Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa orang pemenang iPhone 5 Gadget Impian dah pun buat review iPhone 5 di blog Denaihati.com. Setakat ni dah ada entri review daripada Cikgu Naman dan Sharidawati. Pemenang gadget yang belum bagi draft review iPhone 5 sila emailkan kepada Anarm. Termasuk juga entri review dari pemenang iPad Mini di #SBB2013.
Entri review iPhone 5 untuk kali ni adalah daripada Akma Omar, pemilik blog AkmaOmar.com iaitu pemenang tempat pertama contest iPhone 5 Gadget Impian yang memperoleh mata terkumpul paling banyak. Joom kita baca review Akma Omar tentang iPhone 5 yang dimenanginya.
Semua sedia maklum Contest iPhone 5 Gadget Impian telah pun tamat dan pemenangnya pun sudah diketahui umum. Penyampaian hadiah kepada pemenang dilakukan di majlis Sepetang bersama blogger 2013 #SBB2013 yang sungguh meriah. Memang rugi kepada sesiapa yang terlepas peluang menghadirinya.
Saya juga salah seorang yang bertuah berjaya memenangi :
- Seunit iPhone 5 16GB dan hadiah menarik dari penaja-penaja – rujuk entri INI
- Tempat pertama : RM 500 – Tugasan 1 G+1
- Tempat kedua : RM 300 – Tugasan 2 SERP Google.com
Tahniah kepada 4 lagi rakan blogger yang berjaya memenangi iPhone 5 ini iaitu Cikgunaman, Eyriqazz, Sharidawati dan Cheezemaz. Dan tidak lupa tahniah kepada 5 lagi pemenang iaitu Bang Iwan, Puan Gojes, Sensasi2020, Blog Pendidikan dan Kongsibersamanora.
Sokongan, tunjuk ajar, kerjasama dan bantuan rakan-rakan banyak menaikkan semangat kepada saya untuk berusaha dengan sebaik yang mungkin. Dalam masa yang sama saya dapat berkenalan dengan ramai blogger yang hebat-hebat. Kepada semua 85 blogger yang menyertai Contest ini anda semua adalah terbaik.
Review iPhone 5
Entri saya kali ini atas permintaan Denaihati untuk review iPhone 5 ini. Dapat menulis untuk blog Denaihati adalah satu penghargaan yang besar kepada saya. Memang tidak akan saya lepaskan.
Ini pertama kali saya menggunakan telefon pintar keluaran Apple. Memang berbaloi dan lengkaplah koleksi gadget Apple saya. Setiap gadget mempunyai kebaikkan dan keburukkan. Ianya bergantung kepada spesifikasi dan keselesaan pengguna itu sendiri.
Antara pendapat saya selepas menggunakannya…
Kebaikkan iPhone 5
iPhone 5 dari segi body memang lebih menarik berbanding dengan iphone yang sebelum ni. Lebih nipis, cantik, tinggi dan advance. Dari segi spefikasi dan applikasi saya boleh katakan tidak banyak beza dengan iPad 2. Jadi, agak mudah untuk saya mengendalikannya dan mesra pengguna.
Kualiti gambar yang cantik dan menarik. Kebetulan saya bercuti panjang selama seminggu bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan hanya menggunakan iPhone 5 saya merealisasikan gambar percutian saya. iOS speed camera upload laju. SLR pun tak selaju iPhone 5 memang terbaik.
Untuk tujuan berblogging juga amat mudah, itu yang penting 🙂
Keburukan iPhone 5
Keypad terlalu kecil agak sukar untuk menaip text message, note dan sebagainya. Saya rasa ianya sesuai untuk wanita hehe.
Penggunaan data plan internet dari syarikat telekomunikasi yang selalu bermasalah menyukarkan untuk akses internet berbanding sebelum ini saya menggunakan plan yang sama untuk blackberry tetapi tidak mempunyai masalah untuk melayari internet. Kerap kena refresh carrier network.
Jangka hayat batteri juga tidak tahan lama. Ianya memang sering berlaku kepada semua telefon pintar sekiranya ada akses internet. Dalam masa beberapa jam bateri cepat habis. Sedikit tips dari saya untuk bateri kekal lama:
- Setiap kali anda ingin cas pastikan bateri anda bawah 20% baru anda charge iPhone 5 anda.
- Pastikan juga anda fully charge 100%. Jangan terusan cas iPhone 5 anda akibatnya akan bermasalah dan bateri mudah rosak.
- Tahukah anda kos untuk menukar bateri baru agak mahal sekitar RM500. Maka sayangilah iPhone 5 anda.
- Saya cadangkan anda standby powerbank bila ke mana-mana.
Secara keseluruhannya iPhone 5 ada kebaikkan dan keburukkan. Terpulang kepada keselesaan dan citarasa pengguna.
Yang paling menariknya saya mendapat iPhone 5 Gadget Impian ini melalui Contest yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Bukan sahaja setakat hadiah tetapi, cabaran dan pengalaman menyertai contest ini yang paling berharga. Bukan mudah untuk mendapatkannya. Perlu usaha, kerja keras, kerjasama dan perancangan yang baik.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Denaihati Network dan semua penaja-penaja Contest iPhone 5 Gadget Impian ini.
Teruskan bersama Akma Omar di blognya AkmaOmar.com dan Follow Facebook Akma Omar dan Twitter @akmaomar.
112 Comments
powerbank memang penting sekarang ni. kalau guna hp nokia yang RM80 tu je paling bagus. tahan 5 6 hari..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..15 Kucing 1 Arnab
mahal juga bateri nya.. blackberry pun harga RM300.. lebih baik beli powerbank kan
Curahan rasa Datin Tyka @ ..15 Kucing 1 Arnab
Waah…belum punya iphone 5 nih, tp makasih tipsnya
Curahan rasa Bewaraku @ ..Ibu Dilaporkan Anaknya ke Polisi
Waaaa… Nak godek2 iphone 5 jugak.. nak kena g kacau kak Sha kat curve nih.. hehehe
Curahan rasa Nurul @ ..Holiday Langkawi
Tak sangka kelemahan iphone 5 ni banyak jugak. Ape2 pun bergantung kepada pengguna. Jika iphone 5 ni dibeli sendiri, kipas susah mati gajet apple akan tetap mempertahankannya. Tapi bila dapat percuma, reviewnya lebih ikhlas. mungkin
Curahan rasa halif @ ..Mudahnya Renew Roadtax Kereta Secara Online
tak pernah ada iphone pun…hehehe…tp suami inginkan sebiji..utk besday nya..hingga skrg isteri tak beli-beli lagi….hehehe
Curahan rasa ema @ ..Tanggungjawab Baru PIBG
tak minat la ngan produk apple.heheheh…saya peminat tegar android. 😛
Curahan rasa arelan @ ..RuN MaTLe RuN
Dari segi fisik aja udah menawan , WOW pengen punya 🙂
Curahan rasa WilLy Wijaya @ ..7 Hal yang Paling Banyak Ditakuti Manusia
Dibalik suatu kelebihan pasti ada kekurangan 😀 (y)
Curahan rasa WilLy Wijaya @ ..7 Hal yang Paling Banyak Ditakuti Manusia
Wah, infonya sangat bermanfaaat 😀
Curahan rasa WilLy Wijaya @ ..7 Hal yang Paling Banyak Ditakuti Manusia
perkongsian yang menarik dan tidak bias dari akma omar..hehehe so dah tau kebaikan dan keburukannya lepas ni boleh la compare dengan brand lain 🙂
Tahniah buat akma omar dan pemenang2 lain
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Fuh Awesome! Inilah Gmbar Paling Tua DI Dunia. Apa Yang Menariknya?
ramai yang masin complain mengenai masalah interne menggunakaan iphone..tapi rasanya problem ni apple dah fix..
my co-workers semua pakai iphone dan ipad.. 🙂
Curahan rasa zuan @ ..> Rutin Harian Budak Praktikal Dari Senawang
tak berapa berminat produk Apple, tapi kalau den dapat free den kebas jer…hehe
Curahan rasa papa mifz @ ..Mifz Genap 2 tahun 5 Bulan
Memang tak leh lari dah..setaip benda ada baik dan buruknya..bila la berpeluang nak merasa gadget hebat mcm ni…huhu
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Kelima Dari Jobdirumah
Jadi pengen punya iphone 5
heheh kalau mau yah beli dong ?hehe Bercanda guys
Curahan rasa WilLy Wijaya @ ..7 Hal yang Paling Banyak Ditakuti Manusia
Tahniah diatas kemenangan anda. Rasanya masih xmampu nak pakai iphone ni. Review yang pastinya memberi tips berguna utk yg berangan2 nak sambar iphone 5 ni.
Curahan rasa Bin Muhammad @ ..Keindahan Ciptaan Ilahi – Nikmat Pandangan Mata
Comments are closed.