iPhone 5 Gadget Serbaguna yang Jimatkan Belanja

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh pemenang contest iPhone 5 Gadget Impian iaitu Eyriqazz (Great Teacher Onizuka). Dalam entri review kali ni, bro Eyriqazz akan berkongsi cara bagaimana dia dapat jimat belanja dengan menggunakan gadget serbaguna iPhone 5.

Di samping tu kita tengok apa pendapat dia setelah menggunakan iPhone 5 yang dimenanginya tu. Joom sama-sama kita baca perkongsian dari Eyriqazz.

Sepetang bersama Blogger 2013

IPhone 5 Gadget Impian,
Hadiah kemenangan di idam-idam,
Sedikit review buat rakan-rakan,
Pengalaman bersama iPhone 5 memang mengancam.

iphone 5 memudahkan kehidupan
#1 – iPhone 5 memudahkan kehidupan

Sememangnya iPhone 5 memudahkan kehidupan saya sebagai seorang suami, pegawai bank, dan part time blogger. Smartphone yang nampak elegan dan professional, menyenangkan kehidupan dengan pelbagai applikasi menarik dan mudah digunakan.

aplikasi menarik mudah guna
#2 – Applikasi Menarik Mudah digunakan

Antara applikasi yang Eyriqazz sentiasa gunakan dan sememangnya banyak membantu antaranya :

  • WhatsApp – menjimatkan kos penggunaan sms dan boleh berkomunikasi dengan lebih kerap.
  • Maybank2U – Senang nak check balance dan baki semasa akaun on the go. Financial planning amatla penting.
  • Blogpress – Updatekan entri on the go. Mudah dan pantas
  • Viber – Panggilan telefon percuma melalui data plan.
  • Errands – Merancang jadual dan “Things to Do”
  • NuffnangX – Berblogwalking dan lebih mesra pengguna.
  • AlQibla – Arah kiblat dan jadual waktu solat
  • Instagram – Masih baru lagi.
  • Waze – GPS bergerak
  • Social media – Facebook dan Twitter sudah semestinya

jimat belanja dengan iPhone 5
#3 – Penjimatan Perbelanjaan dengan iPhone 5

Saya sangkakan penggunaan iPhone 5 agak menambahkan perbelanjaan bulanan saya. Rupa-rupanya saya silap. Saya dapat berjimat dengan penggunaan Viber dan juga Data Plan (RM38 sebulan dengan Celcom). Jadi, saya dapat cancelkan Celcom Broadband saya (RM48 sebulan) kerana saya sudah mampu surf internet dan update blog on the go.

mudahkan perancangan
#4 – Memudahkan Perancangan

Dengan Errands Applikasi, saya dapat merancang dengan lebih kemas tentang apa yang perlu saya lakukan. Jadi, lebih alert walaupun masih dilanda Sindrom Kenadotan.

gadget serbaguna iphone 5
#5 – Gadget Serbaguna

Jadi bloggers, banyak perkara menarik melalui persekitaran yang boleh dijadikan entri. Sekarang saya tidak perlu risau sekiranya tidak membawa kamera kerana kualiti gambar iPhone 5 agak memuaskan dan cantik. Macam sekarang, Digital kamera hantar repair, jadi iPhone 5 inilah yang menjadi penyelamat.

kekurangan iphone 5
#6 – Kekurangan iPhone 5

Sejak review iPhone 5 lagi, faktor yang selalu menimbulkan kegeraman adalah baterinya yang cepat habis. Biasanya tak sampai sehari sudah habis. Kenalah bawa charger sentiasa.

Button keypadnya yang agak kecil dengan jari jemari saya yang agak ‘kurus’ ini kadangkala agak menyukarkan saya untuk menaip. Kadang-kadang typo juga. Apapun, alah bisa, tegal biasa, kan?

Apapun, secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan iPhone 5 ini. Ianya banyak membantu saya dalam kerja seharian dan juga urusan di rumah. Memang betul kata Tuan Denaihati, Smartphone adalah satu keperluan bagi blogger tegar macam saya.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Denaihati Network yang menaja hadiah yang sangat menawan ini. Walaupun asyik diperli oleh Isteri “Abang ni, asyik join Contest dan Event Denaihati, pernah menang apa-apa ke?“. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan Semangat Tidak Mudah berputus asa, hadiah dan pengalaman berguna saya bawa bersama.

IPhone 5 Gadget Impian,
Banyak membantu memudahkan perjalanan,
Pengalaman manis sukar dilupakan,
Perjalanan diatur mengorak langkah ke hadapan.


Spread the love

87 Comments

  1. tepon canggih memang banyak kegunaannya.. lagi2 iPhone 5, banyak aplikasi yang boleh dimuatkan dlm tu.. bertuah sape2 yang dh pakai.. lagi bertuah bro Eyriqazz sebab menang iPhone 5 tu.. tahniah! tahniah!
    Curahan rasa suraya @ ..Bercuti di Kampung MertuaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!