Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
alhamdulillah harini kita masih berkesempatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Tuhan ini. Menjalankan tanggungjawab dan menyelesaikan keperluan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
Kempen #QuranHour telah bermula sejak tiga tahun yang lalu. Ianya merupakan kempen yang diwujudkan untuk menjadikan aktiviti membaca, memahami dan mengamalkan Al Quran sebagai aktiviti harian.
Kita dapat lihat bagaimana hari ini, ada begitu banyak gejala sosial dan jenayah yang berlaku di serata pelosok negara. Ini sesuatu yang perlu kita ambil berat dan ambil peduli. Jika tidak, kita akan merasai kesannya pada tahun-tahun mendatang.
WORLD #QURANHOUR dan MERDEKA #QURANHOUR
Pada 9 Zulhijah bersamaan dengan 31 Ogos, kempen World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour akan berlangsung serentak di seluruh dunia. Di Malaysia majlis utama akan berlangsung di UIA Gombak dan seterusnya akan bersambung di Dataran Merdeka.
Dalam masa yang sama, wakil-wakil dari seluruh dunia akan menguruskan majlis di lokasi masing-masing termasuk di Arafah. Ini adalah aktiviti yang penting untuk kita sama-sama hayati dan dalami.
Kempen ini sebenarnya bukan hanya untuk 1 hari sahaja, matlamat utama adalah untuk mewujudkan #QuranHour satu jam setiap hari dalam semua isi rumah. Memang besar perjuangan kempen ini dan ianya tidak membawa kepentingan individu atau organisasi. Ini adalah usaha untuk menjadikan ajaran Al Quran sebagai gaya hidup utama.
Sebaran ke seluruh dunia
Kempen ini tidak akan berjaya tanpa sokongan kita semua, gunakanlah pengaruh anda untuk mengwar-warkan kempen ini demi kesejahteraan bersama. Kempen ini akan memberikan impak bukan sekadar pada diri kita, keluarga kita, masyarakat dan negara secara keseluruhannya.
Anda boleh ambil semua bahan-bahan yang tersedia, salin ayat atau apa juga kaedah agar berita ini dapat disampaikan kepada lebih ramai umat Islam di luar sana. InsyaALLAH sedikit usaha kita untuk mengembalikan kegemilangan Al Quran dalam kehidupan akan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Interaksi dengan Al Quran adalah satu-satunya cara kita boleh mendapatkan kejayaan, kebahagiaan, ketenangan dalam kehidupan di dunia dan insyaALLAH di akhirat kelak.
Team Denaihati akan turut bersama-sama menjayakan kempeni ni pada 9 Zulhijah nanti bersamaan 31 Ogos 2017. Walaupun kedudukan lokasi setiap team kami berbeza, ianya akan menjadi penguat untuk kempen ini yang akan dijalankan di seluruh dunia.
Jemput sama-sama rakan-rakan semua untuk membuat hebahan lebih rancak kepada semua rakan taulan, sanak saudara, jiran tetangga dan sesiapa sahaja di dalam capaian kita.
40 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Alhamdulillah..
Tradisi #QuranHour ini masih lagi diteruskan di tempat saya bekerja…. Cuma tidak seaktif semasa kempen ini dijalankan…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Pada sebelah malam setiap kali lepas solat Isyak berjemaah, kami akan beramai-ramai membaca surah Al-Mulk..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Kemudian seminggu sekali diadakan kelas untuk memperbaiki bacaan Al-Quran oleh seorang ustaz…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Kemudian yang selebihnya, terdapat pelajar yang masih meneruskan tradisi membaca dan menghafaz Al-Quran sebaik sahaja selepas menunaikan solat
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Bagus program ni diteruskan setiap tahun sempena menyambut merdeka. Lebih baik dari penganjuran konsert yang melalaikan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Asid Lemak Omega 6 Hasilkan Hormon Prostaglandin untuk Tingkatkan Sistem Imun
Sekarang penganjur konsert pun sudah terkesan dengan aktiviti aktiviti keagamaan, mereka sudah bergerak untuk menganjurkan program berbentuk kerohanian.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Kerja Dengan Pendapatan Lumayan
Betul tu setuju…. Sekarang ni remaja kita banyak terpengaruh dengan budaya barat… Inilah masanya untuk kita berkempen mengajak mereka ke arah yang lebih baik..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
In Shaa Allah dengan pelbagai usaha yang cuba dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, hati yang keras satu hari nanti boleh jadi lembut juga..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Kita sama-samalah mendoakan supaya usaha-usaha untuk mengajak remaja kita ke arah kebaikan diberkati oleh Allah S.W.T…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Sebab kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal… Namun Pemberi hidayah adalah Allah S.W.T…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Dakwah kita tidak sehebat dakwah nabi… Malah Nabi Noh sendiri walaupun beliau adalah nabi, tapi tidak berjaya untuk mengajak ahli keluarganya sendiri menerima hidayah Allah S.W.T..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
alhamdulillah..
satu usaha murni yang dibuat untuk mengembalikan kehebatan al Quran dalam masyarakat
memang terbaik la nie
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tamat 7 Hari Kursus eUsahawan Sarawak Trainer 2017
Tanpa menggunakan pengaruh mana mana individu atau persatuan, program ini berjalan dengan lancar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Tips Didik Anak Bersolat
kempen yang baik..untuk diri sendiri dan umat Islam secara keseluruhannya..
semoga dilakukan acara tahunan
Curahan rasa mrhanafi @ ..TEDxKenyalang 2017 Kembali Dengan Tema Be The Best
program seperti ni patut dilaksanakan sepanjang tahun. supaya golongan muda lebih denkat dekat dengan al quran
Curahan rasa nikkhazami @ ..Webe Tukar kepada Unifi
Aktiviti keagamaan kurang mendapat sambutan berbanding hiburan yang melalaikan
memang dah lumrah yang masuk syurga sedikit berbanding yang pilih sebaliknya
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..10 Tanda tanda bersalin semakin hampir. Buat persiapan awal cepat!
Bila ada program sebegini, seharusnya bergerak sama sama untuk menjayakannya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Tips Didik Anak Bersolat
itu la.. kalau program hiburan sperti pertandingan nyanyia berebut rebut beratur nak dptkan tiket
Curahan rasa nikkhazami @ ..Webe Tukar kepada Unifi
Jom ramai-ramai support Quran HOur ni..
satu jemaah yang cukup berguna
Curahan rasa zool @ ..Adakah Nuffnang dah hampir ke penamatnya?
Al quran kian jauh dari kita. Mari sama sama kita rapat dengan al quran semula
semoga Allah beri rahmat pada negara ktia
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Bina rumah atas tanah sendiri atau beli sahaja? Ini 5 Perkara untuk Di Pertimbangkan
Semoga program seperti ini dapat mendekatkan kita dengan al quran, teman di alam kubur nanti.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Tips Didik Anak Bersolat
semoga negara Malaysia sentiasa dilindungi dari bala bencana yang tidak baik dan sebagainyaa…
Amin, sekarang hanya Indonesia dan Malaysia adalah negara islam yang masih aman, negara islam yang lain sudah mulai berpecah belah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sewa Beli Kereta Proton Untuk Pemandu Uber
Comments are closed.