak sekali. bisa pake mau apa aja..
Curahan rasa Artikel populer online @ ..Masterbet88 Grand Opening Promo Bonus 50% Sportsbook dan Casino Online
iphone 5 memudahkan untuk berblogger…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Bentuk Muka Bumi
Hanif Menhad belum lagi memiliki iPhone ni…
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..QURAN DIGITAL READ PEN MY-QALAM: AFFILIATE
iphone memang ada kelas tersendiri..namun pesaingnya juga mantap-mantap
Curahan rasa Blackrosehunter @ ..Google akan Menjual Nexus 7 Tablet Generasi Kedua Mulai Julai
iphone 5 semestinya handphone idaman ramai…
Curahan rasa papa mifz @ ..Di Rumah Sudah Ada Kolam Renang
memang bagus iphone ni.
bila nk nk pakai yg 5.skrng guna iphone 4s je.
Curahan rasa alia @ ..How to stretch your retirement saving
I phone 5 white memang nampak lagi elegan!
Curahan rasa CutiMalaysia @ ..Tempat Menarik di Sabah: Mendaki Gunung Kinabalu Kemuncak Percutian CutiMalaysia ke Sabah!
iphone 5, mantap, tapi juga muahal
Curahan rasa symbian @ ..Font Loobster Full Symbian S60v3/S60v5
tampaknya iphone 5 memang battrainya gak sekuat yang dulu ya
handphone elegan, canggih, simple dan mewah tetapi harga nya juga mahal…
I love iphone….
perghh. semakin jatuh hati pulak dengan iPhone 5 ni bila baca review-review dari mereka semua. Terbaik!
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Update Terkini Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 13)
smartphone super canggih pada zaman sekarang ini.
Curahan rasa Artikel populer online @ ..Masterbet88 Grand Opening Promo Bonus 50% Sportsbook dan Casino Online
Smartphone sesuatu yang tidak tercapai oleh akal suatua ketika dahulu dan sekarang ini telah menjadi satu keperluan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Wordless Wednesday – Parlimen bubar
Comments are closed.