Intipati yang terkandung dalam Belanjawan 2021- Pengeluaran simpanan KWSP bersasar

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Alhamdulillah, petang tadi kita telah diperdengarkan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat dan turut hadir semua ahli parlimen ke dewan tersebut.

Ia merupakan pembentangan belanjawan pertama oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Belanjawan 2021 dirangka berdasarkan tiga matlamat utama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelansungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi.

Berikut merupakan intipati yang terkandung dalam Belanjawan 2021;

– Sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan pada tahun hadapan bagi membendung gelombang ketiga #COVID-19.

– Kerajaan setuju laksana pemberian one-off sebanyak RM500 hargai jasa anggota barisan hadapan KKM.

– Kerajaan komited dapatkan sumber vaksin #COVID-19 antaranya melalui program COVAX.

– Kerajaan setuju luaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi vaksinasi seperti pneumokokal, influenza dan #COVID-19.

– Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius akan dinaikkan kepada RM8,000.

– Kerajaan akan perluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesi.

Baucar RM50 diberikan kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang untuk produk termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

– Program imunisasi pneumokokal kanak-kanak dengan peruntukan RM90 juta akan dilaksanakan.

– Pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan kesihatan dinaikkan kepada RM1,000 dari RM500. Kerajaan meningkatkan had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas & penjagaan ibu bapa kepada RM8,000 dari RM5,000.

RM24 juta diperuntukkan untuk pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans.

– Kerajaan memperluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis.

Program Baucar 50 Perlindungan Tenang untuk golongan B40, termasuk takaful hayat dan kemalangan diri diperkenalkan.

– Tempoh pengecualian duti setem produk Perlindungan Tenang dilanjutkan untuk tempoh 5 tahun lagi.

– Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi rawatan Peritoneal Dialysis di rumah untuk pesakit buah pinggang.

Memelihara Kebajikan Golongan Rentan

– Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan kepada RM300 dari RM250.

– Kadar Bantuan Warga Emas, Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan kepada RM500 dari RM350.

– Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan kepada RM450 dari RM400.

– Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan. Kadar baru: RM150 seorang anak berumur 7 ke 18 tahun; RM200 seorang anak berumur 6 tahun ke bawah; maksimum RM1,000 sekeluarga.

– Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melibatkan penyaluran RM23.2 bilion kepada 10.6 juta penerima.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

– Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800;

– Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM 4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200;

– Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih;

– Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350 . Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

RM1.5 bilion Program Jaringan PRIHATIN: Kredit telekomunikasi untuk golongan B40 sebanyak RM180 seorang untuk langganan internet atau kos telefon bimbit.

– Dana padanan RM1.5 bilion daripada syarikat telekomunikasi dalam bentuk data percuma.

Penurunan kadar cukai pendapatan

– Kadar cukai pendapatan bagi individu bermastautin diturunkan sebanyak 1 mata peratusan bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.

– Berita baik: bantuan pembayaran pinjaman ditambahbaik kepada peminjam B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000:

a) Tangguh ansuran bulanan selama 3 bulan, atau

b) Kurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Peminjam M40 juga akan dipermudahkan dari segi proses permohonan bantuan bayaran balik.

– Kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan kepada 9% dari 11% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan.

Pengeluaran simpanan KWSP

– Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500 1 bulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli yang kehilangan pekerjaan.

– Pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan: tempoh Elaun Mencari Kerja dilanjutkan menjadi 9 bulan dan kadar layak menuntut adalah 80% gaji bagi bulan pertama, 50% bulan 2-6 dan 30% untuk 3 bulan terakhir.

– Had pengecualian cukai pendapatan bagi bayaran pampasan atas kehilangan pekerjaan dinaikkan kepada RM20,000 setiap tahun genap perkhidmatan bagi 2 tahun taksiran.

– Bagi tahun 2021, Kerajaan menyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif.

RM200 juta untuk Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming dengan perluasan ke 34 kawasan baharu. Melalui inisiatif ini barangan keperluan asas dapat dinikmati lebih 1.1 juta rakyat pada harga yang dikawal.

Bantuan kepada petani, peladang dan nelayan

– Peruntukan bagi Insentif Pengeluaran Getah akan ditingkatkan sekali ganda kepada RM300 juta.

RM1.7 bilion subsidi, bantuan dan insentif disediakan kepada petani dan nelayan.

– Elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan kepada RM300 sebulan dari RM250 bermula 2021.

RM400 juta bagi membantu peneroka FELDA menghapus faedah hutang kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu.

– PenjanaKerjaya: Kadar maksimum program latihan ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi program latihan kemahiran tinggi atau sijil profesional.

– Kerajaan membentuk Majlis Pekerjaan Negara yang akan dipengerusikan oleh YB Perdana Menteri untuk menyelaras inisiatif merentas Kementerian dan Agensi mencipta peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan pekerja.

Reskilling and Upscilling

RM150 juta bagi program KPT-PACE di mana graduan baharu ditawarkan baucar RM3,000/orang untuk mengambil kursus sijil profesional.

RM100 juta untuk program HRDF: latihan secara usahasama dengan majikan sektor swasta.

RM100 juta untuk pelengkapan kemahiran baharu kepada tenaga kerja yang terjejas teruk akibat penutupan sempadan bagi pelancong asing.

RM30 juta di bawah PERHEBAT untuk program latihan keusahawanan yang dijangka memanfaatkan 12,000 veteran ATM.

– Pelepasan cukai yuran pengajian diperluas meliputi perbelanjaan kursus peningkatan kemahiran oleh badan bertauliah terhad kepada RM1,000/tahun.

RM700 juta untuk inisiatif MySTEP yang akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan GLC.

RM1.5 bilion untuk pelanjutan Program Subsidi Upah selama 3 bulan lagi dengan lebih bersasar khusus bagi sektor pelancongan dan peruncitan dengan kadar RM600/bulan bagi pekerja bergaji RM4,000 ke bawah.

– Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman PRS dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025.

RM24 juta untuk caruman penuh Skim Bencana Pekerjaan PERKESO untuk Anggota Pasukan Sukarelawan, guru Takmir, Imam, bilal, siak, noja, dan merbut, pekerja sektor awam berstatus Contract For Service dan 40,000 orang delivery riders.

– Memperkasa usahawan Bumiputera: RM1.3 bilion untuk pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program atau projek khusus untuk Bumiputera.

– Memperkasa usahawan Bumiputera: RM750 juta disediakan kepada PHB di bawah RMK-12 bagi meningkatkan nilai pegangan Bumiputera dalam sektor hartanah terutama pembangunan komersial atas tanah rizab Melayu.

RM95 juta untuk pembiayaan mikro kredit khas usahawan wanita. RM50 juta juga disediakan di bawah YaPEIM bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam Arrahnu BisNita.

Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro dan BizME untuk lebih 2,000 usahawan wanita. Kerajaan juga akan menyediakan program khusus kontraktor wanita Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam kontrak Kerajaan.

Memartabatkan syiar Islam

– Memartabatkan syiar Islam: Peruntukan RM1.4 bilion bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memperkukuh pembangunan Islam.

– Pemerkasaan pengurusan wakaf melalui kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, GLC dan GLIC dan pewujudan Pelan Induk Wakaf Nasional.

– PNB akan memperkenalkan perkhidmatan wakaf kepada semua pemegang unit amanah ASNB.

– Pemegang unit boleh mewakafkan sebahagian unit ke dalam tabung wakaf ASNB dan layak mendapat potongan cukai pendapatan.

– Kenaikan kadar elaun Guru Takmir kepada RM900 sebulan.

RM500 one-off kepada Imam, bilal, siak, noja, merbut, Guru takmir dan guru KAFA.

RM21 juta untuk Pusat Sokongan Sosial Setempat yang menyediakan perlindungan sosial dan sokongan moral kepada golongan wanita terutama dalam mendepani masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan.

RM30 juta bagi kemudahan taska di bangunan Kerajaan terutamanya di hospital.

RM20 juta dalam bentuk geran padanan kepada pihak swasta yang menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis mereka.

RM10 juta untuk program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara.

– TEKUN akan menyediakan RM20 juta untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India dan RM5 juta untuk pembangunan usahawan komuniti lain.

RM100 juta untuk Unit Transformasi Masyarakat India, MITRA bagi memperkasa kedudukan sosioekonomi komuniti India.

– Nilai geran Kawasan Rukun Tetangga atau KRT ditingkatkkan kepada RM6,000 setiap satu.

RM50 juta diperuntukkan bagi projek-projek pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah-rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, merangkumi pelaksanaan program perpaduan.

RM20 juta bagi Program Pembangunan Insan di bawah Jabatan Penjara Malaysia antaranya untuk memberikan kemahiran vokasional kepada banduan.

– Potongan cukai tambahan yang diberikan kepada majikan yang menggaji bekas banduan dan bekas penagih dadah serta mengintegrasikan golongan ini ke dalam masyarakat dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025.

– Untuk CENDANA: RM15 juta untuk melaksanakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan.

RM158 juta untuk kesejahteraan komuniti Orang Asli: pelaksanaan program bantuan sosial, Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli dan pembinaan 14 buah tabika baharu.

RM5 juta untuk kerja-kerja ukur tanah untuk menanda sempadan 21 perkampungan Orang Asli.

RM41 juta untuk program Native Customary Rights di Sabah dan Sarawak.

– Nilai saguhati untuk sukarelawan Program Khidmat Bantu di Rumah akan dinaikkan daripada RM150 kepada maksimum RM400.

– Had pelepasan cukai bagi pasangan OKU akan dinaikkan daripada RM3,500 kepada RM5,000.

– Peruntukan RM150 juta untuk menaikkan kadar bayaran petugas Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kepada RM1,200/bulan.

– Kadar penyelia dinaikkan kepada RM1,500/bulan.

– Bantuan kewangan tahunan bagi pengendalian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang dikendalikan oleh NGO dinaikkan daripada RM33,000 kepada RM50,000.

Potongan cukai tambahan akan diberikan kepada majikan yang menggaji warga emas dan dilanjutkan sehingga tahun 2025.

RM170 juta bagi program pendidikan awal kanak-kanak oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS, untuk membiayai Bantuan Makanan Tambahan, Bantuan Per Kapita, penyelengaraan dan pembaikan Tabika dan Taman Asuhan Kanak-Kanak, TASKA.

RM20 juta untuk penyediaan Pusat Komuniti sebagai tempat jagaan kepada anak-anak selepas tamat sesi persekolahan dengan kerjasama NGO.

– Akan dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen, perpustakaan mini dan program bimbangan mentor.

– Infrastuktur Luar Bandar: RM632 juta bagi bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif.

RM250 juta untuk bekalan elektrik luar bandar.

RM355 juta untuk Program Bantuan Rumah golongan miskin.

– Infrastuktur Luar Bandar: RM121 juta untuk memasang 27,000 unit lampu dan penyelenggaraan 500,000 unit Lampu Jalan Kampung.

– Kerajaan akan memperluas perkhidmatan bank bergerak di negeri Sabah dan Sarawak bagi membantu masyarakat yang sukar mendapat akses perbankan asas.

– Had kelayakan penggunaan dana MARRIS dinaikkan sehingga 20% atau RM50 juta yang mana lebih rendah bagi membiayai kerja penyelenggaraan jalan di luar skop MARRIS.

– Insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000/bulan sehingga 3 bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan. Majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan perantis.

RM75 juta untuk Program eBelia: Kredit RM50 one-off ke dalam akaun e-wallet mereka yang berumur 18-20 tahun untuk membudayakan ekonomi tanpa tunai.

RM103 juta untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan seluruh negara.

RM55 juta untuk program pembangunan sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal, pembangunan atlet wanita termasuk RM15 juta kepada pembangunan e-Sports.

RM20 juta untuk pinjaman mudah TEKUN Sukan bagi memastikan kelansungan operator fasiliti sukan.

– Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan kepada RM3,000 dengan tambahan RM500 khusus bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan.

– Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup juga diluaskan untuk langganan surat khabar eletronik.

RM500 juta diperuntukkan bagi inisiatif Jalinan Digital Negara, JENDELA untuk memastikan kesalinghubungan 430 buah sekolah.

– SKMM akan memperuntukkan RM7.4 bilion untuk tahun 2021 dan 2022 bagi memperluas jalur lebar.

– GLIC dan GLC akan menyumbang RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bagi projek rintis pemberian komputer riba kepada 150,000 murid dibawah seliaan Yayasan Hasanah.

– Kos tambahan RM725 juta diperuntukkan untuk menaik taraf 50 sekolah-sekolah daif.

RM120 juta untuk 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub baharu bagi sekolah di luar bandar Sabah & Sarawak.

– Rancangan Makanan Tambahan ditambah baik dengan penyediaan bekalan susu setiap hari. Peruntukan sebanyak RM420 juta disediakan dan sebahagian perolehan akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan.

RM800 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

– Kos tambahan RM725 juta diperuntukkan untuk menaik taraf 50 sekolah-sekolah daif.

RM120 juta untuk 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub baharu bagi sekolah di luar bandar Sabah & Sarawak.

– RM45 diperuntukkan bagi memperkasa pendidikan khas. RM14.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Ini termasuk RM50 juta bagi projek membaik pulih infrastruktur dan peralatan usang di universiti-universiti awam.

RM50 juta untuk menaik taraf talian akses Malaysian Research & Education Network (MYREN) di IPT kepada 500Mbps hingga 10Gbps.

RM100 juta untuk Skim BSN MyRinggit-i COMSIS: skim pinjaman komputer riba di bawah BSN untuk pelajar-pelajar IPT yang mendapat pinjaman PTPTN.

– Pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

RM300 juta, peningkatan RM100 juta pinjaman kepada 24,000 peserta program TVET di institusi latihan kemahiran awam dan swasta melalui PTPK.

– Elaun peserta Sistem Latihan Dual Nasional Plus (SLDN Plus) dinaikkan kepada RM1,000.

RM29 juta untuk program TVET di bawah KPT antaranya inisiatif pendidikan Islam dan pembelajaran sepanjang hayat pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok.

– Menyokong pemilikan rumah: Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500k mulai 1 Jan 2021 sehingga 31 Dis 2025.

– Pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik untuk kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan bagi tempoh 5 tahun, bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan KPKT.

RM500 juta untuk membina sehingga 14,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat.

RM315 juta untuk pembinaan 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB.

RM125 juta bagi penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah serta bantuan membaik pulih rumah usang dan yang mengalami kerosakan akibat bencana alam.

RM310 juta untuk Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia.

– Skim Rent-to-Own: Program sehingga tahun 2022 ini melibatkan 5,000 buah rumah PR1MA dengan nilai keseluruhan lebih RM1b, dikhaskan untuk pembeli rumah pertama.

RM300 juta diperuntukkan untuk meneruskan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 dan meluaskan penggunaannya ke bandar Kuantan dan Pulau Pinang.

– Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 6 dan golongan OKU melibatkan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren Kuala Lipis-Tumpat dan tren Sabah jajaran Beaufort-Tenom.

RM150 juta untuk memperluas Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti secara berfasa ke Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuantan.

– Pengecualian cukai jualan bagi pembelian bas siap dilanjutkan bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022.

– Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri masing-masing diperuntukkan RM16 bilion dan RM17 bilion.

– Peruntukan penyelenggaraan aset-aset utama ATM ditingkatkan kepada RM2.3 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM2 bilion sebelum ini.

RM27 juta untuk CyberSecurity Malaysia untuk meningkatkan kawalan keselamatan siber negara.

– Selain terus menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), RM500 juta untuk pembinaan hampir 1,000 unit baharu RKAT.

RM153 juta untuk mengukuh peranan RELA, termasuk menaik taraf kemudahan pusat latihan RELA.

– YBMK: Di bawah Matlamat Kedua, iaitu #KelangsunganPerniagaan, fokus Kerajaan adalah untuk memacu pelaburan, memperkukuh sektor tumpuan dan mudah akses perniagaan.

– YBMK: Kerajaan akan bertindak sebagai pemudah cara dalam menyediakan akses dana pelaburan termasuk menambah baik persekitaran perniagaan.

– Pakej galakan pelaburan bernilai RM1 bilion bagi membiayai insentif pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi serta menyokong pelaburan R&D dalam bidang aeroangkasa serta kluster elektronik.

– BNM akan menyediakan Dana Teknologi Tinggi bernilai RM500 juta bagi menyokong sektor teknologi tinggi dan berinovasi.

– Kerajaan akan melonggarkan syarat galakan cukai untuk Hab Prinsipal dan galakan tersebut dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022.

– Pengenaan kadar cukai bagi penubuhan Global Trading Centre pada kadar konsesi 10% bagi tempoh bagi tempoh 5 tahun dan boleh diperbaharui bagi tempoh 5 tahun lagi.

– Menaikkan had nilai jualan bagi aktiviti tambah nilai dan aktiviti tambahan yang dijalankan di Zon Perindustrian Bebas dan Gudang Pengilangan Berlesen daripada 10% kepada 40% daripada nilai jualan tahunan.

– Kerajaan melanjutkan kadar cukai pendapatan istimewa pada kadar rata 15% untuk tempoh 5 tahun kepada individu bukan warganegara yang memegang jawatan utama bagi pelaburan baharu strategik oleh syarikat yang memindahkan operasi ke Malaysia.

– Permohonan insentif kadar cukai istimewa bagi syarikat pengilang terpilih yang memindahkan lokasi ke Malaysia dan membuat pelaburan baharu dilanjutkan sehingga 31 Dis 2022.

– Skop galakan cukai turut diperluas kepada syarikat dalam sektor perkhidmatan terpilih yang memberi kesan pengganda signikifan dengan kadar cukai pendapatan 0% hingga 10% untuk 10 tahun.

– Satu kajian menyeluruh struktur galakan cukai sedia ada sedang dilaksanakan bagi menyediakan rangka kerja galakan percukaian yang kompetifif, telus dan lebih menarik

– Bagi memberi ruang kepada kajian tersebut, galakan cukai yang akan tamat dilanjutkan sehingga 2022, merangkumi aktiviti MRO aeroangkasa, pembinaan dan pembaikan kapal, status Bionexus dan galakan cukai koridor pembangunan ekonomi.

– Skim Pembangunan Nasional (NDS) bernilai RM1.4b bagi menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik dan meningkatkan penghasilan produk tempatan seperti peralatan perubatan.

– Skim Pembangunan Maritim dan Logistik, Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan dan Dana Pengangkutan Awam akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023 dengan dana RM3.7b.

RM500 juta daripada keseluruhan dana skim-skim tersebut dikhususkan kepada usahawan Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan dalam sektor utama.

RM2b kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar di bawah BNM melalui pinjaman daripada institusi perbankan untuk membantu PKS terkesan.

RM100 juta disediakan untuk menyelenggara kawasan perindustrian. RM42 juta di bawah JENDELA untuk menambahbaik kesalinghubungan internet kawasan perindustrian

– Pembinaan loji rawatan air di daerah Kubang Pasu bagi menyokong Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

RM45 juta untuk pembekalan air bagi sektor petrokimia di zon perindustrian Gebeng.

– Melaksanakan kemudahan Authorised Economic Operator (AEO) di peringkat nasional untuk mempermudah proses akreditasi AEO dan diperluas kepada pembekal perkhidmatan logistik dan operator gudang yang diluluskan.

– Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mewujudkan platform dalam talian yang menghimpunkan 43 agensi pengeluar permit dan lesen dagangan.

RM400 juta khusus untuk tujuan R&D yang melibatkan beberapa kementerian dan agensi.

– Galakan cukai bagi pengkomersialan hasil R&D bukan sumber akan diperkenalkan semula. Galakan cukai bagi aktiviti pengkomersialan hasil R&D oleh institusi penyelidikan awam akan diperluaskan kepada IPTS.

RM20 juta untuk program Malaysia Techlympics dan Science Space bagi mewujudkan kepakaran bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik dalam kalangan belia.

RM100 juta daripada Sukuk PRIHATIN untuk menjalankan penyelidikan berkaitan penyakit berjangkit merangkumi pembangunan vaksin, kajian rawatan dan diagnostik.

– 4 syarikat sarung tangan utama, Top Glove, Hartalega, Supermax dan Kossan komited menyumbang RM400 juta untuk memerangi COVID-19, termasuk menampung sebahagian kos vaksin COVID-19 dan kos peralatan kesihatan.

RM150 juta untuk program latihan, bantuan penjualan serta peralatan digital di bawah Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro.

RM150 juta untuk Inisiatif Shop Malaysia Online dengan usahasama dengan platform e-commerce utama untuk menggalakkan perbelanjaan secara dalam talian yang akan memanfaatkan usahawan tempatan.

– Kerajaan akan memperkasa Program Perjanjian Off-Take Kementerian Kesihatan untuk menarik pelaburan ke negara ini dan potensi pengeluaran ubat dan vaksin di masa hadapan.

– Pemberian galakan kadar cukai pendapatan, antaranya 0-10% untuk 10 tahun pertama.

RM30 juta untuk memperluas Program Kebun Komuniti kepada komuniti separa bandar & luar bandar

Program ini menyediakan peralatan seperti kit fertigasi dan media tanaman bernilai sehingga RM500/individu atau RM50k/komuniti.

RM50 juta untuk Projek Pertanian Organik di peringkat komuniti.

– Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan: RM60j untuk perolehan peralatan & teknologi berteraskan IR4.0.

– Pengusaha boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM1 juta pada kadar 3.5% bagi tempoh 10 tahun di bawah Agrobank.

– Program Pengembangan Akuakultur: RM10j secara geran padanan sehingga RM20k kepada pengusaha mikro untuk pembelian peralatan bagi mengembangkan ternakan akuakultur bernilai tinggi.

– RM100j untuk projek pertanian dan penternakan berimpak dan bernilai tinggi melalui kerjasama kerajaan Negeri seperti nanas di Johor dan udang galah di Negeri Sembilan.

– RM20j untuk program pemilikan sijil Minyak Sawit Mapan. RM30j untuk geran padanan galakan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi akan diperkenalkan.

– YBMK: Strategi 3 #KelangsunganPerniagaan adalah untuk mengutama automasi dan pendigitalan, dengan tumpuan kepada produktiviti jangka panjang melalui penggunaan teknologi baharu bagi mempercepat transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

– RM1b untuk Skim Transformasi Pendigitalan Industri bagi merancakkan aktiviti pendigitalan.

– ana tambahan RM150 juta di bawah Skim Geran Pendigitalan SME dan Geran Automasi. Syarat kelayakan geran dilonggarkan kepada PKS mikro dan syarikat pemula yang telah beroperasi selama 6 bulan.

– YBMK: Strategi 4 #KelangsunganPerniagaan adalah untuk memudah akses pembiayaan.

– RM300j di bawah SME Bank bagi kemudahan pembiayaan Skim Lestari Bumi.

– Platform pembayaran digital rantaian bekalan nasional, JanaNiaga yang diterajui EXIM Bank, dengan RM300j untuk membantu PKS yang mengalami masalah aliran tunai disebabkan tempoh pembayaran invois yang lama untuk mendapat pinjaman.

– RM50j secara pelaburan padanan untuk menyokong platform peer-to-peer (P2P) terutama yang berasaskan pembiayaan invois.

– RM1.2b pembiayaan kredit mikro melalui TEKUN, PUNB, Agrobank, BSN dan institusi kewangan lain, termasuk RM110j tambahan untuk Micro Enterprises Facility di bawah BNM.

– Program iTekad akan diperluas dengan penyertaan institusi kewangan tambahan dan kerjasama dengan lebih banyak pihak berkuasa negeri dan rakan pelaksanaan.

– RM230j pembiayaan kepada PKS melalui PUNB bagi perbelanjaan modal kerja, peningkatan sistem automasi dan peralatan serta perbelanjaan berkaitan pelaksanaan pematuhan kepada SOP COVID-19.

– RM25b jaminan telah diberikan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan. Kerajaan akan meningkatkan jaminan sehingga RM10b lagi, dengan RM2b diperuntukkan khusus kepada usahawan Bumiputera.

– RM3b di bawah Skim Jaminan Prihatin Danajamin untuk syarikat korporat yang terlibat dalam industri berkemahiran tinggi seperti minyak & gas dan aeroangkasa.

– Akta Kredit Pengguna akan digubal bagi melindungi aktiviti pemberian kredit yang teratur dan meningkatkan perlindungan pengguna.

RM30j secara geran padanan untuk pelaburan dalam platform Equity Crowd Funding di bawah seliaan SC, dengan pengecualian cukai pendapatan 50% daripada amaun pelaburan atau terhad kepada RM50k.

– Peruntukan RM2.5b kepada kontraktor kelas G1 hingga G4 bagi projek kecil dan sederhana di seluruh negara serta pelanjutan tempoh kelonggaran prosedur perolehan sehingga 31 Disember 2021.

– RM50j melalui MARA sebagai akses pembiayaan kepada kontraktor pembinaan di bawah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres, SPiKE.

– Pada masa ini, hasil Kerajaan adalah sekitar 15% daripada KDNK termasuk hasil berkaitan petroleum sekitar 3%. Kerajaan perlu memastikan sumber hasil adalah mampan dan mampu membiayai perbelanjaan terutamanya perbelanjaan mengurus.

– Multi-Agency Task Force akan diperkasakan dengan penyertaan SPRM dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional untuk menambahbaik strategi kutipan hasil termasuk membasmi aktiviti penyeludupan barangan berduti tinggi.

– Pembekuan pengeluaran lesen import rokok baharu dan memperketat pembaharuan lesen import rokok melalui semakan semula syarat lesen termasuk mengenakan kuota import.

– Mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai.

– Duti eksais ad valorem 10% untuk semua peranti rokok elektronik & bukan elektronik mulai 1 Jan 2021. Termasuk vape, electronic heated tobacco product, hookah bagi shisha & smoking pipe. Cecair rokok elektronik dikenakan duti eksais 40 sen/ml.

– Mengenakan cukai dengan kemudahan pulang balik atau drawback ke atas semua rokok import bagi tujuan transhipment dan eksport semula dan tidak membenarkan aktiviti transhipment dan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit.

– RM15b bagi membiayai antaranya projek Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JB dan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Pertama.

– Projek yang akan diteruskan termasuk Sistem Transit Rapid JB-Woodland, Singapura dan MRT3.

– Kerajaan berhasrat meneruskan Projek High Speed Rail (HSR), tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan Singapura.

– Projek Fasa 2 pembinaan Jambatan Klang Ke-3 di Selangor akan dijalankan. Begitu juga Projek Central Spine Road di jajaran baharu di negeri Kelantan dan Pahang.

– Menaik taraf jambatan merentasi Sungai Marang, Terengganu; Jalan Persekutuan menghubungkan Gerik, Perak ke Kulim, Kedah; Projek Fasa 3 membina dan menaik taraf lingkaran Pulau Indah, Klang, Selangor.

– Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi pakej dari Serusop ke Pituru akan digerakkan.

– RM780j peruntukan tahun 2021 bagi projek-projek pembangunan 5 koridor wilayah pembangunan ekonomi.

– Sistem Pengangkutan Bas Rapid Transit di 3 Laluan Berkapasiti Tinggi dan Pembinaan “Busway” di kawasan pembangunan IRDA, Johor.

– Pembinaan Jambatan Palekbang ke Kota Bharu, Kelantan di bawah ECER.

– Projek Zon Pembangunan Khas di Yan dan Baling, Kedah di bawah NCER.

– Galakan cukai sedia ada bagi Koridor Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Iskandar Malaysia dan Koridor Pembangunan Sabah dilanjutkan sehingga 2022

– RM150j bagi Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Kesang dan Tasik Biru Ke Empangan Jus, Melaka.

– KWSP akan meneruskan pembangunan Kwasa Damansara dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM50 bilion. Ia merangkumi pembangunan kawasan komersial, kediaman, infrastruktur sosial, hab inovasi dan perubatan.

– Sabah & Sarawak akan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan masing-masing sebanyak RM5.1b dan RM4.5b. Peruntukan ini antaranya untuk membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan.

– RM20j untuk inisiatif pemeliharaan alam sekitar.

– Geran 100j di atas akan dipadankan dengan sumbangan yayasan milik GLC.

– RM20j untuk program pembangunan perusahaan sosial dengan peruntukan kepada MaGIC dan agensi terpilih.

– Projek rintis pendaftaran e-Perolehan: perusahaan sosial yang mempunyai Sijil Program e-Perolehan Impak Kerajaan daripada MaGIC dan agensi terpilih yang lain boleh menjadi pembekal kepada Kerajaan.

– Kerajaan akan menerbitkan Bon Kelestarian pertama di Malaysia untuk tujuan alam sekitar dan sosial pada 2021, selari usaha jangka panjang mewujudkan Hab Kewangan Lestari di Malaysia.

– Pengecualian cukai pendapatan ke atas geran Sukuk Hijau SRI diperluas kepada semua jenis sukuk dan bon dan dilanjutkan sehingga tahun 2025 bagi menggalakkan terbitan produk SRI.

– RM50j diperuntukkan untuk menangani isu sampah dan sisa pepejal yang terperangkap di sungai.

– RM40 juta dalam tempoh 5 tahun bagi mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan pemantauan kualiti alam sekitar (antaranya 30 stesen pemantauan di seluruh negara.

– RM10 juta diperuntukkan untuk projek Integrated Island Waste Management di sekitar pulau di Johor dan Terengganu untuk mengurangkan kesan kemusnahan terumbu karang dan hidupan marin, dengan kerjasama UNDP, kerajaan negeri dan sektor swasta.

– Peningkatan peruntukan pemberian TAHAP daripada RM350j kepada RM400j. Dari jumlah itu, RM70j diperuntukkan bagi tujuan aktiviti Ecological Fiscal Transfer.

– Program penanaman pokok bakau bagi memelihara kawasan paya bakau serta spesies pokok lain di pesisiran pantai antaranya di Tanjung Piai, Johor dan Kuala Sepetang, Perak.

– RM30j untuk program SAVE 2.0: pemberian rebat RM200 kepada isi rumah untuk pembelian alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan.

– Kerajaan menyokong inisiatif negeri Sarawak untuk menggunakan bas awam yang menggunakan hydrogen fuel cells.

– RM20j untuk memperkasa Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti dengan pengambilan lebih 500 bekas tentera dan polis serta Orang Asli untuk menjalankan aktiviti rondaan.

– Mengambil kira kepadatan penduduk di Lembah Klang dan Petaling Jaya, Kerajaan berhasrat membina UTC di Lembah Pantai.

– Kerajaan mendalami perluasan penggunaan kiosk sebagai saluran alternatif sistem penyampaian awam. JPJ akan menambah bilangan kiosk untuk beberapa perkhidmatan utama seperti pembaharuan lesen kenderaan motor di lokasi strategik.

– RM14j diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur serta kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di Kementerian Luar Negeri serta pendigitalan perkhidmatan konsular Malaysia di luar negara.

– Peruntukan khas diperuntukkan sebagai ganjaran bagi penyalur maklumat salah laku dan pelanggaran undang-undang. Contoh: Isu pencemaran sungai yang semakin tidak terkawal sehingga mengakibatkan terputusnya bekalan air di Lembah Klang.

Durian Runtuh Penjawat Awam

– Kerajaan menyokong pekerja awam: menaikkan kadar elaun Pegawai Bomba Bantuan dinaikkan dari RM6 kepada RM8/sejam.

– Pengenalan Skim Perlindungan Kemalangan Diri percuma sehingga RM100k kepada peminjam baharu LPPSA bagi tahun 2021 dan 2022.

– Pemberian one-off sebanyak RM500 kepada pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti mereka.

– Bantuan Khas Kewangan RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 ke bawah sebagai menghargai jasa dan perkhidmatan mereka.

– Bantuan Khas Kewangan RM300 diberikan untuk pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen.

Sumber: Mstar


Spread the love

3 Comments

  1. Setiap kali bajet tahunan, akan ada yang tidak puas hati. Kita hanya mampu berdoa yang baik-baik untuk Malaysia dan semua rakyatnya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!