Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Laman media sosial Facebook Sukan Paralimpik Antarabangsa (IPC), teruk ‘diserang’ ribuan netizen Malaysia sejak hari Ahad.
‘Bala tentera bawang’ ini rata-ratanya membidas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pagi ini sahaja, kenyataan yang dimuat naik berkaitan ketegasan jawatankuasa tersebut berhubung negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu atas alasan politik mendapat respons hampir 44,000 pengguna Facebook.
Mengulas mengenai keputusan Malaysia menghalang atlet dari Israel untuk memasuki negara ini, Dr Mahathir berkata adalah hak sesebuah negara seperti Malaysia untuk menghadkan sempadan negaranya kepada negara tertentu.
Seperti diduga juga, Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai dan juga pendapat Dr Mahathir mengenai Israel.
Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Israel kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian.
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Ahad memutuskan untuk melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal dianjurkan di Kuching, Sarawak.
Presiden IPC, Andrew Parsons berkata perkara tersebut diputusan jawatankuasa itu semasa bermesyuarat di London.
Ia susulan Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Dalam Negeri gagal memberi jaminan diperlukan perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.
Di Malaysia, kita tiada urusan diplomatik dengan Israel. Kita tidak rasa mereka perlu datang ke Malaysia kerana kita rasakan mereka banyak melakukan kesilapan dan tidak mahu bertanggungjawab hanya kerana tiada siapa yang berani menegur mereka
“Kerajaan Israel sangat berkuasa, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Jadi kita tak katakan apa-apa pada kerajaan Israel tetapi kita tidak akan hulurkan persahabatan kepada mereka” Dr Mahathir
Ditanya adakah adil untuk rakyat Israel dihukum begitu hanya kerana tindakan kerajaan mereka, Dr Mahathir menganggap majoriti rakyat Israel menyokong tindakan yang dilakukan kerajaan mereka.
6 Comments
terima kasih sudah di share artikel nya sangat lah menarik . semoga bermanfaat untuk yang ainnya ,
Bukan semata-mata kita benci kerana zalimnya Israel dan kita sokong perjuangan rakyat Palestin tetapi kerana Israel ada agendanya. Israel tak kemaruk sangat pingat. Ada apa pingat sukan pada Israel. Mesti ada sebabnya dia nak pergi sangat ke negara-negara lain terutamanya negara Islam.
Curahan rasa ahmadyani @ ..23 Perkara Yang Dilakukan Oleh CEO D’Apple Semasa Bisnesnya Jatuh Teruk!
Sejujurnya jika pun Dr Mahathir tak membantah mereka, rakyat tetap akan membantah. Ahli politik hanya pentingkan pandangan umum. Kerana ianya menjamin populariti mereka. Bayangkan jika Dr Mahathir pi bantai sokong kehadiran.
Of cos beliau akan di tentang oleh rakyat Malaysia terutamanya orang Islam yang ada di negara ini.
Apa yang berlaku sekarang adalah, netizen sendiri yang menentang kehadiran mereka. Pendirian kerajaan jika tidak selaras dengan apa yang telah termaktub dalam dasar kerajaan sebelum ini yang menentang sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan tidak mengiktiaf passport Israel, kita tahulah apa yang bakal berlaku.
Hakikatnya, Dr Mahathir lah yang pernah membawa pasukan kriket Israel ke negara ini di zaman pemerintahannya. Cuma zaman tu tak ada sosial media macam sekarang ni.
Orang boleh berdusta, tapi sejarah yang di perakui tidak akan berdusta.
Curahan rasa Pendekar @ ..Testimoni Kopi Ali Super Power Yang Terbukti Berkesan
Sangat menyokong ketegasan yang PM kita lakukan.
Tahniah Tun M kerana berani bersuara dan bukan semua orang mampu.
Curahan rasa Mrs. A @ ..ADIK DAH MASUK SMK
Terima kasih atas ketegasan itu PM. Moga selepas ini segalanya akan lebih baik
Apa apa yang berlaku semuanya baik baik belaka. Insyaallah. Manusia tak boleh datangkan mudarat kepada kita kalau Allah tak benarkan.
Curahan rasa Mama Hakim @ ..6 Pelan rumah 2 tingkat 4 & 5 bilik tidur. Design plan banglo percuma untuk anda!
Comments are closed.